selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
saat ini jantung andy sedang mengepam darah laju laju. habuan sebab tertengok video yang sepatut patut dan patutnya TIDAK harus andy tengok. ye, sekali lagi, TIDAK harus andy tengok.
bertuah punya kawan bagi andy tengok Video Hantu kononnya digembar gemburkan oleh beliau sebagai Video Lucu. a'ah, lucu sangat tahu. siap andy hentak kaki atas sofa namratusplohnam kali non-stop. tak tipu, a'ah tipu sikit je =.='
bersyukur sebab andy ni spesis manusia yang sangat sihat walafiat. jadi dengan itu, Video tersebut tidak memberi sebarang effect. ada bagi effect lah sikit. tak tak banyak effect tahu.. andy jerit sampai mak lari rempuh pintu bilik ingat ada orang nak culik andy. hmm, sampai hati tau. sobsobsob.
entri malam ni bukan nak bercerita effect akibat Video Hantu. tidak sama sekali. malah tidak sama dua kali dan juga tiga kali =.=' entri kali ni nak taip ngada ngada sambil kelip kelip mata. nak bagitahu satu Sarawak, ehh, satu Malaysia. tak tak, nak bagitahu satu dunia apa yang andy lakukan disaat kelapangan. ^^
bila kelapangan, andy akan berfoya foya di Hollywood. berlari selow selow di Miami Beach bajet pakai seluar Hawai dan sunglasses. shopping dengan Lee Min Ho. makan malam juga bersama beliau. tidak kah kalian mencemburui andy ? pelisssss, bangkitkan lahh rasa cemburu dalam diri kalian itu. hakhakhak. =.='
sila lah bagi pelempang agar andy tidak merapu banyak. hmm
disaat kelapangan, selain menghabiskan beras mak di rumah, banyak perkara yang dilakukan oleh andy ^^
1. Meng-Edit Gambar. walaupun tidak profesional dalam bab bab edit gambar ini, tetapi andy suka malah terlampau suka dalam seni edit gambar. ehh, edit gambar seni juga ke ? hahaha.. asal cool buat tatapan mata sendiri dan orang ramai okay lah tu kan.
ini salah satu gambar andy sendiri yang andy edit ^^ dengan ini, andy nak bagi tips sikit dalam peng-edit-an gambar :
- jangan terlampau letak effect banyak banyak
- jangan edit melampau lampau sehingga muka sendiri tak nampak
- letak effect yang sesuai dengan tone warna persekitaran agar gambar menjadi lebih nampak ceria
- nak letak nama di dalam gambar jangan letak besar besar dan kurangkan opacity dan size ^^
hakhak. ada 4 tips diatas untuk menghasilkan gambar yang tak-boleh-nak-pakai-sangat. hahaha * gelak tak ikhlas.
2. Kumpul Cengkerang Laut. ada siapa siapa yang suka kumpul cengkerang laut juga ? meh join dengan andy. hahaha ^^ best apa kumpul cengkerang laut kat pantai. andy ingat lagi waktu sekolah andy buat lawatan ke Bintulu. antara tempat yang kita orang pergi adalah Tanjung Batu.. best sangat sampai kaset Handy-Camera andy tertinggal di situ. hakhakhak. andy kumpul cengkerang laut kat situ. agak susah nak cari sebab tak banyak sangat.
ini cengkerang yang andy maksudkan tu. comel kan kan kan ? hehehe. cengkerang ni boleh buat hiasan tahu. boleh campak dalam akuarium ikan atau buat kraftangan seperti rantai. sangat sungguh indah tahu.
3. Kumpul Sticker Comel. bukan sahaja orangnya suka berhias diri, tapi, laptop juga harus memakai perhiasan yang comel. hakhak =.=' demi nampak effect awesome kat laptop, andy tepek sticker banyak banyak. laptop bertambah seri, awesome dan gohjes. kalau foya foya dengan family di pasar, tak ketinggalan untuk membeli stickers yang comel comel ni ^^
comel kan ? hakhakhak.
Kawai ne ! ^^
4. Kek Cawan. ini lah kegemaran dan kecintaan andy di abad ni. melantak merupakan satu hobi yang lazim dan wajib dilakukan tanpa mengira masa lapang atau tidak lapang.. hakhakhak. tapi kalau benda yang comel macam kek cawan ni, agak agak andy ambil berapa hari nak telan ekk ? siyes, sayu je mata tengok tahu. comel sangat.
manis, inti sedap, bentuk menarik dan kaler yang kalerpul. wahh. bukankah benda secomel ini menjadi idaman anda semua ? hakhak.
tambahan, kalau frust dengan makwe atau pakwe kalian, tengok benda secomel macam ni, agak agak masih frust lagi tak ? tak tak. confirm tak frust lagi lahh. betul, andy tak tipu punya. tak frust lagi tahu =.='
5. Kemas Buku Lama. sebelum ni meja yang digelar sebagai meja study dulu dulu yang kini digelar meja tempat online. hakhakhak. sebelum ni, meja sarat dengan buku buku andy tapi sekarang dah kemas sikit. mata pun sejuk memandang. yayy ! dah ada space lagi besar. laptop pun boleh lepak suka hati. ^^
kalau sebelum ni memang sarat dengan pensel berbulu, penanda buku berbulu, pemadam adik, pensel warna adik. semua lepak ramai ramai atas meja tempat andy online. sekarang dah kemas tahu. ^^
****
hobi andy agak tidak sesuai dengan umur 20 tahun kan ? =.=' umur 20 tahun tapi minat melakukan benda benda yang umur 15 tahun minat. hakhakhak. dah nama hobi kan, nak buat macam mana. bukan umur yang punya hobi, tapi hobi andy sendiri. tak dapat andy nak imagine kalau umur andy bila dah ada anak or cucu nanti. andy buat lagi ke tidak benda ni ? bhahahahahahahaha ! * gelak jahat
ini sahaja entri kali ni.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^
YANG BENAR,
siapa ada hobi boleh tekan like ^^
2 cakapcakap sampai pengsan:
hai andy ^^ aida datang dari blog mui :) wah cute lah andy dengan payung tu, pandai edit gambar eh? edit gambar nie mmg best.. aida suka edit gaya tumblr cool pulak tengok. hehe. Kawai la tang sticker warna warni tu..meriah je, ceria tengok.
@Aida Omarhai juga aida, terima kasih sudi follow blog andy ^^ tak lah pandai sangat edit gambar, biasa2 je tu =) sticker tu kawai kan. tepek banyak2 keliling laptop. hahaha ^^
Post a Comment