selamat sejahtera dan salam satu Malaysia =)
kononnya andy nak jadi pemblogger tegar nak update entri setiap saat setiap minit dan setiap jam tapi yang menjadi penghalang kepada semua itu adalah kepala otak andy ni mengada ngada tak nak sebati dengan diri andy untuk mengeluarkan segala idea untuk sumbat dalam blog andy ni... HAHAHA !
korang ada nampak tak tajuk yang kat atas tu ? kalau tak nampak korang anak luar nikah ! hikhikhik ! *kidding je tauu =P
okay, semua orang pernah merasa diri disindir kan ? tipu lahh kalau anda tidak pernah disindir dan menyindir... cepat mengaku sekarang ! hahaha =D
a'ah, andy banyak pengalaman dalam kena sindir dan sindir orang balik... sindiran ini lebih baik daripada bergaduh kerana ia nya hanya melibatkan ayat ayat atau perkataan yang mempunyai maksud tersirat tambahan sindiran ini walaupun ayatnya simple, tapi tersangat lahh menusuk ! =D
p/s : hiasan semata mata =D
tak semua sindiran itu bagus dan tak semua sindiran itu buruk... tapi semua itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai sesuatu sindiran itu... nak jadikan sebagai dendam ? terpulang kepada individu dan yang penting ia nya adalah sesuatu yang terbaik buat anda =)
tapi.... ( bagi bunyi drum sikit pleasee ! *nak buat effect suspen ) tapi, bagi andy sindiran tu adalah satu motivasi buat andy ! a'ah, kononnya jadikan motivasi sangat...
dulu, dalam usia masih budak budak andy tak dapat nak menerima sindiran daripada orang lain sebab kepala otak andy ni automatik connect dengan pemikiran cakap " Aku Memang Loser ! " hahahaha ! *gelak tak ikhlas okayy
andy kongsi sedikit ayat ayat yang pernah membuat andy rasa nak langgar je dinding rumah sampai roboh... hahaha !
" blablablabla.... aku tauu mesti takda orang yang suka aku cakap macam ni sebab orang tu jealous ! "
" nice pose, kenapa tak join Victoria Secret garden fashion show ? "
" kaki ko cantik, satu dalam seribu "
" wahhh ! nice editing, kenapa tak simpan make up sekali gus ? "
a'ah, andy pernah terima sindiran sebegitu rupa... tak mengapa, sindiran tu masih boleh diterima dan andy hanya meramas dada dan mengucap sedikit ! amin, semoga Tuhan berkati anda semua... ada tak yang lebih teruk daripada tu ? sudah semesti nya ada tapi andy tak ambil kisah punn sebab andy dah terbiasa dengan semua tu..
" ko ni kalau pose cuba lah tough sikit, macho bah ! "
" kaki ko macam kaki perempuan, ko pondan ke ? "
bila andy terima sindiran sebegitu rupa andy rasa dunia berhenti berputar dan rasanya bumi berlanggar dengan planet Marikh bergegar kepala otak hampir hampir nak koma ! sekarang tak kisah lagi, korang nak sindir apa apa pasal andy sama ada dari segi fizikal atau mental suka hati korang lahh ye ? bila terima sekali lagi sindiran sebegitu rupa, andy hanya gelak golek golek atas sofa mak siap hentak kepala andy ke lantai ! *tipu
ada lagi yang lebih teruk bila orang itu post something di wall facebook dia kemudian last ayat memberikan sindiran terhadap kita... kau ingat aku tak tauu ke kau tu sindir aku ? HAHAHA ! tapi andy cuma berdiam diri dan tak suka nak heboh heboh... perasaan geram, marah ada timbul tak ? sama sekali TIDAK ! hahaha.. siap andy hentak kepala guna saterika baju kemudian simbah minyak panas ke muka sendiri... sumpah tak lawak ! =.='
dengan sindiran itu, andy ambil dan simpan sebagai warisan pusaka turun temurun untuk dijadikan sebagai motivasi kepada diri andy bangkit menentang penjajah minda ! *merepek sangat !
andy nasihat kan kat korang semua, kalau terima sindiran, terima lahh dengan hati terbuka dan lapang dada... amin, dengan izin Tuhan kita akan dibekalkan kekuatan keimanan yang teguh dalam menghadapi apa jua sindiran selepas ini... *so suweeettt kan andy bagi nasihat ? =P
mulut manusia bukan satu dan bukan juga beribu tapi berjuta ! mungkin juga bukan berjuta ? ahhh ! yang penting mulut tu banyak dan kita tak boleh tutup...
kesimpulannya di sini, ambil sindiran yang baik untuk dijadikan motivasi kepada sendiri agar kita tidak dipandang lemah oleh mereka ! =)
ini sahaja entri untuk hari ini, andy harap anda semua terhibur =)
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy...
YANG BENAR,
kalau sudi like, boleh tekan butang dibawah ni =)
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment