PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, April 29, 2012

Hatiku Tidak Sabar

selamat petang malam semua...
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

andy baru je lepas dating dengan katil kecintaan, bantal bantal bergelimpangan sana sini beserta dengan selimut berkeliaran... indahnya dunia seperti berada di pantai Miami sambil sambil bersantai pakai bikini dan sunglasses menyaksikan segerombolan manusia separuh bogel berlari sana sini... a'ah, andy imagine je sekarang ni..

dalam keadaan bantal busuk belum mandi tapi andy tetap wangi seharum mawar, andy nak sumbangkan sedikit yang banyak masa dan tenaga untuk menaip entri kali ini yang berbaur permintaan untuk diri andy sendiri... *hebat kann ? =P

tak lama lagi Hari Gawai dah nak menjelang jadi andy dah buat keputusan untuk menyenaraikan seberapa banyak benda yang mesti dan seharusnya andy lakukan setibanya Hari Gawai nanti... andy nak buat seboleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh nya... kalau tak dapat, andy nak merajuk seminit ! tak boleh nak merajuk lama, nanti muka tak comel... betul tak ? ^^

Makan makanan secara percuma

perut andy yang comel bulat bulat ni mesti suka makan kan ? ye kan sayang kan ? alololo, comelnya dia... ^^ kalau di bandar, andy hanya mampu menyajikan gambar gambar dari Encik Google untuk bagi cemburu perut andy ni... jadi, balik kampung nanti andy nak semua ni... antaranya :
  • ayam pansuh perghhhhh jilat 5 telunjuk 
  • daging masak hitam tabur daun sup banyak banyak kat atas ^^
  • kuih jala sambil menjala
  • kuih pengganan sambil menganyam
  • kek lapis tebal tebal 10 inci
  • tomyam dengan tomato berkeliaran 
  • dan sebagainya

Gedik depan kamera senyum telinga ke telinga

andy akan ambil gambar bebanyak dan sumbat tempek masuk dalam blog kecintaan supaya korang membangkitkan rasa cemburu iri hati terhadap andy... ^^ oleh kerana broadbabeng andy laju gilerrr sekarang ni, so andy nak ambil gambar tanpa had batasan dengan rasa tak tauu malu segan silu... sila muntah purple kalau anda tak suka...

Berkelah dengan cousin sepupu sepapat

andy akan keluar bersama sepupu sepapat untuk berpicnic di sungai yang airnya deras, ehhh, airnya sedang sedang menenangkan jiwa =) sambil kumpul siput sedut, sambil menatap ikan ikan berenang laju laju selamatkan diri, sambil makan nasi bersama ikan bakar, sambil dengar burung berkicau, sambil mandi manda selam selam sampai hidung masuk air... ahhhhhh ! tak sabar ni...

Treatment kecantikan

satu ni andy paling suka ! ^^ sampai je kampung, andy nak rehat sambil menikmati rawatan manicure dan facial treatment... ajak sepupu sepapat main cuci cuci kuku dengan cara kampung, rembat timun mak cik untuk letak kat muka supaya muka ternyata ayu dan awet muda gituhh =) andy kalau bab rawatan secara percuma memang juara, tapi yang berbayar sorry to say... bukan kedekut tapi berjimat cermat amalan mulia ^^

emmmm, apa lagi ye ? sebenarnya banyak lagi andy nak buat sampai tak terkata kata... tapi yelahh, idea ni malu malu nak keluar kalau andy nak update blog... mesti mewarisi sikap pemalu tuannya kan ? ^^ okayy takpa, nanti kalau nak pergi kampung andy korang bagitauu lahh ye ? confirm andy layan seperti di hotel 5 Bintang =)

Selamat Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai ^^

ini saja entri untuk hari ni, andy harap semua terhibur ^^
Terima Kasih sudi baca dan sudi singgah di blog andy...

YANG BENAR,

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...