yg baru balik sekolah memang sedang nyenyak tidur petang kan ? hehehe... andy dulu pun macam tu juga ! =P
kalau tak ada kelas waktu petang memang petang petang macam ni andy terbaring atas katil sambil peluk bantal dan melayan tidur petang yg indahnya... HAHAHA !
ini lah akibatnya kalau pendahuluan tidak sebati dengan isi entri yg hendak disampaikan =.='
nun menyimpang jauh dari tajuk yg ingin dibincangkan...
TAJUK ? tajuk apa ekk ?
sudah terang lagi bersuluh, tajuk entri besar gedabak tertempek kat atas tu masih juga menanya apa tajuk entri kali ni ? lahhh, emotional sangat bunyinye kannn ? *nangess sebab cekodok tumpah atas lantai... sobsob !
ahhhh, berbalik kepada entri kali ni yg bertajuk SELOKA 6AA1... tau ke apa tu seloka ? tak tau sila tanya cikgu sekolah menengah anda balik okayy ? HAHAHA... a'ah, hari ni andy nak kongsi dgn korang semua wahai pembaca andy yg handsome, pretty, hot dan cool tentang seloka kelas andy ketika berada di tingkatan 6 dahulu... cewahhh ayat andy ni, tak boleh blah sangat kan ? =P
tanpa memberikan pendahuluan sepanjang sungai rajang, mari kita masuk kepada isi penting kita hari ini... =)
Seloka 6aa1
p/s : with Cikgu Norsyidah... our P. Am's teacher =)
Salam sejahtera pembuka bicara,
buat tatapan semua pembaca,
bukan mengutuk bukan mengata,
seloka dicipta sebagai hiburan sahaja.
6 putera 13 puteri,
6aa1 2011 punya warga,
banyak ragam banyak gaya,
sentiasa gempak dan gila-gila.
Action tak kurang lagak tak basi,
itulah 6aa1 punya personaliti,
kalau nak tahu seloka kami,
dipersilakan sahaja anda membacanya.
Orangnya tegas tetapi baik hati,
Miss Understanding "best"nya dia,
Guru tingkatan yg sentiasa ceria,
Puan Anglica Wong, "mummy" tercinta.
Ketua Tingkatan pangkat diberi,
orangnya tinggi dan berkaca mata,
Andy Gawan raja ketawa,
suka mengusik dan membuli sesiapa sahaja.
Tinggi lampai cantik sekali,
Penolong Ketua Tingkatan jawatan diberi,
bila tersenyum memikat hati,
Chan Chung Yee gerangan diberi.
"still slumber" begitulah motonya,
bila belajar, asyik cerita tentang motosikal je,
"Apai Bayat Sibu Jaya" kononnya dia,
siapa lagi kalau bukan Franco Ijau.
Orangnya poyo, mengada ngada,
suka menganggu orang, itulah kerjanya,
Madricks Dennis empunya nama,
berkepala botak memang hobinya.
Dalam kelas asyik menyepi,
suaranya halus jarang berbunyi,
dah macam siren ambulans "low battery",
itulah Kong Li Jun ratu Facebook.
Puteri blur dalam istana,
orangnya comel lucu sekali,
menjadi pujaan hati Si Pangeran Misteri,
siapa lagi kalau bukan Sieh Siaw Hui.
Bila belajar boleh tahanlah,
tetapi bab makan dialah rajanya,
awal pagi dah buka bungkusan makanan,
Liong Hui Mei namanya.
Sentiasa cool jadi pegangan,
"peduli ke orang" itulah katanya,
Dr. Falsafah menjadi idaman,
Jeddie Malong punya gerangan.
Gadis cantik cukup menawan,
model antarabangsa menjadi idaman,
ketua pembangkang di dalam kelas,
Esther Shamerdrey empunya cerita.
Suka bertocang lagaknya dia,
mempunyai gayanya tersendiri,
Rosy Liman nama diberi,
RATU SENSASI kelas kami.
Awek bertudung di kelas ini,
peminat setia kepada Siti Nurhaliza,
kalau menyakat memang tak henti henti,
gara gara minta Siti Nurhaliza, nama pun Siti Norhaliza.
Orangnya manis dan "easy going"
happy go lucky dan murah hati,
Jane Mollen RATU KECOH,
sekali bersuara, alahaii bising sekali.
Dalam kelas orangnya pendiam,
bisu memanjang tidak terhingga,
bila dah marah terus meragam,
Kelly Loh Xia Li sukar diduga.
Sekilas pandang serius orangnya,
Madina Leja nakal orangnya,
bab ketawa dan sakat Andy, dialah raja,
ingatkan gila, tapi waras rupanya.
Bila ketawa menggegarkan dunia,
umpama dunia mereka yg punya,
penampilan kemas lagi bergaya,
Patricia Joclyn tak mudah terpedaya.
Sikat itu sahabat sejati,
cermin pula sentiasa dihati,
gelagat dia buat kita geli hati,
siapa lagi kalau bukan Dorothy Christie.
Suka menyanyi nak "test" suara,
terpekik terlolong tak kira masa,
Patricia Olivia empunya angkara,
silap hari bulan boleh sakit jiwa.
Benedict nama diberi,
bakal "Dato" impian diberi,
jejaka periang dan jiwang di kelas kami,
bila putus cinta "frust" sekali.
Mathew Meling raja ketawa,
orangnya periang tapi suka buli orang,
jika ditanya geleng kepala,
" Enda nemu ku cikgu " itulah katanya.
"Salam Terakhir" dendangan Sudirman,
Ucapan "Sayonara" kami tujukan,
Kalau tersilap tolong maafkan,
ianya sekadar sebagai hiburan.
Ikan keli ikan tenggiri,
dikail budak didalam perigi,
tibalah masa mengundur diri,
ada masa berjumpa lagi.
Ampun dan maaf kami pohoni,
andai ada yang berkecil hati,
empunya seloka undurkan diri,
hendaknya semua terhibur hati.
Nukilan : Esther Shamerdrey
bagaimana ? anda terhibur dengan seloka yang disediakan oleh kawan andy seperti yang diatas ? seloka ini dicipta sebagai kenangan... walau bagaimana jauh sekali pun jarak di antara kami, ikatan persahabatan itu sentiasa dekat di hati...
okay dah, jangan nak berjiwang pula okayy... andy harap semua terhibur dengan seloka yg dicipta khas untuk kelas andy tu... HAHAHA !
semoga anda terhibur, terima kasih sudi singgah di blog andy =)
YANG BENAR,
lepas baca jangan lupa tekan butang like kat bawah ni okay ? sayang semua =)
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment