PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, November 1, 2012

Tips Hadapi Hater(s)

Anneonghaseyo !
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

lepas dinner dengan mak, apak dan dua ketul adik, sekarang tengah terbongkang atas sofa dengan pusat terjojol keluar. sambil tebongkang, sambil tu lah andy taip entri.

agaknya tajuk entri kali ni tak boleh blahh sangat kan. hakhak.. tak kisah lah sebab benda macam ni memang betul betul wujud di keliling kita kan. selalunya, yang banyak hater(s) ni di kalangan artis artis, tapi tak semestinya, sebab kita orang biasa ni pun banyak hater(s) juga. contoh terdekat adalah andy sendiri.

benda macam ni bukan baru lagi untuk kita tahu. kita kena tahu bahawa kalau ada yang suka, sudah semestinya ada yang membenci. dan kalau ada yang memuji, pastinya juga ada yang mengutuk. jadi, manusia ni subjective. tak semua kita sama dalam pemikiran.

p/s : lukisan huduh tak bermakna tuannya pun huduh

kalau dah dinamakan " HATERs " semestinya manusia spesis ini amat hebat dalam kutuk mengutuk. kritik dan kutuk ada beza tau tau.. orang kritik ni lebih beradab sopan, tak hentam sampai mati. sebaliknya pula dengan mengutuk. kutuk ni lah kita gelarkan sebagai " HATERs ". hahaha.

dengan kesempatan ini, perut gagah menghadam segala makanan dan tangan sedang gigih menaip, andy nak kongsi sedikit bagaimana nak hadapi manusia spesis haters ni. * sangat tak boleh blahh ayat aku.

apa yang perlu kita buat semasa menghadapi orang orang sbegitu ye anak anak ?

1. kawal emosi dan jangan mudah tersentap.

tips pertama ni amat penting. kesabaran itu teramat sangat diperlukan.. jangan mudah termakan dengan provokasi para haters. manusia jenis suka provoke orang ni jangan layan sangat. kita diam tak bermakna kita salah atau takut. jadi dalam hal ini, kita kena bijak. bak kata orang, kalau berdebat dengan seorang jahil, 1000 cendekiawan pun kalah.. jadi sebaiknya kita diam.

2. letak dalam kepala otak " TAK SEMUA ORANG SUKA KITA ".
tips kedua ni andy dapat dari kata kata Wardina. beliau cakap kita kena lah ada pendirian kita sendiri. satu pendirian yang teguh. sangat teguh. kita harus terima hakikat bahawa kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang.. yang penting, kalau kita tahu kita buat something yang betul, teruskan usaha kita tu. tak perlu peduli apa haters nak cakap. tunjukkan kita ada pendirian yang teguh !

3. belajar menerima pendapat orang lain.
lain orang lain pendapat. biar lah dia cakap kita ni tak bagus, kita ni bodoh ke apa. harus respect pendapat mereka. walaupun benda yang mereka cakap tak betul, tapi siapalah kita untuk menghalang orang sekeliling kita untuk memberikan pendapat bukan ? jadi, orang macam ni jangan dilayan. semakin kita layan, semakin naik lemak mereka ni. lemak tepu ada, lemak tak tepu pun ada. =.='

4. SABAR SABAR dan SABAR
macam andy cakap di awal tips tadi, kesabaran itu amat penting. sangat penting. penting tahu. sekali lagi andy ulang, SANGAT PENTING. haruslah banyak banyak berdoa agar diberikan kekuatan. bukan kekuatan untuk melawan balik, tapi kekuatan untuk diam dan menenangkan diri. ^^

5. cari sesiapa untuk dapatkan motivasi dan support
tips kelima ni sangat penting. bukan cari seseorang untuk lawan balik haters, tapi untuk dijadikan tempat kita meluahkan perasaan. kadang kadang benda macam ni bagi impak yang kuat dalam diri kita.. bila impak dah kuat, kalau dah tanggung sendiri kemudian dapat pula depression yang melampau mungkin akan membuat seseorang itu melakukan sesuatu diluar batas sendiri. jadi, motivasi dan support ni amat penting agar kita dapat balik kekuatan dalam diri kita. :)

****

People never realize how bad we hurt because of their action. suatu hari, mereka akan rasa apa yang kita rasa sebelum ni.

