PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, July 10, 2012

Doakan andy ya.

selamat petang.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Andy Gawan adalah antara spesis manusia di muka bumi yang suka sangat sangat sangat bila sakit dan suka sangat sangat sangat terpaksa sakit =.='

andy batuk dan demam dan selesema dan sakit badan dan pening. cukup untuk satu pakej yang lengkap.. mana nak edit gambar lagi dengan batuk sepenuh jiwa raga, mana nak taip taip entri dengan kepala gagah berdenyut denyut.

teruk tak teruk yang memang teruk sangat.

ingat boleh taip dengan bersemangat ke bila demam macam ni ? boleh lahh, tapi taip laju laju siap hentak kepala kat notebook. mana boleh =.=' tangan giat menaip entri, mata jeling ubat, jeling gambar yang perlu diedit, jeling juga katil empuk. hati dan jiwa raga terus bersatupadu memilih untuk tidur.

* sambil batuk dengan sopan

menurut firasat andy yang tak pernah betul, demam yang dialami oleh andy ni adalah disebabkan oleh berjimba hujung minggu di BCF. redah hujan bagai lalu lintasan zebra.. redah dengan bangga dan penuh gohjes.

sejurus jumpa doktor, andy diberi dua jenis ubat. EXPECTORANT ANTIHISTAMINE. andy dah runsing, adakah Antihistamine ada kaitan dengan anti kelamin ? =.=' cis ! buat malu. dan satu lagi ubat bernama DEXCHLORPHENIRAMINE. jadah lahh bagi nama panjang panjang.. nanti orang panggil ubat hingus juga kan =.='

ubat yang digembar gemburkan.

maka, malam ni wajib lah makan ubat yang susah nak eja tu. kata doktor, sejurus lepas makan, kesannya adalah mengantuk. okayy foine, baru ingat nak layan Jutaria dengan adik..

apa apa pun, doa kan andy cepat sembuh tau tau. jangan lupa ajak mak, apak, adik, kakak, abang, makcik, pakcik, pak seman belakang rumah, ajak semua orang doa agar andy cepat sembuh ^^

nak berbelog pun tak ada mood bila asyik batuk dan berhingus ni. selang berapa saat batuk, selang berapa saat lagi tarik hingus.. mungkin ni ujian Tuhan buat andy. harus fikir positif tahu. baru lahh kita ni berhati kudus. amin =)

ini sahaja entri untuk petang ni..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


doakan andy ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...