PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, June 18, 2012

My BFFs

selamat malam semua ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia..

entry kali ni nak buat jiwang jiwang tau tau siap buat air mata kemain deras mengalir merentasi pipi. latar belakang lagu entry ni ialah lagu Jerat Percintaan yang Dato Siti bawa tu. eh eh eh..

tak perlu lagu latar belakang bagai. taip je lahh sampai habis dulu.. =.='

TADAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ O.O

ini BFF andy, nama dia BEATRICE KONG.. dia lahh makhluk Tuhan yang paling lama memegang Panggilan Sahabat Sejati sejak tahun 2007 dahulu. kami mula kenal sejak zaman kegemilangan Friendster dulu kala.. dia lahh kawan yang selalu kongsi rahsia dan cerita dengan andy ^^

apa yang andy suka dengan BEATRICE ni, beliau suka ketawa.. a'ah, sama lahh dengan andy yang suka juga ketawa. yang lagi unik, kami suka bergelak terbahak bahak di malam hari.. HAKHAKHAK ! * gelak tak ikhlas
kadang kami bergelak, ada kala kami bersama nangis pinjam sapu tangan masing masing tau tau. hakhak.

tapi sekarang kurang fesbuk fesbuk sebab beliau busy dengan semester 5.. maybe jadual lebih padat kot ? apa apa pun, semoga berjaya ^^

oh yaa, andy panggil beliau dengan panggilan MUMUI..

ini lagi dua ketul BFFs andy. CHARLIE dan JACKRY.. dua dua selaku pemegang takhta paling lama, tahun 2005.. cuma kita orang lebih rapat pada tahun 2006 semasa tingkatan dua di SMK LANANG =D

satu, CHARLIE ni sorang yang memahami bagaimana keadaan dan sifat sebenar andy. sudah semestinya sifat sopan santun, hormat orang tua, ohsem, gohjess yang ada pada diri andy.. HAHAHA. tak semena mena pembaca kalian tercekik tulang ayam goreng =P

CHARLIE ni selalu jadi tempat luahan perasaan andy dan begitu juga beliau.. ^^ harap harap beliau tidak berasa rimas.. hehehe.

dua, JACKRY ni pula bagai Pakar Kaunseling andy. hikhikhik ! dia selalu bagi nasihat kat andy tau tau. before ni dia ada bagitau :

  1. " sementara tunggu tawaran sampai, elok cari kerja sementara. kesian mak ayah tanggung pelajaran kita nanti ". 
  2. " nak lembut biar berpada, jangan nak lebih lebih.. buruk padah kalau salah pilih jalan "
ok foine, cepat cepat andy ambik diary dan tulis buat tatapan cucu cicit andy nanti. bergelimpangan air mata andy tau tau. T_T

ini lagi dua ketul BFFs andy juga.. JANE MOLLEN dan SITI NORHALIZA. hakhak, walaupun nama kemain bajet Dato Siti Nurhaliza tapi siyes tu memang nama sebenar dia.. hikhikhik ! yelah, bapa beliau minat sangat Dato Siti jadi nama anak pun sama juga kot =.='

kalau dengan JANE, andy mula rapat tahun 2010 lagi ^^ semasa kita orang dalam Tingkatan 6 Rendah. beliau sangat baik dan beliau juga manusia yang menyuntik virus K-Pop dalam tubuh andy. hakhakahk * gelak gedik kemain

beliau amat baik sekali.. selalu ajak andy makan kuih muih yang dia bawa dari rumah. wahh, kemain lagi andy tau tau. senyum telinga ke telinga dibuatnya. ^^

kalau SITI NORHALIZA pula, dia tu mula rapat sejak tahun 2009 lagi ^^ beliau bukan sahaja baik tapi selalu sponsor makan buah yang dia tanam kat belakang rumah. hahaha.. dia tak sombong, selalu invite andy untuk datang rumah bila Hari Raya Aidilfitri menjelang.. tahun ni jangan lupa jemput tau tau. 

ini kawan andy. ^^ tiga ketul manusia ni memang baik.. AYIE, ROSY dan ESTHER. cantik bukan ? tapi mereka tak dapat mengalahkan andy yang paling gohjes, awesome ni.. ececeh. hahhahaha. melampau pula andy ni =.='

AYIE ni dia selalu tolong andy bila dalam kelas.. bila andy tak ada buku yakni tertinggal di rumah, beliau lahh manusia paling baik hati tolak tolak buku share dengan andy. hikhikhik ! kadang kadang rumah beliau tempat andy merempat. study group, gossip group, makan group semua aktiviti group akan dilaksanakan di rumah beliau.. ^^

ROSY pula simple.. membajet nak kahwin dengan ahli Super Junior. please ROSY, sedar lahh mereka tidak sesuai untuk awak.. hakhakhak.. sorang ni obses dengan K-Pop. kalau geledah laptop, penuh dengan lagu Korea dan Drama Korea. =.='

ESTHER ni melampau. bab makan mengalahkan andy padahal tubuh kecik lagi dari kuman.. kemain lagi bila ada event makan makan. tak payah suruh, otometik beliau akan melantak dengan penuh nikmat segala makanan yang ada dihadapannya. 

* andy rapat dengan dorang pada tahun 2010 ^^

ini kawan andy ^^ kawan baik, dorang memang baik. APIL, NANA dan RIN.. wahh, kemain lagi nama. membajet nama orang eropah lahh sangat.. APIL dan NANA kawan kamceng. kenapa andy cakap kawan kamceng ? sebab dua ketul mereka tu sama kepala dengan andy.. bab bab maki hamun orang dua ketul tu lahh paling mengada. nyampah ! =.='

bila ketawa kemain lagi.. bagai nak bergolek tengah jalan raya. siapa lagi kalau bukan dua ketul sepupu punya pasal.. kalau lepak sama sama, dorang best.. beli kuih, senyum lebar nampaknya perut andy. wahahaha =P

RIN pula lama dah tak jumpa. sumpah, kalau jumpa lepas ni, memang bergelimpangan lahh air mata andy ni.. pindah rumah kemain jauh nun ceruk kota raya.. =.=' rindu tau tau..

ini kawan kelas andy. semua baik.. ^^ andy rindu sangat tau dengan korang. korang tak rindu andy juga ekk ? hahaha. semoga Tuhan sentiasa memberkati kalian semua. =) semoga dimudahkan rezeki. amin amin amin ^^

***********

Kawan, Sahabat, Teman, Rakan, yang sejati adalah bukan muka yang sama je bila tengah riang ria, bila sedih gundah gulana, hampeh lahh, talipon pun tak semena-mena meng-off-kan mode.. KAWAN atau ? 

tetiba rasa emo bila taip entri ni pula.. air mata bertakung bagai Tasik Mediterranean, hati sebak, mood huru hara, tak semena mena bagai nak lari selow selow sambil nangis ke belakang langsir. * tipu

Terima Kasih Tuhan, walaupun andy ada beberapa ketul je kawan baik, tapi andy syukur sangat sangat kemain kepada Tuhan kerana mengurniakan andy sahabat yang selalu bila waktu andy senang mahupun susah. yang paling andy suka, mereka semua ada bila andy dalam kesusahan ^^

semoga hubungan kita ini bukan sahaja di dunia malah akan tetap terikat di akhirat kelak.. hubungan yang ikhlas tanpa inginkan apa apa akan mengeratkan silaturahim kita berlandaskan jalan Tuhan. amin amin =)

ini satu satunya KAWAN, SAHABAT, RAKAN, TEMAN dunia dan akhirat andy ^^ dia jauh nun disana. kami kawan sejak 2007 lagi =') nama dia Rachel Raminda.. may God Bless You and may Your Soul Rest In Peace.

yang lain tu, meh jadi kawan baik andy ^^

Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy..

YANG BENAR,


siapa ada BFFs boleh tekan like kat bawah ^^

6 cakapcakap sampai pengsan:

mumui said...

amen.. gelak mlm2 membuatkan kita sihat..hehehe.. rindu gak g bala kwn bukai.. :(

ANDY GAWAN said...

@mumuitapi kawan bukai langsung nadai ingat ke kitai mui... itu membuatkan saya sedih kemain :(

mumui said...

@ANDY GAWAN ngai ngawa gak.. asal kitai sellau ingat ke cda ya.. :)

ANDY GAWAN said...

@mumuiyup, betul nyak mumui... tetap doakan mereka :)

mumui said...

@ANDY GAWAN saya rindu cee... =(

ANDY GAWAN said...

@mumuiku pun rindu ya gak mui :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...