PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, July 4, 2012

7 Benda Ditakuti Oleh Andy Gawan

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

takuttttt !!!

pernah tak jumpa orang cakap " eyhh, aku tak takut dengan apa apa lahh " pernah tak ? semua tu dusta semata mata. tipu, bohong.. dengan cool kita tengok dia larikan ombak time dekat pantai. cakap je lahh takut ombak =.='

tadi andy godek godek Twitter andy yang dah bersawang entah berapa tahun dah tak Log In. andy terjumpa sorang twit gambar benda aneh.. nak cakap hantu tak nampak macam hantu tapi siyes benda tu memang menyeramkan.. ishh, mengada betul boleh jumpa benda macam tu time malam cenggini.

ya, jujur tanpa ada dusta dan tipu, andy mengumumkan andy juga ada benda yang andy takutkan. kalau andy ada kuasa tak penat menaip dan kalau korang ada kuasa tak penat membaca, semestinya andy listkan namratusplohlapan juta benda yang andy takut kat sini.

tapi, disebabkan kita tak ada kuasa tu, jadi andy senarai pendekkan jadi 7 je. cukup cukup lahh tu. bersambil makan cekodok, andy nak kongsi sikit. hakhak..

1. LORI TRAILER :
trailer adalah benda paling andy takut. kalau trailer lalu, tak ketahuan hala andy dibuatnya sehingga andy sanggup meredah semak samun sejauh 1km dari jalan raya. tipu. =.=' kalau trailer lalu, bagai gempa bumi. tanah menggeledak bagai pop corn dalam kuali. seram tahu padahal trailer tu bukan buat apa pun dekat andy. hakhak.

2. BUAYA : 
buaya ni memang semua orang takut lahh. tak payah nak explain panjang lebar. buaya ni suka makan manusia.. cepat bagitahu andy kalau ada sesiapa tak takut buaya ? andy humban dia dalam sungai Batang Lupar.. teman buaya dinner or berkelah sama sama =.='

3. ULAT GONGGOK :
ya Tuhan, benda ni lahh makhluk ciptaan-Nya yang boleh buat andy terpekik terlolong atau lebih dashyat pengsan atau lagi ngeri KOMA. a'ah, KOMA. sampai koma tahu. dengan kakinya yang banyak, tubuh kemain panjang kaler merah dan hitam.. eee, geli tau.

4. CICAK :
benda ni benda yang boleh buat andy panjat tiang astro mak or lompat sofa mak namratus kali. bukan sahaja selalu buang najis merata rata malah selalu buat base jump tanpa diduga.. pernah sekali andy tonton tivi dengan rakyat jelata rumah, cicak ni tiba tiba buat base jump landing atas kepala andy.. andy bagai kena sampuk hantu cina. tak tak, hantu botol kicap.. dengan serta merta tangan hinggap di kepala tepis cicak tu.. huh, nasib tak sakit jantung tahu. =.='

5. TAKUT STUCK DALAM LIF
hakhakhak. * gelak sopan. tak sangka ni pun masuk dalam list juga. hape aku kesah, blog andy, suka hati aku nak taip apa.. hikhikhik. benda ni kalau naik lif memang asyik fikir benda negatif je.. =.=' ya Tuhan, harap harap aku dapat sampai tingkat 100 dengan selamat.. padahal orang lain rilek rilek berdiri siap main mesej dengan makwe.

6. KATAK
ada yang cakap katak ni comel ? andy nak cocok kerongkong biar muntah purple.. katak ni boleh buat andy bagai kena cekik dengan John Cena tahu. seram lebih menakutkan daripada hantu kot. selalu katak ni masuk bilik mandi. yang tak boleh belahh sangat, time andy selalu mandi dia masuk pula.. andy dengan gohjesnya baling mop =.='

7. SESAT DI TEMPAT ASING
impian andy nak travel seketul diri ke Korea, Japan, Paris atau London. teringin sangat sangat tahu. habuan tunjuk tunjuk gambar gembira kat anak anak dan cucu cucu nanti.. hakhakhak. tapi kalau bab sesat sesat ni andy tak suka. setakat sesat kat Sibu talipon je rakan taulan, kalau sesat kat sana ? haa...

eyhh, andy tak takut Hantu ke ? semua tu hanya illusi semata mata. harus lah berdoa agar mendapat berkat daripada-Nya, kita patutnya lebih takut kepada Tuhan. kan kan kan ?


okayy, rahsia andy dah terbongkar. andy dah kongsi perkara yang andy takutkan, korang pula ?


Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^


YANG BENAR,


suka entri ni ? boleh tekan button like ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...