PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, May 2, 2012

Ayam Pansoh Sarawak

selamat malam hadirin sekalian...
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

burrpp ~ sendawa ayam masak kari tabur buah kentang... semua dah makan malam ? jangan tinggal makan malam tauu ! tak sihat... =D

malam ni andy nak kongsi sedikit tapi banyak resepi bagaimana menyediakan/memasak Ayam Pansoh Sarawak yang berkualiti dijamin 100 % halal yakni suci lagi bersih * terbaekkk dari ladang !
Terima Kasih kepada Browny Adam Boniface kerana memberi idea untuk andy update blog pada malam ni ^^

hari ni andy nak kongsi dengan korang bagaimana menyediakan Ayam Pansoh tanpa menggunakan buluh... kalau sebelum ni, kita sedia maklum bahawa ayam pansoh ni dimasak di dalam buluh tetapi ayam pansoh juga boleh dihasilkan tanpa menggunakan buluh juga ye... rasanya tetap sedap seperti ayam pansoh yang dimasak di dalam buluh... * a'ah, perkataan buluh memang banyak =.='

tanpa melengahkan masa, mari kita sama sama ke dapur dan pakai apron masing masing ye...

Ingredients :

  1. Bawang Putih
  2. Bawang Merah
  3. Halia
  4. Bunga Kantan
  5. Ayam segar suka hati berapa kilo
  6. Air suam sebaldi * ehh ehh, air suam ikut sukatan berapa banyak ayam digunakan =P
Langkah - Langkah :


Langkah 1 : Korang boleh rempit ke mana mana supermarket hypermarket yang berdekatan dan beli daging ayam segar... yang pasti, beli mengikut jumlah family ! 10 kilo ke, 50 kilo ke or 96249249284273 kilo... nanti tak pasal pasal berebut kann ? 


Langkah 2 : Sediakan bahan bahan seperti yang diatas ye Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian... opss ! korang jangan lupa HALIA juga tauu ! harap maklum =) 


Langkah 3 : Hiris setiap ketul bawang putih, bawang merah, bunga kantan, dan juga halia kecik kecik ye Tuan-tuan dan Puan-puan... 


Langkah 4 : Humban segala ayam ayam yang sudah dipotong sederhana besar ke dalam periuk... * kelasss ayat aku


Langkah 5 : Tabur kan bawang putih, bawang merah dan bunga kantan yang telah dihiris tadi disekitar ayam ayam tadi seperti gambar di atas ye...


Langkah 6 : Taburkan juga halia di sekitar ayam ayam tadi... ^^


Langkah 7 : Gaulkan bersama sama bawang putih, bawang merah, bunga kantan, halia dan juga ayam tadi sehingga sebati... p/s : pastikan tangan anda bersih yakni 100 % terhindar daripada segala jenis bakteria pembawa penyakit ye ^^


Langkah 8 : Taburkan garam disekitar ayam yang telah digaul bersama sama bahan yang lain lain tadi... p/s : garam mesti banyak sikit sebab takut nanti ayam pansoh kita jadi tawar =)


Langkah 9 : Selepas itu, simbah air ke dalam periuk yang dipenuhi ayam ayam tadi ye... PERINGATAN : jangan biarkan ayam ditenggelami oleh air... berpada pada lahh bila tuang air okayy ? 1/4 periuk ^^


Langkah 10 : setelah simbah ayam ayam tadi dengan air, gaulkan bersama sama sehingga sebati =D gambar diatas merupakan ayam yang siap diperap ! ^^


Langkah 11 : masak ayam kita tadi sehingga mendidih... sekiranya mendidih, perlahankan api sehingga ayam kita tu tadi bertukar menjadi kekuningan ye... tunggu beberapa minit =)


Langkah 12 : setelah masak, dan ini lahh hasilnya ! tadaaaaaa ! Ayam Pansoh Sarawak ^^

nampaknya, kita berada di penghujung rancangan ye Tuan Tuan dan Puan Puan sekalian... berat rasa hati untuk meninggalkan anda semua * a'ah, berlagakk sangat nak jadi chef masak depan tivi kononnya sambil ketuk kuali pakai sendukk

bagi mereka yang tidak suka menggunakan buluh atau tiada buluh ditempat anda, anda boleh cuba cara yang seperti diatas ye ? terutama mereka yang sedang berada di negari orang =D
esok nak ajak sang emak dan dua ketul adik andy ramai ramai rempit ke supermarket beli bahan untuk buat Ayam Pansoh Sarawak yang awesome ni ! =P

ini sahaja entri untuk malam ni...
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

Jutaan Terima Kasih Kepada :

YANG BENAR,


suka resipi ni ? korang boleh tekan button like kat bawah ni ^^ thanks...

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...