apa khabar anda semua ?
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia =)
hari ni hari orang tak ada kerja... ehh ehh, yeke ? orang cuti lahh hari ni ! patut lahh kawasan rumah andy sunyi sepi macam berkabung pula kann... hikhikhik ! lagi pun cuaca di Sibu hari ni hujan renyai disertai dengan tiupan angin bayu yang menyejukkan... *chewahhh ayat ! tak boleh blah sangat.. =P
beberapa hari ni andy ada pergi cari kerja, rasa nak mampos je tinggal kat rumah ! bosan sangat entah sampai tahap apa dah... tapi sungguh menyedihkan, tak ada kerja kosong lagi, so andy nak atau tak nak terpaksa lahh duduk rumah sampai bontot jadi penyek menghadap periuk nasi mak dengan keharuman nasi baru yang dikirim khas dari kampung yakni 9740327602 peratus berkualiti tinggi ! HAHAHAHA
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula... sedia maklum kalau duduk dirumah sudah semestinya andy menjadi
masa lapang yang sememangnya banyak sangat sampai andy pun huru hara kepala otak fikir nak buat apa ? nak menjahit buat baju untuk mak ? nak lelong celana yang dah lapuk sendat tak boleh pakai ke jiran jiran sebelah ? nak buka gerai makanan Nasi Lemak Andy ? *mati lahh gerai kena sita akibat customer semua sakit perut
ni yang andy benci ni ! susah sangat bila boring mula menguasai minda dan fikiran andy... semua benda nampak boring even mak ajak makan ayam panggang special import khas dari London ! *tipu
nampak gayanya, andy kembali ke alam ke-anak anak-kan andy dengan beriadah petang
begitu lahh rupa andy yang jelas ternyata terpapar KERIANGAN dan KE-excited-AN setelah 1000 tahun andy tidak memandu PORSCHE basikal kesayangan andy pada abad ini... HAHAHAHA ! selalu je mimpi kononnya nak pandu Porche... bil broadband pun masih mak yang bayar, jangankan nak beli Porsche yang kemain mahal cuma boleh ditumpang dua orang je... nak bawa mak, apak dan adik adik pun tak muat nak masuk ! berbaloi beli basikal, sepuluh orang pun boleh tumpang sekali... HAHAHAHA ! =P
ni dia gedik santai merangkap Jurukamera andy yang AWESOME kot ? HAHAHA ! kalau bukan dia yang ambil gambar andy, mana lahh gambar andy SECANTIK puteri gunung ledang *sila muntah purple sekarang
yang sorang ni lagi pelik ! bila disuruh ambil gambar, dengan kekuatan 70930276398902 kuasa kuda dia berlari kemain pantas dari kilat yang menyambar pokok bunga Mak Limah hari tu... malas nak ambil gambar ! kalau kita yang ambil gambar, tiba tiba jiwa kerajinan dia muncul mendadak membuak buak entah dari mana wujud... mula lahh buat pose gedik ! HAHAHAHA =D
kalau kita orang beradik main basikal, jangan tanya pasal mak dan apak andy okayy... masing masing buat tahi mata tidur petang kemain jenaknya sampai sampai bom meletup sebelah telinga pun tak mungkin akan terkejut... HAHAHAHA ! maaf mak, maaf apak... andy dah sedia tak diberi makan malam =P
baiklahh semua pembaca andy yang gedik semuanya, ini sahaja entri untuk hari ini... andy harap anda semua terhibur lahh ye =) Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy...
YANG BENAR,
kalau sudi like, boleh tekan butang kat bawah ni ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment