selamat malam semua ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
malam malam sejuk dingin macam ni akibat hujan yang tak berhenti sejak petang. angin bayu yang dingin meniup sepoi sepoi bahasa, terasa kedinginan hingga ke tulang. heh, nak berpuisi ke apa andy malam ni =.='
tiba tiba malam ni teringat pula kat cikgu cikgu andy sejak dari tadika sampai lahh ke STPM. dulu dulu masa lagi sekolah rendah, masih main lawan pemadam dan TengTeng, rasa cikgu cikgu ni lahh penyebab nightmare. ingat cikgu, mesti ingat rotan. ingat cikgu mesti ingat kerja sekolah yang berlambak. cikgu ni kann, suka tau bagi kerja sekolah banyak banyak =.='
tapi tu masa kita masih tak matang, masih tak tahu peranan sebenar seorang pelajar bila ke sekolah. tak tahu lagi peranan pelajar pergi ke sekolah adalah menimba ilmu sebanyak banyak banyak banyak timba yang mungkin. bukan lahh kita ke sekolah hanya untuk bermalas malasan sebanyak mungkin. heh.
padahal, kalau tak ada cikgu, agak agak kemana lahh hala tuju kita ni. ilmu kita tak reti. bila ilmu dah tak reti, nak baca memang tak pandai lahh, nak mengira lagi lahh tak boleh.. kalau tak ada cikgu juga, korang memang tak reti nak baca entri andy ni. haa =.='
maka, entri kali ni, lepas layan album gambar masa masih sekolah dulu, dengan ini andy rasa sangat sesuai untuk membuat entri penghargaan berbaur perasaan terharu sebab selama ni cikgu lahh yang banyak berjasa mendidik kita agar menjadi seorang manusia yang berguna.. sobsobsob
jadi, cikgu bagi homework banyak banyak jangan nak mengadu penat dan tak ada masa. cuba bayangkan kerja seorang cikgu yang mengajar bukan sahaja satu kelas dalam sehari. kerja beliau lagi berlambak. mana nak semak lagi, nak buat exam paper lagi, nak urus hal peribadi, urus hal sekolah..
dah dah dah dah.
apa apa pun, terima kasih kepada cikgu cikgu yang pernah ajar andy dulu. jasa cikgu sebagai mak dan ayah kedua kita amat lah sangat andy hargai begitu juga kepada mereka mereka yang lain.. akan kita sedar bertapa berjasanya seorang guru bila kita sudah berjaya kelak. dari ilmu ABC dan 123 yang kita belajar, sehingga lahh sekarang belajar pula pasal ilmu kehidupan. itu semua hasil didikan seorang insan bergelar guru ^^
ini sahaja entri untuk malam ini,
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy..
YANG BENAR,
jasa Cikgu amat bernilai, setuju boleh tekan like ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment