PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, July 28, 2013

Rasa Macam Tak Percaya O.O''

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

kalau tengok pendahuluan setiap entri, mesti jer ucap selamat malam kan ? aper si andy ni tak pernah update entri time pagi ke ? haha.

you all nak tahu kenapa ? sebab line okay kot time malam malam cenggini. kalau pagi jer, line ni entah tak tau nak bandingkan dgn kelajuan apa.. nak cakap perlahan dari siput, macam bohong pula. hehehe =.=''

eh eh eh, entri malam ni bukan pasal line laju ke siput. entri malam ni nak taip dengan kadar sungguh laju laju, ringkas, tepat dan padat. =D

korang kenal lagi tak budak LELAKI yang berlakon dalam movie CJ7 dulu tu ? alahh, nama dia Jiao Xu, yang memegang watak jadi anak Stephen Chow tu. kenal tak ? ingat lagi tak ? tak ingat, sila buat buat ingat.

sebenarnya, andy pun baru tahu dengan berita ni atau mungkin berita ni dah lapuk kot. tapi yang pasti, andy yakin sungguh banyak lagi yang tak tahu tentang budak LELAKI yang berlakon jadi anak Stephen Chow tu.. sangat sungguh yakin ! aah, SANGAT YAKIN !

ceritanya begini, tadi petang andy godek godek segala celah ceruk facebook kot kot ada terjumpa benda menarik. kemudian bijik mata andy ter-FOCUS dengan satu gambar.. baca punya baca, laa, macam tu cerita sebenarnya. sambil bijik mata ni terbeliak besor besor, dengan rasa yang sungguh tidak percaya, tepuk dinding tanda rasa sedikit pun tak percaya....

sebenarnya, budak lelaki yang jadi anak Stephen Chow tu bukan lelaki, tapi PEREMPUAN, aah, PEREMPUAN ! ayat ni bagi highlight sikit.

ni dia Jiao Xu, pelakon CJ7 dulu tu. ingat tak sekarang ? mesti ramai korang sangka dia ni betul betul lelaki kan ? tapi padahal, dia ni seorang perempuan. cantik pula tu..

ni kan, kalau takde yang bagitahu kat facebook, memang sampai ke tua lah andy mati mati ingat dia ni lelaki. hahaha ! andy harap korang dah ingat siapa Jiao Xu tu. =D

kalau korang tak percaya, mana tahu ada dalam kalangan korang cakap dia ni pondan ke apa, transgender ke apa, nah korang boleh baca artikel pasal dia kat sini :


apa apa pun, ini sahaja entri untuk malam ni ^^
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy.

YANG BENAR,



suka entri ni ? boleh tekan button LIKE ^^

Tuesday, July 23, 2013

Happy 50th Independence Day to my Sarawak =D

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

bersambil sambil makan lolipop perisa strawberry dengan dendangan lagu Korea, andy nak minta maaf dari hujung rambut hingga lah hujung kaki meminta maaf setelah 6 bulan tanpa update belog. walaupun korang tak kesah andy pergi selama 10 dekad pun tapi andy tetap juga nak minta maaf :P haha, mengada uollss.

6 bulan tahu, jari jemari andy dah mengeras nak taip =.='' otak pun beku nak humban ayat apa dalam belog ni. ingat senang ke ? lagi lagi time otak macam ni yang lama sungguh tak membaca, maka ilmu lalu lalang tanpa singgah *ayat apa aku cakap ni =.=''

ok foine, tak nak pendahuluan panjang lebar.



