PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, February 19, 2012

Lidah Bercabang VS Talam Dua Muka

selamat malam dan salam satu Malaysia buat pembaca blog andy yang gedik semua... HAHAHA =P
semua dah makan kan ? dah mandi ? mesti ada yang belum mandi lagi ni... biasa lahh tu kan, manusia ni banyak yang tak sama walaupun digelar MANUSIA juga...

okayy, tajuk hari ini Lidah Bercabang VS Talam Dua Muka... kenapa tajuk entri kali ni macam tu ekk ? ada siapa siapa yang nak mengadakan pertandingan WWE ke ? HAHAHAHA...
sebelum ke isi penting, andy ada soalan nak tanya kat korang dulu... jeng Jeng JENG ! =D


1. Pernah dengar perkataan Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka ?
2. Pernah mengalami atau menghadapi kedua dua situasi seperti soalan di atas tadi tu ?
3. Tahu ke maksud Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka ?

ini lah yang akan andy ceritakan kat korang... mengapa ? andy tak akan cerita benda benda yang tak betul kalau andy tak pernah alami... betul tak ? jadi kisahnya bermula macam ni sebelum fikiran andy terdetik untuk menaip entri pasal tajuk lidah bercabang dan talam dua muka ni... macam biasa, lepas andy makan malam dan mandi andy log in Facebook then tengok New Feeds kat home kann then andy ternampak seorang perempuan yang boleh digelar KAWAN kot... dia tu junior andy jadi kepada kengkawan yang sama umur dan tua daripada andy, korang jangan lahh terasa hati pula kann ? tak pasal pasal nanti kena serang then korang saman... andy tak ada duit nak bayar duit saman korang tu... HAHAHAHA =.='

berbalik kepada cerita, perempuan tu dulu pernah cakap something kat andy... dia ni burukkan orang lain macam lahh dia tu PERFECT sangat... dipendekkan cerita, sekarang dia BERKAWAN BAIK dengan orang yang dia kutuk dulu... HEBAT kann ? andy pun tak habis fikir manusia jenis apa dia tu... seperti yang andy katakan Lidah Bercabang Si Talam Dua Muka...

Dalam dunia sekarang bermacam macam ragam manusia ada... ada yang boleh dipercayai dan ada yang tak boleh dipercayai, ada yang hitam dan ada yang putih, ada yang wangi ada yang busuk, ada yang boleh diharap dan ada yang tak boleh diharap, ada yang tak suka tikam dari belakang dan ada yang suka tikam dari belakang... 

( Apa itu Lidah Bercabang ? )

p/s : bukan lidah andy tauuu ! *sekadar hiasan* =P

Lidah bercabang ni bermaksud PERCAKAPAN yang berubah ubah dan langsung tak boleh dipercayai ! 
lidah bercabang memang menakutkan, tapi insan macam ni memang ada wujud dan bersepah je kat luar sana tu... di depan tampak je manis, bercakap pun lembut gigi dari gusi tapi kat belakang kita hanya Tuhan saja yang tahu kebenarannya... orang seperti ni bersandarkan alasan hendak cuba " Please ", ditinggalkan " Good Impression " dan ambil hati semua orang... tak nak bermusuh musuh kononnya tapi tanpa disedari , golongan seperti ini lahh yang selalu menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham...

( Apa Talam Dua Muka ? )

p/s : ini bukan rupa andy... *harap maklum 


Manusia talam dua muka pula memang manusia yang paling berbahaya... kenpa ekk bahaya ? ada radioaktif ke ? asid ke ? 
satu perkara yang ketara dengan tentang talam dua muka ni ialah mereka pandai bermuka muka... banyak sesangat muka ! bukan satu tapi 9483726394862883926352000000 muka... banyak kan ? nak letak mana agaknya andy pun tak tau... di depan kita bukan main lagi dia baik, bukan main lagi dia burukkan orang lain kat kita dan dalam masa yang sama di depan kita juga dia boleh bertukar menjadi manusia yang kita tak pernah kenal... *dah macam watercolour kan bila kita campur merah dan biru bertukar menjadi ungu... awww ! bestnya =.='

ada juga bila di depan baik tapi di belakang kita ? alahaiiii, lemah kepala lutut andy nak cakap... dia sanggup burukkan kita malah berani memfitnah... *tauu ke fitnah tu lebih dosa daripada membunuh ?
jenayah macam ni memang harus diatasi segera sebelum penyakit barah ini semakin merebak ke masyarakat lain seperti " Duri dalam daging " yang tak akan ada jalan penyelesaian... *yayyyy ! ayat ini ditaja khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia... keluar kat PMR, SPM dan STPM tahun ini oakyyy ? jangan lupa catat =.='
jenis yang bermuka muka dan tak ikhlas bila nak berkawan ! hampehhh sangat...

