selamat sejahtera dan salam satu Malaysia =)
sejak beberapa hari yang lepas andy tak menjengah Facebook, Twitter dan juga Blog yang paling andy cinta pada abad ini... *ayat tak boleh blah sangat !
dan hari ni, syukur kepada Tuhan sampai nangis air mata darah akibat rasa syukur yang melanda kemain hebat dalam diri andy... andy dah dapat online dah seperti biasa setelah hampir seminggu tak dapat nak online... kalau online pun agaknya 5 saat je kot ? a'ah 5 saat je...
berdasarkan perenggan di atas, sebab utama penyebab andy tak dapat nak online adalah disebabkan oleh masalah Celcom yang menjadi penyebab dan menyebabkan andy tidak dapat online sehingga menyebabkan Facebook, Twitter dan Blog tidak di-Update... a'ah, andy tauu ayat tu banyak sangat perkataan "SEBAB".
bukan apa, nak bagi effect betapa geramnya andy terhadap service Celcom ni...
huru hara kepala otak andy dibuatnya... dengan permasalahan yang berlaku tersebut, mula lah perang dunia ke-10 tercetus antara andy dengan celcom... andy connect lepas tu automatik disconnected balik, andy connect lagi dia disconnected sendiri, andy lagi lagi connect dia lagi lagi disconnected, andy connect lagi connect lagi dan connect lagi, dia lagi disconnected lagi disconnected dan lagi disconnected ! rasanya segala organ dalam tubuh badan andy terbakar dengan maraknya... a'ah, terbakar lah sangat ! ingat, kalau boleh andy nak juga bakar tiang celcom... geram lahh sangat !
dengan itu, andy ambil keputusan menelefon Celcom dan berikut antara perbualan kami :
" Celcom Careline disini, apa boleh kami bantu ? "
" Encik Cik Andy disini, saya nak mengadu tentang masalah line Celcom Broadband "
" baik lahh Encik Cik Andy, kami memohon maaf diatas kesulitan tersebut kerana sekarang ini line di tempat anda menghadapi masalah... dan dengan ini kami mengesyorkan kpd Encik Cik Andy supaya bertukar kpd Celcom Broadband Advance dengan hanya RM98 sebulan "
" dari awal saya menggunakan celcom broadband memang line tak pernah nak OKAY pun... apa ? anda nak saya bertukar ke pelan Celcom Broadband Advance ? maaflah abang operator, saya ni masih student lagi dan tak bekerja jadi saya tak mampu nak bayar sebanyak tu sebab yang bayar tu Bapa saya... "
" kalau macam tu Encik Cik Andy boleh gunakan Celcom Broadband Basic dengan hanya RM68 sebulan dan jika Encik Cik Andy menggunakan pelan ini kami akan memberikan rebate sebanyak RM10 selama 6 bulan dan Encik Cik Andy tak perlu membayar sebanyak RM68 untuk 6 bulan pertama... macam mana Encik Cik Andy, adakah anda berminat ?
" saya memang nak tapi masalahnya perkhidmatan korang tak pernah nak berikan yang terbaik "
" kami memohon maaf diatas sebab itu dan kami akan perbaiki sebaik mungkin perkhidmatan kami "
" okay tak apa, apa apa pun, Bapa saya setuju nak tukar pelan ke RM68 "
blablablablablabla.................................
lepas borak borak dengan abang operator tu, andy dah tukar pelan ke Celcom Broadband Basic 4GB sebulan... tak mampu sangat nak beli Streamyx buat masa ni... bila dah kerja sendiri nanti, andy nak beli dengan Syarikat Celcom sekali pun tak payah risau sebab duit sendiri kann ? hikhikhik !
teruk kan line andy ? line tu kalau lahh manusia, andy rasa orang tu dah mati kot ? HAHAHAHA ! teruk sangat lah ! andy bukan setakat geram tapi andy rasa macam nak bunuh je celcom tu... tak boleh nak sabar sangat ! tapi hari ni, syukur sangat sangat line andy dah kembali okay sedia kala dan andy boleh ber-Facebook, ber-Twitter dan ber-Blog... ni lahh yang buat andy senyum teling ke telinga, senyum lebar kononnya ! =D
lepas ni, andy harap sangat sangat celcom tak ada masalah dengan andy lagi ! HAHAHAHA ! andy dah letih dah pergi sana sini nak settle hal dengan celcom seperti yang berlaku beberapa hari lepas... =P okayy, ini saja entri untuk kali ni...
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy =)
YANG BENAR,
kalau sudi boleh tolong like lepas baca =)
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment