selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia ^^
walaupun line Celcom mensiputbabikan diri, andy tetap juga nak update blog.. kesian pembaca andy, mesti tertunggu tunggu entri terbaru andy kan ? =(
kalau dulu, andy main belog just untuk tatapan andy sendiri.. pembaca belog andy dulu tak banyak, tiga empat ketol je.. andy taip, andy lahh baca.. sekarang ni, seluruh dunia baca belog andy, mesti update belog sekurang kurangnya sekali seminggu.. kesian kann ? terima kasih tau sudi baca belog andy =)
ok foine, terharu tau siap lap lap air mata guna kain ada corak batik mak lagi.
sekarang ni andy tiba tiba kesian kat pembaca sekalian yang sudi baca belog andy yang bersepah dgn merapu nih..
* tak payah nak tiba tiba sangat =.='
walaupun andy kurang idea nak masuk benda apa ke dalam belog ni, andy nak kongsi sikit saat andy main ambil ambil gambar dengan dua ketol adik andy ^^
kadang kadang tu ada lah bergaduh adik beradik, normal lahh kan ? tapi tu tak bermaksud andy tak sayang adik adik andy, andy sayang sangat sangat tauu ! mereka berdua lahh penyeri hari hari andy dengan perangai yang agak super nakal..
walaupun dua ketol adik sering melakukan sepahan barang mainan anak patung kat rumah, andy tetap sayang dorang.. HAHAHA ! * gelak gedik sikit
a'ah, adik andy sering buat sepah kat rumah, yang jadi " Bibik Awesome " adalah andy =.='
sapu sana, sapu sini, kemas sana kemas sini.. nasib baik andy masih awesome, tulang masih agak kuat untuk membuat kerja kerja rumah.. biarpun ditelan usia yang semakin tua, itu tidak menjadi penghalang untuk andy mengemas rumah.. a'ah, tua lahh sangat, padahal usia baru je mengjangkau 20 Tahun =.='
walaupun sering menyepahkan rumah, tapi sumpah, adik dua ketol andy ni cool gilerr ! yang baju purple tu umur 11 tahun, manakala berbaju kuning tunjuk takda gigi depan umur 7 tahun.. dorang nih dah pandai main handphone, baju purple suka dengar lagu, baju kuning main game.
andy dulu sewaktu umur mereka tu tau pegang buku Winnie The Pooh yang coloring tu. a'ah, buku color color je tau tau. umur mereka andy tak reti nak pegang handphone, jangankan nak pegang, nak tekan pun takut, kot kot meletup ke apa.. hahaha, jadah lahh !
malu nya nak tempek gambar nih, natang mane pulak sesat nih =.=' jahanam ! HAHAHA =P
walaupun andy terpenyek di tengah tengah dua ketol budak nakal, tapi andy tetap paling menonjol dengan senyuman yang tak sangat indah tu.
walaupun senyuman tidak seindah dan semanis senyuman Vanessa Hudgen, yakni senyuman andy ikhlas buat tatapan korang semua yang siap lali muntah sambal petai kemain banyak.. siapa yang paling awesome ? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu andy paling awesome kan. huh, main bedal je peribahasa ni. kalau dek A, Samad Said tahu, nak je dia cucok cucok bijik mata andy dengan pensel Stabilo. merosakkan bahasa.
a'ah, andy tahu, nih gambar lama zaman dinosour dulu. sekarang cermin mata tu andy tak pakai lagi.. mengada nak patah, ingat beli murah ke ? mahal tau. RM360.00. rm360.00 tau tau. sekarang bajet takda sebab sibuk berbelanja rempit ke supermarket beli barang untuk Hari Gawai yang bakal menjelang tak lama lagi.
disebabkan permasalahan tersebut, jadi andy terpaksa berjalan sambil meraba raba agar tidak terhumban ke dalam longkang. a'ah, sumpah tak lawak ! kekaburan di mata penyebab andy berjalan seperti Orang Kurang Upaya.. sekali lagi sumpah tak lawak ! orait, bangang pula korang nanti yang baca..
riang ria bersama adik adik memang best gilerr ! tak apa kita kurang kawan yang menemani, adanya adik adik sudah memadai untuk andy bersuka ria.. mereka supporting, awesome, fantastic, plastik, kosmetik =.='
setiap manusia di mukabumi ini sayang adik masing masing kan ? korang yang baca pun harus sayang juga tau tau.. mereka lahh yang terbaik dari yang terbaik, walupun ada ketika tu jadi annoying sikit kepada kita. hikhikhik ! itu semua normal sebagai pengerat silaturahim sesama keluarga. ^^
ini sahaja entri untuk hari ni, Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^
YANG BENAR,
siapa sayang adik boleh tekan button like kat bawah ni ^^
2 cakapcakap sampai pengsan:
hehe. ni nak ketawa ni. ya, andy paling awesome. wakaka :D nice entri btw.
@andreas a'ah, andy awesome bukan ? hahaha.. thanks minik sudi baca =)
Post a Comment