manusia talam dua muka ni sebenarnya tak boleh dipercayai sebab di depan kita bukan main lagi dia baik, tapi belakang kita, satu dunia tempat dia sebar fitnah buruk burukan kita... talam dua muka ni juga seperti manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada... pendek kata, orang seperti ni sememangnya manusia MUNAFIK !
oh yaaa, talam dua muka ni memang pandai bagi kata puji pujian, puja pujaan, memuja sana sini tetapi... ada tetapi okayyy ! dalam masa yang sama, talam si dua muka ni boleh bertukar menjadi musuh apabila duduk bersama dengan orang yang lebih tinggi daripadanya... niat si talam dua muka ni hanya satu iaitu UNTUK MEMBELI JIWA ORANG DIATASNYA SUPAYA MENJADI SAHABAT BARU KEPADANYA... *jiwa boleh dibeli ? abang ! andy nak JIWA special satu, kurang manis tapi letak susu pekat separuh cawan =.='
lepas jadi macam tu ? sahabat lama dilupakan dan dijatuhkan tanpa belas kasihan ! *kejam sangatttt

setia lah sangat kononnya nak jadi KAWAN KARIB SAHABAT DUNIA AKHIRAT KONGSI SUKA DAN DUKA dan menangis lap air mata pakai satu sapu tangan je... *menyampah sambil muntah cekodok petang tadi
bercakap bukan main lagi, macam benda yang melimpah ruah dari mulut dia tu semuanya betul... apa yang insan insan si talam dua muka ni tau, dia boleh sampaikan apa yang dia nak sampaikan tanpa dia sedar bahawa benda yang disampaikan oleh dia boleh mengundang Peperangan Dunia Ke-3 pada abad awal ke-21 ni... *ayat tak boleh blah sangat...
bila dah wujud " Peperangan ", orang yang tak ada kena mengena pun terkena tempias hanya disebabkan lidah bercabang si talam dua muka tu...

KESIMPULANNYA, lidah bercabang dan talam dua muka ni memang boleh seGENG... kalau tak ada salah satu daripada mereka berdua ni memang insan ni tak cukup sifat lah ye... boleh lah segera berdaftar di kaunter kaunter yang terdekat sebagai OKU... kaunter apa apa pun boleh, kaunter tiket bas ke, kaunter tiket penerbangan ke, kaunter pejabat pos pun boleh... ekkk ? =.='
bila dah LIDAH BERCABANG SI TALAM DUA MUKA memang agak sukar nak menonjolkan diri mereka bila dah ada konflik yang timbul... saat tu lahh kononnya menjadi SUPERMAN menonjolkan diri mereka yang terbaik di hadapan kita dan tak mahu mengakui kesilapan sendiri ! 

bila LIDAH BERCABANG SI TALAM DUA MUKA tu dah terjerat, mula lahh buat muka sedih... minta maaf sana sini dan cakap 

" Ya, saya mengaku mungkin ada kesilapan di pihak saya dan saya minta maaf "

hellooooo ! kalau dah lidah bercabang si talam dua muka anda masih nak bagi kepercayaan 100% kepada kata kata yang tersembur keluar dari lobang mulut dia tu ? 
mungkin ya kepada segelintir orang... kerana, kita harus sentiasa memberi peluang kepada mana mana pihak untuk membela diri mereka dan bersuara... cuma, kalau kata kata yang dusta dari mulut mereka mudah terucap seperti air yang mengalir ? hermmmm, anda fikir fikirkan lah ye...
namun begitu, kita juga harus mengambil kira semua kata kata mereka... dan yang PENTING, kita haruslah berhati hati dan tak boleh mempercayai bulat bulat segala kata kata mereka...
nak atau tidak ? rasa syak wasangka harus terpaksa ditimbulkan untuk mengelakan kita dari terus ditipu dan dianiaya lagi...

~ apa yang boleh andy rumuskan sekarang ialah, Tuhan itu sentiasa di pihak yang benar... kenapa ? Dia tahu segalanya... Dia telah beri jalan yang baik berdasarkan pada alasan seseorang kepada orang lain... tetapi bila dah dapat mengatasi alasan tersebut dengan izin Tuhan, wujud pula kann alasan yang lain... haisss ! kenapa semua ni berlaku ? hanya Tuhan mengetahui agenda seseorang itu dan yang tidak baik, Dia juga akan membalasnya suatu hari nanti...
golongan ini bukan hanya di peringkat umur tertentu, bidang profesional atau tidak, tetapi golongan ini ada di semua lapisan masyarakat... jadi, kita harus sentiasa berhati hati dengan orang di sekeliling kita kerana LIDAH BERCABANG SI TALAM DUA MUKA itu wujud di sekitar kita !

( macam mana andy tahu pula ? )

sudah tentu andy tahu sebab andy pernah kenal dengan manusia LIDAH BERCABANG SI TALAM DUA MUKA ni... lepas ni andy nak berhati hati, anda juga harus begitu ! ini saja entri untuk hari ini... anda semua pun mengantok kan dengar andy berceloteh seperti guru kaunseling yang sangat BERTAULIAH kann ? HAHAHAHA... semoga pembaca andy yang awesome semuanya terhibur dengan speech andy ! hikhikhik ! =P

terima kasih sudi baca dan singgah di blog andy =)

YANG BENAR,


lepas baca jangan lupa tekan butang like kat bawah ni okayy ? sayang semua =D

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...