hari ini bersamaan dengan 22nd of July 2013, genap 50 Tahun negeri Sarawak merdeka bebas dari jajahan British setelah bendera British diturunkan pada 22 July 1963, 50 years ago. =D

bersempena dengan kemerdekaan Sarawak selama 50 Tahun, entri ni khas andy buat untuk Sarawak Ibu Pertiwiku ^^ buat entri dengan penuh yakin dan semangat tau tau.. bersambil sumbat 2 3 ketul biskut dalam mulut dan air sirap oren, kita buat entri ni dengan kadar sungguh rilekss ~ 

okayy, jadi pada hari ini, malam ini, entri yang sedang korang baca ni adalah entri ditaip sepenuhnya oleh andy untuk menceritakan apa yang andy suka tentang Sarawak. dengan semangat patriotik yang membuak buak dalam diri dan rasa cinta tiada akhirnya =P

1.Keindahan Alam
tahukah anda bahawa Sarawak merupakan The Largest Reserved Rainforest in the World ? seharusnya anda tahu tentang ini kerana maklumat ini adalah sungguh basic even budak tadika pun tahu tau tau.. hehehe =D kita harus bangga walaupun di negeri kita tiada bangunan pencakar langit seperti mana negeri lainnya. =)


walaupun tiada bangunan tinggi tinggi tapi negeri kita dikurniakan alam semula jadi yang sangat dan sungguh indah untuk dinikmati. kan kan kan ^^ tambahan, menjadi tarikan pelancong luar negara dan masuk dalam rancangan dokumentari National Geographic tau tau. ohsem tak ohsem tak ? ^^

2. Etnik Yang Berbilang Kaum dan Saling Menghormati
sebut jer pasal Sarawak memang semua orang tahu bahawa etnik di Sarawak amat lah banyak dan berbilang bilang bilang bilang serta berbilang kaum =P di Sarawak, kita ada Melayu, Cina, Iban, Kenyah, Bidayuh, Penan, Melanau dan pelbagai lagi ^^


ye tuan tuan dan puan puan sekaliannya, jika anda datang kemari ke Sarawak, jangan lupa pergi ke Sarawak Cultural Village. disitu pelbagai adat resam yang akan anda dapat lihat dan pelajari.. makanannya, tariannya, pakai tradisionalnya, dan sejarah kaumnya. a'ah andy tahu, bukan setakat macam best tapi memang super best pun =D

kepelbagaian etnik ni membuatkan Sarawak semakin unik dan menarik untuk diambil tahu. yang lagi hebat ohsem dan buat bijik mata terbeliak ialah kami di Sarawak mampu hidup bersatu aman damai walaupun sungguh banyak etnik disini ^^ ohsem kan kan kan ? 

3. Beautiful Town
di Sarawak terdapat 14 bahagian semuanya, dan ada 4 bandar utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri ^^ masing masing mempunyai keindahannya tersendiri. apa apa pun, andy ni berasal dari Sibu. memang asli dari Sibu.. hehee =D *ehh, perlu ke nak bagitahu =P


what a wonderful town right ? gambar ni andy rembat kat google then google rilek jer bagi tanpa ragu ragu. every Town have their own Beautiful Scenery.. sorry lah kalau english aku tunggang langgang. dulu waktu sekolah, dalam kelas english, aku buat tahi mata =.='' puahahaha ! 

4. Syurga Makanan Enak
cepat cakap siapa kat sini tak suka makan ! meh sini andy ketuk ketuk kepala dia pakai baldi. Sarawak adalah syurga makanan dimana kita boleh mendapat, memakan dan menikmati kepelbagaian jenis makanannya. =D haha. rasa penuh semangat pula nak taip benda kaitan makan makan. puahaha ^^


mak aiii O.o bergelimpangan air liur bila tengok gambar ni. Mee Kolo, Laksa Sarawak, Kompia, Umai, Kek Lapis, Ulat Mulong.. *sila buat mulut anda nganga seluas mungkin* homaigadd. bestnya kalau dapat download makanan terus dari internet kan kan kan =.=


******

jadi kesimpulannya disini (amboii, dah macam karangan bahasa Melayu pula), jadi, keempat empat itu tadi adalah sebab yang membuatkan andy semakin sayang kepada Sarawak. korang pun mesti sayang Sarawak juga tau tau, khususnya orang Sarawak sendiri.

