PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, July 25, 2012

Orang Gila Cakap Andy Gila =.='

selamat malam semua..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

petang tadi, andy dengan emak pergi ke Bazaar Ramadhan. macam macam ragam manusia dapat tengok situ tahu. ada sudut tempat parking kereta, andy nampak sorang orang gila tengah baring. andy dan mak terus ke bazaar ramadhan. cari makanan banyak banyak walupun di tangan penuh seplastik. =.='

time nak balik tu orang gila tu masih kat situ tapi dah bangun. malas kann, baring je keje. nak minta piat telinga ni.

mak suruh bagi beliau dua ketul ayam. perghhh, juadah buka puasa yang sangat menyelerakan tu. andy hulurkan lahh dua ketul ayam panggang yang dibeli di bazaar.

p/s : lukisan huduh tak bermakna orangnya juga huduh. 

andy : nahh, dua ketul ayam. makan sampai habis tahu.. baring je keje.
orang gila : hoi ! masuk rumah aku tak bagi salam ! orang gila je masuk rumah orang tak bagi salam.
andy : bila masa pula sini ada rumah. dah, ambil makanan ni.. selamat petang dan salam sejahtera.
orang gila : dua ketul ayam je ke ? kedekut betul. bagi lah mee goreng tu..
andy : amboii.. dah bagi betis minta peha. tak nak sudah. saya makan je lah.
orang gila : bawa sini. orang buat lawak je ni.
andy : tau pun.. ambil ketul ayam ni. lain kali jangan baring tidur je keje. rezeki tak masuk tahu..
orang gila : nak bagi makan pun cakap banyak.

hampehh. aku bagi nasihat dia cakap aku cakap banyak pula. =.=' tak kenang dek untung. lepas tu cakap andy ni pula yang gila sebab tak bagi salam. haissssh.

macam macam jenis orang gila ni. kadang tu ada buat andy terfikir juga. kita yang tengah waras ni, dapat fikir elok elok, kemudian Tuhan uji kita. mana tahu kan. tiba tiba kita jadi gila. terharu sungguh tahu. 


bersyukur lahh dengan kewarasan yang ada pada kita ni. walaupun kadang kadang tu orang yang tak gila ni lebih gila daripada orang yang gila. yang buat buat gila tak janji lagi mereka akan masuk syurga, masih dihitung lagi dosa dan pahala mereka. kalau yang betul betul gila, di janjikan di syurga. dengan izin Tuhan akan mereka ditempatkan di syurga. amin.


hari ni kita boleh berbangga. masih boleh fikir waras, normal. tahu beza baik buruk tentang itu ini.. esok kalau jadi gila ? Ya Tuhan. Tanjung Rambutan atau Hospital  Sibu Tingkat 3 lahh jadinya. tak nak lahh =.='


syukur dengan apa yang kita miliki sekarang tahu. jaga juga kewarasan akal fikiran kita dengan sesuatu yang baik dan berfaedah. rehat yang cukup, makan cukup, tidur yang cukup, dan jangan paksa untuk memikirkan sesuatu masalah. 


apa apa pun, semoga orang gila yang andy jumpa petang tadi sentiasa diberkati oleh Tuhan. amin ^^


****

ini sahaja entri untuk malam ni. Selamat Berbuka Puasa semua.. hehehe.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy..

YANG BENAR,


suka entri ni ? boleh tekan like ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...