PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, July 16, 2012

Masa Berkualiti Hujung Minggu | Art Exhibition dan Borneo Cultural Festival

selamat malam..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Kehadapan saudara dan saudari sekalian,

surat ini adalah warkah yang dihasilkan diatas desakan naluri mengada. ehh, atas berontakan jiwa sanubari setelah lima hari tak update belog. hmm, macam mana nak mula ya ? perlukah saya memberikan sebab utama yang kuat untuk kelamaan saya ? ha ? kelamaan ?

masalah yang timbul sekarang, kepada siapakah surat kiriman yang tak berapa nak rasmi ni ?

baiklah, tujuan saya menaip warkah ini hanyalah ingin menonjolkan ke-EXCITED-an saya semasa kejadian Borneo Cultural Festival berlaku di Sibu Town Square, Sibu Sarawak tempoh hari. siyes, memang sungguh benar saya excited ! akibat excited yang melebihi isipadu dan kemampatan pepejal ini lahh penyebab saya hampir terkedu untuk meneruskan menaip warkah mengada tetapi awesome ini. =.='

baik lahh, saya mula menceritakan semasa kejadian berlaku.

pada 7 Julai 2012 dan 14 Julai 2012, andy dijemput oleh dua ketul kawan untuk menyaksikan kepelbagaian pertunjukkan di Borneo Cultural Festival. selalunya andy tak pernah menolak ajakan bejimba dengan dua ketol manusia tersebut melainkan poket tidak mengizinkan untuk diselok.. hakhakhak.

maka malam itu, andy memilih Rin dan Nana untuk menemani andy kot kot orang culik ke. boleh lahh dorang tolong andy bagi flying kick. mereka berdua kuat tahu, tak macam saya. hakhak =.='

Mempersembahkannnn Andy Awesome !


ini lahh andy semalam. aah, gambar sebelum andy berlepas ke BCF.. bukan satu propaganda atau meng-kontroversi-kan diri. gambar original tanpa sebarang touch-up tenyeh bedak kemain banyak.. langsung tak cool kalau begitu.

sebelum ke BCF, andy bersama kawan menjamu selera di Parkson iaitu di KFC. kawan order ayam yang spicy dan andy sama sekali dua kali dan tiga kali tidak tahu menahu bahawa beliau meng-order Hot n Spicy. siyes andy mendidih tahap 1000 darjah celcius atau fahrenhiet. tipu.

Melakukan Diri Di Art Exhibition


buat buat candid. buat buat sedang menghayati lukisan yang adik andy pun dapat hasilkan juga. bajet pegang pegang lukisan sambil membaca description setiap gambar.. buat buat pegang konon berminat dengan seni lukis padahal andy lukis rumah bagai nak roboh.. okay foine, andy tahu semua itu dihasilkan dengan kekudusan hati dan ketelitian =.='

sebab utama hanya lahh ingin men-DIVA-kan diri di hadapan kamera kemudian blahh sambil bersiul tanpa sebarang rasa sungguh bersalah akibat salah satu gambar tercalar terkena kuku andy. nasib abang guard yang jaga ketika kejadian tidak perasan akan insiden tersebut. takut tahu..

Main Terjah Terjah Kedai Pakaian


bersambil menyedut segala ketenangan tak online beberapa hari, andy beserta kawan me-Laku-kan diri di kedai pakaian yang super ohsem dan harganya yang juga sangat sangat sangat mahal ohsem =.='

mini skirt seperti digembar gemburkan oleh andy diatas berharga RM100+ dan hanya sesuai buat Andy gadis yang mempunyai potongan badan iras iras badan andy. hakhakhakhak * gelak tak ikhlas

Borneo Cultural Festival


awal awal kejadian, ke-Excited-an andy jelas ternampak. tapi makin lama berpeleseran di sana, jasmani dan rohani andy mengada nak minta balik siap imagine katil dengan tilam yang empuk sekali.. ini lah tanda bahawa kita semakin ditelan usia, pabila jasmani minta balik tatkala ke-Excited-an diri masih belum di klimaks =.='

gerombolan manusia dengan pelbagai gaya dan aksi yang kadang kala menarik perhatian andy, makanan yang super comel buat andy senyum telinga ke telinga. memaksa diri walau kaki bagai tertanggal dari badan andy..

pada malam 14 Julai 2012 jatuh pada hari Sabtu, pertandingan Keling dan Kumang diadakan. sebenarnya pertandingan tu diadakan pada hari khamis kalau tak silap andy. andy cuma berpeluang menyaksikan manusia manusia yang paling awesome ni pada malam final iaitu hari Sabtu. hampir tersembur bijik mata andy tahu. gohjes, gagah, ayu, macho, anggun. ohsem.. nak list semua memang tak dapat lah.. hahaha.

peserta yang menang akan membawa wang tunai RM1000, Trophi dan Hampers. naib johan membawa wang tunai RM800, trophi dan hampers. manakala tempat ketiga membawa wang tunai RM600, trophi beserta hampers juga. yang saguhati dapat wang tunai RM150. peserta tak pulang dengan tangan kosong tahu.

next year nak lahh join pertandingan ni lahh. membajet gohjes sorang sorang atas pentas yang disaksikan gerombolan manusia yang datang. sudah pasti mengegarkan pentas Borneo Cultural Festival.. sila lahh beramai ramai muntah purple =.='

andy nak minta maaf kalau kualiti gambar menyebabkan urat tensi kalian menonjolkan diri. andy guna kamera biasa biasa. maka, ianya membataskan saya untuk mengambil gambar ohsem semasa Keling dan Kumang bergelimpangan ke sana sini di atas pentas.

sejurus selepas itu. kami dengan tahap sungguh mengada merempuh stage tempat fashion show berlangsung. datang dengan muka slenge kemudian balik dengan muka Mariah Kari. model model yang memperagakan pakaian pada malam itu sungguh gohjes dan melampau lampau tinggi tahu. diatas merupakan gambar yang digembar gemburkan oleh andy ! =.='

model pada malam itu sememangnya cemerlang gemilang terbilang, donut, petai, nasi lemak. semua full pakej tahu. nasib juga ketinggian andy tidak dicabar sama sekali dengan model model tersebut. hakhakhak * gelak jahat

diri andy, dari awal kemas bagai dengan rambut sungguh teratur yang akhirnya lantaklahh-kau-nak-jadi-apa. dengan muka berminyak, jalan terhincut hincut tapi comel, dengan rambut bagai sudah dirempuh seladang.. andy dah tak fikir pasal diri dah. badan seperti dihempap hempap dengan pasu. letih tidak terhingga tapi happy lahh sangat. 


hujung minggu bersama mereka di BCF sungguh membuat andy senyum telinga ke telinga, guling guling 94692524024 kali siap hentak kaki depan orang ramai. tipu =.=' sungguh gembira tahu. GEMBIRA sehingga Pakcik Rela bagi isyarat " psstt " kat andy. cakap je lahh " Cik Encik Gohjes, sila ketepi sedikit, ini kawasan larangan " mengada betul.


bila kita ada masa berkualiti sebegini ? at least luangkan satu hari anda ^^ cari satu hari yang betul betul buat kita happy, bebas dari segala ceruk ke-Tension-an diri. andy dah cuba, anda bila lagi ? hahaha. hampir seminggu andy jarang online. sebab musabab ialah pasal Borneo Cultural Festival.. Facebook online pakai henset, blog biar bersawang sorang sorang.


baru je tadi andy online, bersepah je mesej, email, dan notification andy tahu.. siap ada yang tanya andy dah tak berbelog lagi ke apa. terharu benar ada yang sudi baca blog andy. blog yang penuh dengan isi tidak penting ini =.=' hakhakhak.


ohh, sebelum lupa, Tahniah kepada Jackry Julai yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Keling tempoh hari.. beliau ohsem tahu. ohsem + hansem. hakhakhak ^^


baik lahhh, sekali lagi, maka sampai disini sahaja warkah andy pada malam ini untuk saudari dan saudara sekalian.
Terima Kasih Daun Keladi,
Esok Lusa Berbelog Lagi.

YANG BENAR,


siapa suka dengan Borneo Cultural Festival boleh tekan like ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...