kita semua seperti saudara mara yang hidup dan lahir di bumi Sarawak, jadi, semangat perpaduan itu harus kita kukuhkan agar masyarakat kita tidak musnah ^^ *amboii, boleh jadi guru kaunseling ni =P

Sarawak I Love You,
Kamek Sayang Sarawak,
Saya Cintakan Sarawak,
Sarawak Saranghae *memang tak boleh blahh dgn Koreanyaa =.=''

ini saja entri andy untuk malam ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^


YANG BENAR,



Siapa Sayang Sarawak boleh Tekan Button LIKE ^^

Monday, January 21, 2013

Sebulan Tak Update Belog | Rasa Besalah

selamat malam semua..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

agaknya andy dah tukar schedule nak update belog kot. yelah kan, dari tarikh 16 Disember lepas andy tak update belog. punca faktor sebab kepada permasalahan ini adalah sibuk dengan kerja. kerja ? yeke andy kerja ? satu persoalan yang sangat meng-surprise kan kalian semua =.='

okay foine, korang gelak lah sampai pengsan.

entri malam ni adalah entri pertama dalam tahun 2013. Selamat Tahun Baru kepada semua ! Happy New Year ! yang sakit cepat sihat, yang sihat cepat lah sakit. eh eh, yang sihat tu semakin lah sihat ^^ ah ah, andy pun perasaan bahawa ucapan andy tu dah basi. =.=' sampainya hati. rilek lah, masih bulan Januari lagi kann. hahaha =D


ada tiga sebab mengapa andy sekarang sangat jarang nak update belog. tapi bukanlah bermaksud andy berhenti berbelog. tak tak tak, tidak sesama sekali. ya tuan dan puan, sekali lagi saya ulang, tidak sama sekali. puahaha..

1. Sibuk Bekerja 
okay, cukup lah satu tahun tempoh yang emak bagi untuk andy bercuti selepas tamat persekolah tingkatan 6 pada tahun 2011. lama nyaa =.=' rasa nak balik semula ke sekolah. rindu sekolah, rindu nak gelakkan kawan jatuh dari kerusi, rindu nak gosip, rindu nak berlari pergi kantin waktu rehat dan rindu serindunya. 

2. Line Celcom Melampau
selain daripada itu, ( formalnya ayat aku ) salah satu faktor yang paling mempengaruhi ( sekali lagi, formalnya ayat aku ) andy untuk tidak update belog adalah disebabkan line Celcom yang sengaja mensiput-vavikan diri apabila andy online. kalau mereka yang ada add andy di facebook, dorang pasti muak sambil mengeluh panjang baca status yang andy post asyik marah marah pasal line kan. itu geram punya pasal. 

3. Sibuk Dengan Running Man
hahahaha. ehem, tergelak sambil kepit kaki. =.=' sebab ketiga ni memang tak boleh blahh sangat. puhahaha. tapi ya, memang andy sibuk dengan Runningman jer. tivi kat rumah pun dah macam tak dipakai lagi, asyik menatap laptop tengok runningman =.=' sesiapa nak beli boleh inform andy.. mati lahh andy kena baling mak dengan tivi nanti. 

ketiga tiga sebab diatas merupakan tiga sebab paling mempengaruhi ketidak-update-an belog andy =.=' tatabahasa main bedal jer kann. kang A.Samad Said baca, nak jer dia sumbat mulut andy pakai buku Bahasa Malaysia.

apa apa pun, Thanks Lord sebab bagi rezeki untuk andy pada tahun ni ^^ awal tahun tadi, susah jer andy dengan kengkawan cari kerja yang available tapi tak dapat. berkat doa andy sendiri, andy sekarang bekerja sebagai Kerani. okay lah tu kann ^^ dapat juga duit poket sendiri. hikhikhik..



ini sahaja entri untuk malam ni ^^
Terima Kasih sudi singgah dan baca belog andy..

YANG BENAR,


suka entri ni ? klik like ^^

Sunday, December 16, 2012

Kecintaan Di Hari Christmas

Selamat petang you all,
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia =)

Anneonghaseyo ^^

okay foine, macam ni lah rasanya rindu. rindu dengan belog selepas menghilang hampir sebulan =.=' ingat dah tak lagi berkecimpung dalam dunia belog kan. ini lah akibatnya sebab lama tak menjengah belog, nak taip entri baru pun jari jemari andy kekok menaip. selama ni lemah gemalai je jemari seksi andy ni menaip ( sila lah muntah beramai )

foine sekali lagi.

entri petang ni bukan nak taburkan rasa bersalah sebab kelamaan tidak update belog tapi ingin menaburkan kecintaan andy pada Christmas yang akan datang. ecececehh.. mengada nak wishes bagai kan =P sekali sekala i nak mengada ngada, bukan selalu pun. daebakk statement aku ! puhaha.

boleh tak andy buat entri pasal apa yang andy nak Christmas ni ? boleh tak ? boleh tak ? padahal almost sebulan kan tak update apa apa. hikhikhik =D okay lah tu, bukan setahun pun kan. puhaha !

walaupun ada seminggu lebih lagi nak Christmas, tapi siyes siap hentak kaki kat meja, andy tak sabar nak tunggu semua ni. kalau boleh, nak je andy main koyak koyak kalendar biar cepat sikit Christmas tu.


  1. Christmas Foods, Chocolate Cake and Egg Tarts. O.o
  2. Cupcake * yum yumm
  3. Christmas Tree
  4. Christmas Card

tak payah cakap andy bersifat macam kanak kanak riang ria ribena. wajib lah korang pun sama tak sabar tunggu tibanya hari Christmas kan ? andy tahu lah. a'ah andy tahu sangat korang pun tak sabar juga. tak sabar nak buat kuih muih patplohnamratus jenis, baju Christmas nak namplohnam kaler, buat pokok Christmas sampai pupus pokok pain di dunia dan mesti juga korang nak setamak haloba mungkin buat kad Christmas berkeping keping. kan kan kan ^^

di kalangan rakyat jelata rumah, manusia yang paling tak boleh duduk diam bukan lah dua ketul andik andy, tapi haruslah andy yang dah besar gedabak ni . baju Christmas lah paling berlungguk, kuih muih Christmas andy lah paling banyak melantak, dan kad kad Christmas andy lah paling rajin buat untuk kenang kenangan. puhaha =P

tapi tapi, lagi tak sabar nak niiii............ * sila buat bunyi drum pleaseeee !


CHRISTMAS GIFT ! uwoowww daebakk ! sambil bijik mata terbeliak dan jojol keluar. cukup sempurna bila dapat Christmas Gift tepat pada hari Krismas kan. siap senyum telinga ke telinga dengan lobang hedong kembang tak tau nak kempis. sangat sempurna. rasa macam hari lahir sendiri bila sedara mara ramai ramai bagi gift yang super melampau best ^^

jadi kepada budiman sekalian yang murah hati nak bagi hadiah, sila lah hantar ke alamat ini :

Nama : Diva Andy
Alamat : London, United Kingdom

sila tulis dengan betul betul yaa =P

ini sahaja entri untuk petang ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


siapa suka Christmas jom like dan geng sama sama ! ^^

Sunday, November 18, 2012

Please Pray For Gaza

Good Afternoon everybody :)
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Let's pray for GAZA, they really need our pray. 


Ya Tuhan, selamatkanlah mereka mereka yang berada di Gaza sekarang. beri lah perlindungan kepada mereka Ya Tuhan. selamatkan lah bayi bayi, kanak kanak dan mereka mereka yang tidak berdosa. Amin.

God Bless People in Gaza.

Full of love,


please share. God With Gaza.

Saturday, November 17, 2012

Happy Birthday ke-20

Anneonghaseyo ^^
Selamat petang semua dan salam satu Malaysia.

Happy Birthday to meee ~ ^^

Thanks God. sambil buat buat sebak kat dada siap tepuk dinding tanda tak sikit pun andy percaya bahawa pada 16 November 2012 yang lepas, genaplah usia andy 17 tahun. eh tipu. 20 tahun. 20 tahun tahu.

dah cukup matang untuk dirikan rumah tangga. maka please, dengan ini andy menyeru kepada makcik pakcik yang ada anak iras iras Kim Hyung Joong, sila lah paksa anak anda masuk meminang dengan segera. hahahahakk. gelak tak ikhlas =.='

korang nak tahu, hari lahir tahun ni paling buat andy senyum telinga ke telinga. kenapa ye ? sebab rakan taulan, makcik pakcik, sepupu sepapat serta jiran ucap hari lahir kepada andy. touching tau. nak je lari selow selow sambil nangis belakang langsir mak sensorang. banyak suprise tahu.

Thanks God lagi.

bersempena dah 20 tahun ni, dah besar panjang, dah masuk umur boleh kawen, andy nak sangat buat Wish List. nak buat azam sempena hari lahir. konon konon buat motivasi diri lah time hari lahir. padahal realiti ? you all nak tau, azam hari lahir tahun lepas janji nak lebih hargai masa tapi janji tu hanya tinggal janji palsu. nasib baik bukan janji diana. hahahahak. no good haa kids.

tapi tahun ni, nak juga buat azam. harap harap azam tahun ni tak jadi macam azam tahun lepas. =.=' antara azam andy sempena hari lahir :
  1. nak kurus =.='
  2. nak train sendiri agar dapat manage masa dan duit.
  3. tak nak boros. kalau boros pun, buat buat tak sedar diri.
  4. nak lebih matang. lepas ni tak nak gelak siap hentak kaki, nak gelak kepit kepit kaki. lagi sopan dan anggun =.='
  5. nak berjaya dalam dunia belog. tak nak kecewakan semua pembaca belog andy.
harap harap lepas ni andy akan lebih bermotivasi untuk jadi seorang yang lebih berguna. kalau dah teruk macam ni lebih baik bunuh diri je =.='

****

apa apa pun, segerombolan terima kasih kepada yang bertubi tubi wish birthday andy di wall facebook. segugus terima kasih juga kepada Nana, Rafael and the geng sebab buat suprise party. siyes, andy terharu sangat. terima kasih sebab bagi hadiah, andy tahu korang betungkus lumus buat hadiah untuk andy. touching tau. nak je nangis bawah katil =.='

kepada yang bagi hadiah, andy berdoa sangat sangat, tahun depan bagi lah lagi hadiah ekk ? hehehe. korang dah buat birthday andy rasa kenyang dan happy. ye, andy tahu ada sedikit auta =.='

ini sahaja entri untuk hari ni..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


Terima Kasih sekali lagi buat semua yang wish birthday kepada andy ^^ sayang korang semua. muah !

Monday, November 5, 2012

Bertuahnya jadi orang ni.........

Anneonghaseyo.
Selamat tengah malam dan salam satu Malaysia ^^

entri kali ni agak special kot. mungkin special disebabkan buat entri tengah tengah malam buta macam ni ? hakhak. entri kali ni memang special. entri kali ni boleh buat bijik mata korang semua perempuan terjojol keluar 943926619047 centimeter tahu. tipu =.='

malas nak buat pendahuluan panjang lebar, entri kali ni nak taip selow selow kemudian tepek gambar seketul dua sambil kunyah chewing gum perisa strawberi rembat dari peti sejuk. rembat yang adik punya. hahaha.. eh, tergelak sopan pula =P

ada siapa yang tak kenal Henry Golding ? siapa lah yang tak kenal entertainer paling gohjes di alam semesta tu kan. Travel Host yang paling awesome lagi banyak peminat lagi menjadi rebutan dan lagi lagi menjadi lelaki idaman setiap wanita.

=.='

PERHATIAN : sila tarik nafas panjang panjang. jangan sampai heart attack okayy. =.='

p/s : rambut Boys Before Flower ekk ? =D

dalam keadaan bagai nak koma, terkena strok tiba tiba, jantung mengepam darah laju laju, lebih baik andy perkenalkan sedikit sebanyak berkenaan beliau sebelum darah mengalir dari hidung dengan deras. sungguh auta sekali =.='

okay, nama beliau adalah Henry Golding. a multicultural person, Iban + English. mixed blooded beautiful man !  his mom is Sarawakian and his father of course lah English. hahaha. sebelum beliau menjinakkan diri dalam dunia entertainer di Malaysia, beliau adalah Hairstylist di London tau tau.

selepas 4 tahun beliau kerja di London, beliau moved to Malaysia dan disini beliau diambil untuk mengacarakan sebuah variety show di 8TV iaitu " The 8TV Quickie ". beruntungkan beliau ? beliau bukan sahaja jadi pengacara, tapi jadi model juga tahu. lepas tu beliau pernah meng-interview Christiano Ronaldo dan Pussycat Dolls. cemburu sangat. tsk tsk.


beliau akan muncul dengan footage film beliau iaitu " The Borneo Incident " oleh New York-based Maverick media's founder, Michael Helfman. dah keluar ke belum andy tak tau lagi lah. andy masih ikut perkembangan beliau melalui Official Facebook beliau sendiri.

beliau sangat baik tahu. beliau banyak menolong people around him through variety shows yang beliau kendalikan. andy sangat sangat respect beliau. sangat respect tahu. sekali lagi andy ulang, SANGAT RESPECT.


pada pendapat andy juga, beliau adalah bukan seorang yang mudah lupa daratan. * hamboih ayat aku, macam ketua kampung bagi ceramah suruh makan ramai ramai kan =.='

walaupun beliau dilahirkan di negara orang, beliau pandai mengimbangkan western values dan eastern values. english dan iban heritage beliau disebatikan dengan seimbang. beliau ada tatu " Bungai Terong '' di bahagian bahu beliau. lagi menambahkan charms dan charisma beliau. homaigad.

=.=' parahnya tatabahasa aku. kalau dek A. Samad Said baca, nak je beliau cucok cucok bijik mata aku pakai pensel stabilo.

****

beliau sangat popular di Malaysia dan Singapura. ^^. kalau anda semua terserempak dengan beliau, apa yang akan anda lakukan ? saya akan __________________________________________________ ( isikan ruangan kosong tidak melebihi 10 patah kata ) =.='

andy nak ambil gambar dengan beliau kemudian minta signature beliau. itu sahaja kan yang kita mampu lakukan. oraite lah juga daripada langsung tak ada, boleh jadi habuan tunjuk tunjuk kat cucu andy nanti kan. hahaha. eh eh, sekali lagi tergelak sopan sambil taip entri =P

apa apa pun, ada something yang bermain dalam kepala otak andy, beliau dah kahwin ke ? kalau belum then andy nak tahu. adakah beliau akan mengahwini perempuan Sarawak atau sebaliknya ? hahaha. mengada kan nak tahu hal peribadi orang. suka hati beliau lah nak kahwin dengan perepuan korea sekali pun =.='

andy sekarang telah menjadi fans beliau sampai mati. bagi hiperbola sikit kan =.=' anyway, teruskan membanggakan saudara sekaum anda Encik Henry Golding =)

tadi cakap nak taip seketul dua kan, nah ambik korang, andy taip panjang lebar sampai cecah lantai.

ini sahaja entri untuk malam ni,
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


minat Henry Golding ? boleh tekan like ! ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...