jadi, ada 5 tips yang andy dapat kongsikan untuk hadapi haters keliling kita. apa yang penting adalah, sentiasa bersabar dan ambil kutukan mereka sebagai pembangkit semangat untuk kita. dengan itu mereka akan nampak bahawa kita tidak seperti yang mereka fikirkan.

dalam hal macam ni, memang memerlukan kekuatan emosi serta iman. suatu hari, orang yang bercakap tu akan diam.. bila dah bosan sebab kutukan mereka tak diendahkan, jadi mereka akan diam juga. kalau dilayan, semakin happy lah dorang tu. biasalah, manusia spesis hati busuk ni memang dah sebati dengan perangai kutuk mengutuk.. 

kena ingat petua ni " tak hidup dek puji, tak mati dek keji "

ini sahaja entri untuk malam ni.
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


suka tips diatas ? boleh like dan share dengan kawan kawan ^^

Monday, October 29, 2012

Terdesak

Selamat malam pembaca sekalian.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Anneonghaseyo, apa khabar agaknya rakan taulan di Malaysia ye ? hehehe, sekali sekala bajet duduk Korea kan =.='

entri kali ni bukan nak tanya khabar orang tapi entri ni nak membongkar kenapa andy sedang terdesak. terdesak yang teramat sangat. sangat sangat tahu =.='. bukan lah terdesak nak kahwin lari dengan artis korea. bukan juga terdesak perlukan duit, tapi andy sedang terdesak untuk menonton Runningman.


Runningman tu apa ekk ? kalau translate bulat bulat ke Bahasa Malaysia mesti lah jadi " Lelaki Berlari " kan ? hakhak. runningman ni lah variety show paling popular di abad ni. sangat popular tahu. POPULAR. sekali lagi andy ulang, SANGAT POPULAR. variety show ni made in Korea tapi viewer adalah dari seluruh dunia..

sekarang dah bebal telinga asyik dengar kawan kawan keliling andy cakap pasal runningman ni best. runningman ni lawak lah, romantik lah, itu ini dan ini itu. hmm.. even rakan yang di labuan pun sempat komen di facebook andy cakap beliau sedang menikmati ke-best-an runningman.

tatabahasa aku sungguh parah. =.='

kenapa lah aku mengelumangkan diri dalam dunia makhluk paling berpuaka ni dulu. benda ni buat andy sungguh tak ketahuan hala.. takyah nak menyesal sekarang lah andy oi, nasi ko dah jadi bubur rentung. tak boleh nak diselamatkan lagi dah..


runningman sekarang dah 100 lebih episode tapi andy masih jauh ketinggalan kebelakang. kalau ketinggalan tapi ada tengok sikit sikit orite lah juga kan, yang jadi masalahnya sekarang andy masih belum lagi tengok benda alah ni. hahahaha.. eh, tergelak sopan pula =P

agaknya, runningman ni pasal apa ek ? pasal dorang lumba lari ke ? andy masih tertanya tanya konsep variety show dorang ni. hahaha.. how poor am i, sangat jauh sudah ketinggalan =.='. disebabkan hasrat ingin tahu, kawan kawan asyik cakap benda ni best.

" andy, ko try lah tengok runningman ni.. best gilerr. konpem ko gelak sampai hentak kepala "

jadi disebabkan pengaruh rakan sebaya, andy sungguh terdesak untuk mendapatkan variety show dari negara berpuaka ni dengan bermati matian. =.='

****

andy dah minta variety show ni kat kawan andy hari tu, tapi onar sengaja nak melintang lah nak menegak lah. memory laptop juga sengaja nak mengecilkan diri. tak boleh ke buat free advance suruh latop tambah 100000GB.. huhh.

lepas tu, hardisk pula mengada nak memahalkan diri. 500GB around RM200 kot.. dengan ini andy menyeru kepada pemilik pemilik kedai komputer, sila lah jual hardisk anda dengan harga RM20 sahaja. wahahaha.. 

SBS ni pun satu, nak pula buat runningman sampai 100 lebih episode kan. cukup lah 100 episode. mengada nak buat panjang panjang. apa apa pun, tunggu lah kedatangan andy di runningman =.='
kepada peminat variety show korea, jangan risau, variety show mereka ada ENGLISH SUB ^^

PERHATIAN : ANDA YANG KETAGIH DENGAN VARIETY SHOW NI, ANDA BOLEH MEN-DOWNLOAD SHOW NI KAT LINK DIBAWAH !


ini sahaja entri untuk malam ni..
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


siapa suka tengok runningman ? boleh like ! ^^

Saturday, October 20, 2012

Aku Ketagih

Selamat petang mahkluk gohjes..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Anneonghaseyo ! andy oppa here =.=' ( tolong lempang dahku sebelum penyakit Korea semakin menular )

petang cengginih yang panas sehingga basah ketiak amat sesuai sekiranya kita melantak cendol special Haji Dollah. tak pun melantak aiskrim batang perisa milo sambil tonton Family Outing. 

Family Outing ? natang apa tu ? =.='

dengan ini, dahku selaku wakil paling diva SMK Lanang ingin mengumumkan bahawa dahku sudah pun ketagih dengan Korea Variety Shows. benar kata orang, jangan sesekali mengelumangkan diri dengan apa apa yang berkaitan dengan Korea. sekali terhumban, susah nak keluar.

ada aku kisah ? hakhak.

sebab " ada aku kisah " lah andy ketagih dengan Korea Variety Shows ni. bukan ketagih dadah tau tau. ketagih dengan korea variety shows dah buat andy tak ketahuan hala apatah lagi kalau ketagih dadah.. mati kejong sorang sorang dalam bilik kot =.='

p/s : Family Outing Season 1

p/s : Family Outing Season 2

p/s : Hello Baby Season 5

jadi tuan tuan dan puan puan sekalian, ketiga tiga variety shows seperti diatas adalah sangat berpuaka sehingga membuat andy duduk menghadap laptop 24 jam. okay tipu. a'ah tipu sikit je =.='

satu lagi variety show yang bakal menjadi habuan bijik mata andy ialah Runningman. variety show yang paling popular abad ni. hakhakhak.. andy rasa virus orang orang Korea dah menular ke seluruh badan andy. sampai sampai andy bermimpi andy join family outing. =.='

Family Outing 1 dan 2 sangat membuat andy pecah perut. tak hairan mak cakap andy gila sebab gelak sorang sorang depan laptop.. sumpah lawak tahu family outing ni. confirm akan buat anda gelak hingga sanggup hentak kepala.. hahaha.

Hello Baby pula variety show yang berkaitan dengan artis artis Korea yang diberikan tugasan untuk menjaga budak. for short, being a babysitter. bajet nak mat salleh bagai.. hikhikhik =.='
kalau lah andy jadi budak tu. kalau je lah.. dapat keluar tivi, mandi sama, dapat tidur sama kemudian dapat pula disuap makan oleh Appa yang super handsome. hakhak. 

andy, tolong jangan menggatal okay. =.='

****

apa apa pun, variety shows mereka ni sangat best. sangat tidak dinafikan.. sangat best. BEST tahu.. BEST tau tau. andy cadangkan korang untuk tonton variety show instead drama mereka.. lepas nangis nangis tengok drama, kemudian boleh gelak bahak bahak dengan variety show dorang.

andy mula bergelumang dalam dunia Korea ni sejak 2009 lagi. cuma lagi aktif dari tahun 2010 dengan mendownload beratus lagu Korea tanpa mengetahui sepatah haram maksudnya.. tapi jangan risau, Korea is now all over the world. they conquer everything ! jadi setiap drama dan variety shows akan disediakan English Sub ^^ 

andy ingat lagi waktu di sekolah. dalam kelas sempat pula andy menari tarian Gee. parah kot penyakit Korea ni ? atau andy yang parah ? hakhak

=.='

sekarang laptop hanya dipenuhi dengan lagu, drama dan variety shows dari Korea. beratus lagu dan beribu episod.. hahahaha. tergelak sopan pula. =P
apa apa pun, andy enjoy dengan apa yang andy buat sekarang ^^

ini sahaja entri untuk hari ni..
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy.. Kamshamida =.='

YANG BENAR,


siapa suka drama, music dan variety shows dari Korea boleh tekan like ! ^^

Wednesday, October 17, 2012

Mengada Rasa Bersalah

selamat malam..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

anneonghaseyo !

sekali sekala nak bajet Korean. hikhikhik

bagus bagus bagus. sangat bagus. bagus kerana hampir sebulan dahku tidak mengapdet belog ini. dulu kemain tabur kata kata manis, set dalam kepala otak akan update belog tiap hari. tabur janji kesana kesini dan kesini kesana.. ini lah keburukkan Si Andy Gawan, tahu nak tabur tak tahu nak kutip balik janji =.='

buruk macam mana sekalipun andy, tetap paling awesome. eh eh. terpuji sendiri pulak..

tak kisah lah korang nak label andy ni blogger tegar ke, blogger separa tegar ke, blogger buat buat tegar ke, tapi bagi andy, belog adalah satu hobi andy dan ianya medium untuk andy meluahkan perasaan dan share waktu foya foya andy dengan kawan kepada pembaca andy selain daripada melantak sampai telentang. =.='

sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya... andy nak minta maaf diatas kelamaan andy tidak update belog. dengan muka innocent dan kiut, andy minta maaf. kehilangan andy selama ini adalah disebabkan diri andy kena badai dengan movie movie Korea. hakhakhak.

sungguh andy tak dapat untuk melepaskan diri daripada puaka puaka Korea ni =.='

dalam masa yang sama, bajet buat karangan STPM pula. andy sedang melancong ke Korea. eh eh. melancong di kampung. hakhak.. sangatlah suka sampai senyum telinga ke telinga dapat merehatkan minda di kampung. suasana yang serupa syurga.

p/s : apakah perasaan anda bila kiri dan kanan anda dikelilingi dengan permandangan yang super indah ? 

waktu di kampung andy sedup habis habis segala ke-nyaman-an udaranya =.=' tu lah pepatah ada menyebut. hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri walaupun berbatu batu. hakhak.

korang baru tengok kat gambar je. dalam gambar dah kemain buat mata korang tak kelip kelip, apatah lagi andy yang tengok secara live. hampir terjojol bijik mata tahu.. kuasa Tuhan sangat indah. Tuhan sangat kreatif kan ? Dia buat cantik sekali ^^

p/s : jangan sampai air liur meleleh tahu

ini lah penyebab utama yang membuat andy terkinja kinja bila balik kampung. dah dapat permandangan yang kemain cantik, dijamu pula dengan makanan kampung yang sungguh membuat bijik mata andy bercahaya. hakhak.

ajak sepupu sepapat komplot ramai ramai lepak di dapur kemudian melantak ulam buah sambal belacan sambil gossip dan gelak sampai telentang. sangat berharga masa andy ketika kejadian. berharga sampai tak ketentuan hala dibuatnya.. 

p/s : Rumah Rawing Nanga Beguang, Song ^^

dapat tengok permandangan indah + makanan super best + longhouse yang cantik = seperti dapat tiket melancong ke Korea secara free. hakhak
bangun pagi dengan sekeliling yang berembun dan sejuk, dengar pula pekikan ayam, dengar juga orang orang kampung yang greet kita waktu pagi. hoi, sangat best tahu ! =.='

****

sekarang andy dah balik lagi ke bandar. sangat berat di hati untuk meninggalkan kampung.. kampung lah tempat paling best. banyak kenangan andy di kampung. dulu kecik kecik andy selalu join budak budak kampung yang lain main emak emak. wahahaha =.='

sekarang hati dah tak meronta ronta paksa andy untuk update belog. sekarang andy boleh tarik nafas lega dan rasa bersalah pun tak ada lagi. hakhak.

ini sahaja entri untuk malam ni..
Terima kasih sudi baca dan singgah di belog andy ^^

YANG BENAR,


siapa suka suasana kampung boleh tekan like ! ^^

Tuesday, September 18, 2012

Dua Minggu Tak Update Entri

selamat petang mahluk Tuhan yang gohjes semua ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

kali terakhir andy update entri ialah pada 4 September yang lepas. ya, dua minggu sudah berlalu.. andy terus menghilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesanan kepada kawan di facebook dan pembaca pembaca blog andy. rumitnya ayat aku =.='

kehilangan andy bukan sebab andy diculik atau kena jual ke Africa. tak tak tak. kehilangan andy disebabkan andy tak ada broadband nak update apa apa kat blog ni. broadband andy rosak T_T iskk.

sungguh tidak tenteram jiwa sanubari andy bila tak dapat nak online. tak dapat nak update blog buat pembaca andy yang sudi singgah dan baca. korang tak faham bagaimana rasanya hati ni bila memberontak nak suruh andy update blog.

hari ni andy online jenguk facebook andy yang dah berhabuk. dua minggu je andy tak online masih okay je.. tak ada berita kawan facebook dapat duit juta juta. takda juga terbaca kawan facebook bagitahu dapat anak kembar. hm. rilek je baca sambil hirup air sirap jagung ais. =.='

p/s : lukisan hodoh tak bermakna tuannya lagi hodoh =.='

selama dua minggu andy tak online, masa dan waktu macam mengada nak lambat berputar. rasa macam kepala ni dah banyak uban. semua benda nampak seperti jalan selow selow. sungguh lama =.='

rilek lahh, tak lama mana pun. baru je dua minggu kan, bukan 2 tahun pun. hakhak.. untuk buang boring andy jauh jauh, andy kumpul kawan kawan andy di segala ceruk sibu kemudian ajak foya foya di  ke pasar.

awalnya kami jalan jalan ke Parkson sambil menikmati rasa sungguh segar penghawa dingin di situ. hakhak.. kami tu bermaksud, andy sendiri, rin, nana dan titek. ^^
kemudian masing masing nak melantak. kami sebulat suara memilih untuk makan di Mamazu Crepe. hakhak.. kita orang nak membajet Japanese.


makanan disini best best belaka, harga juga berpatutan. bulan depan nak bajet Japanese lagi disini. biasalahh, awal bulan memang mashyukkk tapi bila hujung bulan sengkek. hakhak =P

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut. fuhh, sangat sangat puas hati. senyum telinga ke telinga sambil tepuk perut comel masing masing.. hakhak.

lepas kenyang, kami sungguh mengada buat photoshoot di Sibu Heritage. tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang, kami tetap dengan niat kami untuk photoshoot bersama sama. berikut aksi panas kami =.='

mempersembahkannnnnnnn. Andy si Raja Facebook yang gohjes lagi sopan santun =.='

siapa paling awesome anak anak ? andy kannn =D

masih banyak gambar kami pada hari kejadian. sangat excited dan penuh dengan tawa riang. hakhak. tak perlu lah upload banyak banyak masuk dalam blog ni. yang selebihnya biar menjadi tatapan bijik mata kami sendiri ^^

kaki lenguh, badan rasa bagai dihempap dengan pasu, kami sekali lagi sebulat suara mengambil keputusan untuk balik. kalau setiap hari andy jalan keliling Bandar Sibu, mungkin andy boleh mendapat bentuk tubuh yang sangat ideal. hakhak. tergelak sopan pula =.='

apa apa pun, andy nak minta maaf diatas kelamaan andy tidak update entri. adakah andy sibuk ? sibuk sebagai Perdana Menteri ? sebagai suri rumah ? atau sebagai penanam anggur paling tak boleh nak berjaya ? sangat tidak berjaya.

lepas ni akan put more effort dalam dunia berbelog. agaknya boleh ke tak andy update entri setiap hari ? masalahnya, idea sungguh tidak mahu bekerjasama dengan andy. hmm

ini sahaja entri untuk hari ni.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


masih belum terlambat nak ucap, Selamat Hari Malaysia buat semua ^^

Tuesday, September 4, 2012

Jumaat Lepas Bersama Jane, Ayie dan Siti

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Op Op Oppa Gangnam Style. a'ah.. tahukah anda, dalam masa andy taip entri ni, andy tengah layan lagu Gangnam Style.

ye, rentetan wabak paling berjangkit selepas wabak H1N1 dan Selesema Burung. ingat lagi Mak Senah nangis nangis sebab ayam beliau dirampas kemudian dihumban dalam tapak perlupusan ayam hidup hidup. sekarang, wabak Oppa Gangnam Style, spesis penyakit yang susah nak diubati juga =.='

hmm, entri ni bukan nak cerita pasal Oppa Gangnam Style tapi nak cerita pasal kejadian Jumaat lepas. a'ah Jumaat lepas. maksudnya entri ni dah terkepam membusuk selama 2 hari. nasib baik tak berkulat..

korang tak rasa ke setiap kali andy update entri mesti berbaur dengan gambar kemain banyak ? a'ah andy perasan juga. ini bermaksud, akhir akhir ni andy sering berpeleseran bersama kawan.

sebelum ni, susah payah andy aplikasikan sistem kitar semula gambar. sampai sampai ada yang muntah purple tengok gambar yang sama berulang kali. hakhak =.='
maka entri hari ni, sekali lagi berbaur gambar kemain banyak. rentetan kecintaan hati sebab kawan belanja makan.. sungguh menjadi kecintaan kalau bab free ni. hakhak. gelak sopan.

awalnya Ayie belum menyertai kami. " kami " tu bermaksud Andy Gawan, Jane Mollen dan Siti Norhaliza. ni bukan Dato Siti Nurhaliza Tajuddin tahu, tapi Siti Norhaliza Halis. bhahaha..

sejurus sampai di Malay Foodcourt Farley, kami bertiga terus mencekik. Andy dan Jane sebulat suara order Nasi Goreng Kampung Special manakala Siti pula order Bakso Special. siyes, sungguh berbaloi dengan kuantitinya yang teramat banyak. burpp ~ sendawa Nasi Goreng Kampung pun masih ada lagi ni =.='

kalau bab makan ni perut andy bantai je. asalkan boleh telan.. dinner tetap dinner. nanti taknak syok syok bergumbira ada tragedi sorang kepala lutut nak lucut. takmo takmo..

banyak sungguh manusia ketika kejadian. semua sibuk mencekik.. hahaha * tergelak sopan pula
oh, pada hari kejadian juga, kita orang terjumpa dengan kawan lama. nama beliau, Amri. a'ah Amri. amboi, dah membujang dah beliau sekarang. kawen pun boleh dah. hakhak. siyes, banyak perubahan dalam diri beliau..

sejurus mencekik, dah dapat kembali tenaga, maka tempat seterusnya yang kita orang pergi ialah Sibu Town Square. punya lah semangat nak tengok pesta keramaian bersempena Hari Merdeka. siap nyanyi lagu Tanggal 31 Ogos sepanjang perjalanan ke sana. tipu.

tapi tuntas, sampai di tempat kejadian, seperti padang jarak padang terkukur yang kami lihat. ye, kami tu bermaksud Andy Gawan, Jane, Ayie dan Siti. a'ah, kali ni Ayie dah ikut kita orang. beliau sampai lewat sedikit. sedikit je..

tertanya tanya kenapa kosong je dan takda pesta keramaian. yang ada cuma remaja melepak siap terpekik terlolong.. mungkin dah tamat kot. hmm. sungguh tak meriahnya sambutan Hari Merdeka di Sibu. nama je tuan rumah. cis.

dari awal sampai akhir kejadian, ada lahh segerembolan mat mat motor ni " ber-pewit, pewit " dengan kami orang. awalnya andy dengar macam bunyi tikus, makin lama aku dengar dah macam bunyi unta pula. hoi ! semak telinga lah. =.='
kecik kecik dah pandai mengorat kita orang yang umur 20 tahun ni.. umur kita orang ni dah boleh kawen dah tahu. hakhak

kosong je kan ? macam mana lah Sibu ni menjadi tuan rumah. at least rentangkan lah Jalur Gemilang dari rumah andy sampai lah ke Wisma Sanyan. nampak sikit semangat cinta akan negara tu. hakhak. padahal rumah sendiri seketul bendera pun takda. =.='

ayu kan andy ? tolong lah puji sekali. pleaseee =.='

comey comey kannn kita oranggg. * ngehngehngeh

itu lahh barisan barisan manusia gohjes. siyes, gohjes nak mampos dorang ni. rasa macam nak culik je sorang sorang bawa balik rumah.. hakhak. Jane, Siti dan Ayie ♥

cantik cantik mereka kann ? mungkin tidak termasuk andy. hakhak.. lepas ni susah nak jumpa sambil makan makan free lagi sebab masing masing sibuk dengan study. hmmm. andy je lah yang masih di Universiti Rumah ambik course Diploma Menghabiskan Nasi Mak =.='

****

apa apa pun, gumbira hati andy tau hari tu. tidur pun mimpi mimpi dorang. semoga lepas ni dapat jumpa lagi ^^

jutaan terima kasih kepada Jane dan Siti kerana sudi belanja makan dan jutaan terima kasih juga kepada Ayie kerana sudi jadi pemandu andy, terima kasih kepada mak juga kerana membesarkan andy dan terima kasih kepada Cikgu Syidah akan erti senangnya Pengajian Am. =.='

ini sahaja entri untuk hari ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


kawan memang ramai, dan mereka mereka itu antara kawan baik andy, anda pula ? ♥

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka Yang Ke-55 Malaysia

selamat pagi semua ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

tak terasa kan sudah 55 tahun negara kita mampu berdiri sendiri dengan teguh dan kukuh. kalau nak dingatkan balik peristiwa peristiwa sebelum kita memperoleh kemerdekaan negara kita, sungguh susah kehidupannya.

oleh itu, kita rakyat Malaysia harus sangat sangat bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. maju, moden, aman dan damai. cakap dengan andy apa lagi yang tak cukup ? haa. sekarang ni kita dalam proses transformasi pembangunan ke arah negara maju. hebat kan ? mesti lah hebat.

tapi, kat facebook ada yang cakap bahawa Sabah Sarawak tak termasuk dalam menyambut hari kemerdekaan sebab 31 Ogos tu untuk kemerdekaan tanah melayu. ish, ada lagi manusia spesis racist macam tu kan ? tak baik kita jadi penghasut. lebih lebih lagi menghasut akan sesuatu yang tidak baik. kalau benda baik orite lah juga kan. tak kisah pun.

bak kata orang, " Cakap Siang Pandang Pandang, Cakap Malam Dengar Dengar ". peribahasa yang membawa maksud, kalau nak cakap atau sampaikan sesuatu haruslah berpada pada. jangan nanti menyakitkan hati mana mana pihak kan.. kang nanti mengundang kemarahan orang ramai ? binasa diri sendiri.

manusia tak matang memang tak akan pernah ingin menghargai sesuatu.


walau apa apa pun, Andy bangga menjadi salah seorang rakyat yang tinggal di Malaysia.. ^^ kita harus beruntung tahu. cuba anda bayangkan jika anda tinggal sebelum waktu kita merdeka ? cuba anda rasa. cuba anda rasaaaaaaaaaa.. cuba rasaaaaa * buat intonasi seperti yang rosyam nor selalu buat kat filem sedih beliau.

bila anda hidup sebelum kita merdeka, anda lah manusia yang meraung raung lari laju laju sana sini sebab takut kena paksa minum air sabun oleh para penjajah. nak ke ? kemudian dipaksa bekerja tanpa gaji. nak ke ? nak ke ha ? nak keeeeeee ? * buat buat emo sebentar =.='

bersyukur lah dengan apa yang ada.. tak juga mati kebulor tebongkang sorang sorang kat ceruk dapur sebab tak makan sepuluh hari. at least kehidupan sempurna tak seperti rakyat di Africa yang susah nak makan kann. atau tak juga hidup dengan bunyi bom seperti kat Syria. sana nak tidur pun dalam ketakutan. benda macam tu pun nak dihebohkan dan jadikan isu.

p/s : Sabah Sarawak mempunyai tarikh kemerdekaan masing masing tapi kita merupakan PART OF MALAYSIA, jadi kenapa kita harus berbagi bagi dalam menyambut hari merdeka ni ? satu perbuatan yang sungguh tidak professional. dalam masa ni, kita harus bersatu padu, bukannya bersatu padu menghasut buat benda tak elok kan.

apa apa pun, andy sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia. bukan andy sahaja, anda, anda dan anda dan seluruh rakyat Malaysia harus berbangga akan negara sendiri. buang jauh jauh hasad dengki kita. kerana hasad dengki itu pembawa kepada niat buruk dan benci..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 MALAYSIA
MALAYSIA WE LOVE YOU

ini sahaja entri untuk hari ni.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


siapa sayang Malaysia ? tekan like sekaranggggggggggggggg ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...