PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, June 22, 2012

Iban Traditional Costume

selamat petang semua ^^
selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia...

bersambil goyang kaki atas sofa mak siap hirup air sirap perisa cherry, entri kali ni andy nak kongsi sedikit kemain banyak pasal baju tradisional masyarakat Iban.

masyarakat Iban merupakan masyarakat paling majoriti di Sarawak, Malaysia ye semua. hakhak, mengada nak bagi informasi konon bajet National Geographic padahal subjek Geographic dapat B je PMR dahulu kala.

entri ni si Rafael suruh buat, dia tak tau kot baju tradisional masyarakat iban ni macam mana. hakhak. pepandai je andy ni kan. =P

mempersembahkannnnnnnnnnn.............................................

1. Baju Tradisional Iban - Perempuan

gambar ambik dari Google, google rileks je bagi. hakhakhak

baju yang perempuan pakai dipanggil NGEPAN IBAN tahu. sekali lagi andy ulang, NGEPAN IBAN, ngepan iban tau tau.

AKSESORI NGEPAN IBAN :
  1. Sugu Tinggi
  2. Tali Mulung
  3. Rawai
  4. Tumpa Bentuk
  5. Buah Pauh
  6. Gelang Kaki @ Gerunchung
  7. Sementing Buchai
  8. Lampit
  9. Sementing Ringgit
  10. Selampai
  11. Tango
hakhakhak. berpusing namplohtujuh darjah lidah andy nak sebut nama nama aksesori tu. haa, unik tak unik tak ? siyes, andy juga baru tahu beberapa aksesori yang andy tak tahu sebelum ni.. nasib baik google sudi bagi =P

2. Baju Tradisional Iban - Lelaki

google rileks je bagi gambar ni.. hakhakhak..

ni pula baju tradisional untuk lelaki.. namanya ialah BAJU BURUNG. sekali lagi andy cakap, ini adalah BAJU BURUNG, baju burung tahu. =.='

dulu andy pernah pakai baju ni. waktu waktu ikut pertandingan tarian peringkat antarabangsa.. eh eh eh, peringkat sekolah je. hakhak. tapi baju yang dipakai andy time tu tidak lahh selengkap seperti abang perkasa seperti dalam gambar. hakhakhak * gelak tak ikhlas

AKSESORI BAJU BURUNG :
  1. Bulu Burung Ruai
  2. Sangkuh
  3. Bulu Kenyalang
  4. Antu Pala
  5. Rangki
  6. Tumpa Jari
  7. Temilah
  8. Pantang
  9. Tumpa Betis
  10. Gelang Betis
  11. Ketapu
  12. Baju Gagung
  13. Tenggak Marik & Kukut Beruang
  14. Terabai
  15. Taring
  16. Lampit
  17. Tali Mulung
  18. Sirat
  19. Gerunong
  20. Baju Burung
  21. Ilang
fuh. fuh. fuh. letih tau taip kemain banyak aksesori untuk lelaki.. andy rasa 946290001 kilogram kot bila pakai semua tu. * tipu
walaupun aksesori kemain banyak letak sana sini, tempek sana sini tapi baju ni tetap awesome. ianya unik lagi lain dari yang lain. haaa. mampu nak pakai ?

yang gagah perkasa bagai Badang, badan berketul boleh pakai baju burung tu. kalau andy pakai, nak sembunyi perut ni kat mana ekk ? hakhakhak. sedih tau tau. nak kurus lahh lepas ni. sobsob.

bajik indu Iban wai ? hakhak.. even pelancong luar negara pun bangga memakai pakaian tradisi kita ^^

ini baju tradisional lelaki.. Dayak Warrior ! woaaahhh.. hikhikhik =P

bagaimana ? dah tau Baju Traditional masyarakat Iban ? dah tau Aksesori Baju Tradisional Iban ? bagus ! kalau ada apa apa kemusykilan, anda boleh bertanya di pusat khidmat pelanggan. terima kasih.. hakhakhak. =P

jadi, anak anak muda sekarang, hargailah keunikan dan keindahan Adat Tradisi kita agar tidak punah ditelan arus kemodenan.. berbangga lahh dengan Bangsa dan Asal Usul sendiri ^^

wahhh, kemain bagi nasihat. hakhakhak.

begitulah ceramah Hayati Adat Tradisi Kita.. sekian sahaja ceramah andy untuk petang ini sebagai Pengerusi Kelab Manusia Paling Awesome Kampung Pinang Sebatang.. hakhakhak. 

Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


suka entri ni ? boleh tekan button like kat bawah ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...