selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
hak hek hok huk hik. andy tengah bunyi gelak macam jenis demi efek gedik yang nyata. sebenarnya, malu nak buat entri berbaur lobang hedong besar kembang susah nak kempis ni.. kalau tak buat, rasa bersalah dengan sanubari, memang mengada nak suruh buat juga..
nak tempek gambar bebanyak, nak taip ciput seciput je sebab andy malu.. tak mampu taip lagi dah =')
betul tak tipu. a'ah, tipu sikit je.. hak hek hok huk hik.. * sila lahh bagi tendangan penalti bagi andy normal balik
berbekalkan sifat pemalu kemain yang memang wujud sejak dalam kandung mak, entri kali ni taip laju laju sambil tutup muka dengan langsir mak. dengan harapan, langsir mak boleh jadi filter perasaan malu.. a'ah, melampau kan.
memang dari zaman jahiliah lagi kalau ada photoshoot, gambar kerah jasmani lentuk sana, lentuk sini.. itu semua gara gara untuk tatapan bijik mata sendiri ataupun letak kat Flickr.com. nak buat entri ni rasa macam Lee Min Ho ajak kahwin.. malu tau tau tau =P
maka, selepas andy kerah kepala otak, cari gambar paling awesome nak tempek dalam blog hanya buat tatapan korang semua. berikut gambar paling andy cinta pada abad ni.. sebab musabab, gambar gambar ni diambil oleh SIGAT EGAT PHOTOGRAHER. awesome tau tau, rasa nak nangis bila dia balik Bintulu lagi.. T_T
ececeh, ni malu nak tempek muka sendiri. otometik wujud sifat mengada kemain banyak..
dari kiri : Andy awesome amazing meletop, yang tengah tu abang polis memegang nama Jeffery A, yang pakai baju Team Malaysia cute kononnya ialah Tony A..
merupakan pesaing ketat andy.. tak sangka pula si Tony ni fotogenik juga orangnya. ish, mengada betul =.=' kalau terus terus macam ni, jatuh menjunam reputasi andy tau tau. hakhakahak. gelak jahat sekali... si Tony ni bukan lah orang lain, dia ni sepupu andy juga. agak agak ada iras Aaron Aziz tak ? or Fahrin Ahmad ke ? okay, sila lah muntah beramai ramai.
sudah sudah lahh tu =.='
hari tu juga, berlaku individual shoot seperti gambar paling atas dan bawah kemudian group photoshoot. best, best, best tau. melampau lampau best.. datang shoot dengan muka slenge kemudian balik dengan muka macam baru dah jumpa Lee Min Ho. kemain lagi tau.
berikut diatas merupakan muka slenge namun awesome tahap melampau.. hakhakhak ! gelak untuk diri sendiri. hikhikhik, andy banyak belajar dengan photoshoot.. dari sini andy belajar pasal keyakinan diri, macam mana nak tonjolkan diri kita supaya nampak terbaik. andy juga belajar untuk bersabar sebab banyak karenah yang kita lalu masa shoot.
dulu andy ingat, dah besar gedabak macam ni, mana layak nak photoshoot bajet American Next Top Model bagai.. mesti lah tinggi dan ramping, tapi terbabas naik bas, sangkaan andy meleset. kita cuma perlu yakin dengan diri sendiri ^^
sumpah best ! terbaik, cemerlang, gemilang, terbilang, karipap, donut, petai. memang best tahap melampau kemain banyak.. harap harap Sigat Egat sudi balik lagi ke Sibu dan invite andy untuk photoshoot.. walaupun hari tu agak kekok sikit, biasa lahh orang pemalu kan. ececeh. ingat tau Sigat Egat, jangan lupa invite lagi tau tau tau. andy tak gigit orang pun. =.='
nahhh. andy bagi lep lep lep sikit kat SIGAT EGAT hari tu. gambar kemain awesome.. ♥ ♥ ♥
ini sahaja entri untuk hari ini ^^
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy...
YANG BENAR,
siapa suka gedik depan kamera boleh tekan like kat bawah.. hikhikhik =P
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment