selamat sejahtera dan salam satu Malaysia..
sekali lagi andy nak mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada yang menyambut, semoga di tahun ini lebih dimurahkan rezeki. amin amin ^^
sebak didada siap tepuk dinding nak buat effect sedih akibat meninggalkan kampung beberapa hari yang lepas. siyes, mengada nak banyak kenangan manis dan pahit berlaku sepanjang percutian andy di Miami Beach, eh, di kampung sebenarnya.
Terminal Ekspress Sibu memang penuh dengan segerombolan manusia yang balik kampung masing masing. menunggu bot ekspress untuk berlepas, betul ke tak ayat ni.. hahaha.
naik ekspress pada awalnya memang best, menatap keindahan alam Ciptaan-Nya sepanjang perjalanan balik kampung.
lama lama dalam ekspress, agaknya dalam setengah jam kemudian, rasa macam perempuan mengandung.. rasa pening, rasa pengsan, rasa nak muntah. semua rasa bercampur gaul =.='
okay tipu, sepanjang perjalanan andy tidur dengan cara terhormat dan paling ayu di abad ini. okay sekali lagi tipu.
sekali lagi andy menegaskan bahawa Terminal Ekspress dipenuhi oleh manusia yang balik ke kampung masing masing.
lupakan saat saat di terminal ekspress yakni dipenuhi manusia bermacam ragam, sekarang andy nak cerita kejadian kejadian yang berlaku semasa andy di kampung tak kira malam tengah hari petang atau pagi. yang penting kejadian yang best gila ^^
tempat kejadian yang turut serta mengambil bahagian ialah Rumah Rawing Nanga Beguang Song, Nanga Ngemah, Kedai Entah Tak Tau Nama, dan Sungai Beguang.
1. Perjalanan Balik Kampung
sepatutnya kami bertolak pada pukul 11 pagi. tapi disebabkan janji palsu kami bertolak pukul 12 tengah hari.. kalau Janji Diana, nak juga bertolak pukul 1 petang, melampau. fuhh, nasib baik lahh.. perjalanan menggunakan Bot Ekspress ye anak anak, jangan harap lah nak naik Kapal Titanic bajet lari keliling Titanic dengan Leonardo Decaprio. ni bot angkut manusia je tahu.
tapi yang bestnya sepanjang perjalanan, siyes sumpah siap angkat tangan, permandangan memang buat hati cool giler tahap melampau lampau. sana sini memang sangat indah.. langit biru, hutan hijau, buaya santai siap pakai spec hitam. okay, tipu.
2. Rumah Rawing Nanga Beguang, Song
gambar seperti yang diatas menunjukkan malam 31 Mei 2012 bersamaan dengan 12 tengah malam. eh eh, betul ke ? 12 tengah malam bukan dah 1 June ke ? lantak lerr.. hahaha. okay, gelak paling jahat di abad ni. malam tersebut pelbagai pertandingan dijalankan termasuk lahh Pertandingan Karaoke, Pertandingan Poco Poco dan Pertandingan Manusia Paling Awesome dan pemenangnya tak lain tak bukan adalah andy sendiri siap flashing camera everywhere, rasa macam hadiri Grammy Award. okay sekali lagi menipu. =.='
lantaran kemeriahan pesta malam Hari Gawai begitu syok dengan acara, andy bukan saja disajikan dengan persembahan yang mencuit hati serta mantap, malah perut andy tersenyum lebar patblas sentimeter menatap kuih muih yang awesome tahap melampau sekali lagi. a'ah melampau bagai.
ini lah saat ditunggu tunggu oleh andy setiap tahun, pelbagai kuih muih yang super awesome mengoda nafsu makan sampai sampai andy tak kuat nak tahan. dengan lantas kelajuan tahap roket, tak, tahap angin, tak lagi, tahap kilat, andy dengan gagah perkasa mempamerkan kehandalan andy dalam babak makan makan. hahaha..gelak tak ikhlas =P
3. Kedai Runcit Kampung * kelass aku buat nama kedai
entri yang sebelum ada mengatakan bahawa andy akan photoshoot sepuas puasnya bersama sama dengan gerombolan cousin yang melampau banyak tak dapat kira pakai jari malah jari kaki juga. dan ini adalah kedai yang menjual barangan terpakai seperti sabun, makanan, sayur mayur, peti sejuk, tivi LCD, baju branded, beg tangan, ada KFC, ada MCD. okay, melampau sangat kan menipu. =.='
barang barang disini tersangat " MURAH " " BERBALOI " dan " BERPATUTAN " okay, andy sebut memang tak ikhlas, jujurnya, melampau mahal ! cis, kalau duit jatuh dari langit tak lah apa. Reload Kredit Celcom dijual pada harga RM 11.00, Celcom je yer, Digi Maxis takda. harap maklum..jual minuman tin, satu tin RM 2.00. jual Kobis, seketul sepuluh ringgit kot ? wahahaha =P yang buat suprise giler tahap babeng, Mee Sedap 5 bungkus dijual pada harga RM 5.00.. okay pengsan ramai ramai.
okay foine, berat rasa hati duit RM 50.00 bertukar jadi 50 sen. agak agak lah ye, siap menangis depan Tauke Kedai minta bagi balik duit RM50 dengan harapan dapat balik Sibu lagi. kalau boleh sujud depan tauke kedai sambil buat persembahan singa diiringi mercun mak cik bilik sebelah.
4. Nanga Ngemah
Nanga Ngemah merupakan pekan yang kecil, sangat kecil, sangat sangat kecil. andy pusing patblasribu kali pun tak keluar peluh, siyes, Nanga Ngemah ni melampau lampau kecil.. kejadian yang berlaku di sini hanyalah untuk menikmati mee kolok, tersenyum lebar tau perut andy semasa kejadian berlaku. burpp, tak semena mena andy sendawa mee kolok ciptaan asli di Nanga Ngemah.. hahaha =P
walaupun tempat ni kemain kecil, tapi kebersihan udara sangat bersih, tidak seperti di bandar ye.. andy sempat photoshoot siap posing di tengah jalan raya. hahaha, gelak tak berapa nak ikhlas =D
bersama sepupu dan anak buah, berjalan keliling pekan ulang alik dan beli air dalam tin.. cuba teka berapa harga ? satu tin bersamaan RM2.00, hampir keluar balik mee kolok yang andy makan tau. mahal sangat =.='
5. Sungai Beguang
lepas kenyang makan mee kolok, photoshoot di Nanga Ngemah, kami sepupu memutuskan untuk mandi di Sungai Beguang. sebenarnya air kat Sungai Beguang ni jernih, boleh nampak ikan rempit laju laju cari tempat sembunyi, boleh nampak juga ikan duduk lepak gosip kat celah celah akar kayu.
tapi malangnya, suasana agak meyeramkan pada awal masuk menuju ke Sungai Beguang. rasa macam dalam program National Geographic tau. sekitar yang sunyi sepi, bunyi burung borak borak, bunyi dahan ranting patah, perahu terdampar di tepi tepi.. suasana jadi tak best sebab terlampau sunyi, agak excited sebab nak mandi air batu tau.
sebenarnya, awal masuk ke Sungai Beguang merupakan kawasan perkuburan.. itu menjadi punca kepada suasana yang menyeramkan. agak agak 15 minit masuk ke dalam menyusuri sungai, masih juga tidak kelihatan air batu sebab dah tak sabar nak mandi kan.. tiba tiba, perahu yang kita orang guna tu macam terlanggar something dari dalam air, semua terkelu menjadi batu dan masing masing tak bergerak.. apa yang bermain dalam minda andy hanya satu iaitu BUAYA, sungai ni ada buaya tau. BUAYA tau tau.
hasrat ingin mandi dibatalkan sebab hati tak tenteram selepas bunyi " GEDEBUK " dari bawah perahu menghantui diri kami.. cepat cepat driver perahu pusing patratus darjah terus pecut keluar dari sungai beguang.. seram tau ! sekali lagi rasa macam shooting filem Puaka Niyang Rapik atau Sungai Nang Nak filem Thailand tu. fuh. fuh. tarik nafas panjang =.='
6. Andy Awesome
HAHAHAHA, nak juga andy tempek muka andy ni.. muka slenge, dengan baju main rembat dalam beg pakaian, bukan penghalang andy nak tempek muka andy disini... dah nak pergi ke tempat seumpama ni, jangan nak berangan nak berfesyen pakai macam Lady Gaga. yang penting bawa hati untuk menikmati keindahan suasana kampung dengan bukit bukau ciptaan Tuhan..
walaupun keras betis akibat lactic acid merembes dengan banyak sekali hasil kurang bersenam, tetiba pusing kampung kemain banyak, namun andy tetap seronok sangat... dapat tengok rutin harian orang kampung, nikmati udara segar, bukit bukau yang melampau cantik, sungai ada ikan rempit sana sini..
Kreatif kan Tuhan ?
itu baru berapa ketul je tempat andy lepak, walhal masih banyak lagi tempat yang belum andy teroka.. nanti tahun depan andy nak teroka lagi banyak tempat.. andy nak pusing puas puas sampai pengsan.. hahaha, melampau ! =.='
kalau korang pasang niat nak balik kampung andy, siyes, korang nangis nangis tak nak pergi Miami Beach.. siyes awesome tahap melampau.
ini sahaja entri untuk hari ni, harap semua terhibur ^^
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy..
Terima Kasih banyak tak terkira atas sumbangan gambar yang super awesome ni iaitu
YANG BENAR,
siapa suka suasana kampung boleh tekan button like kat bawah ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment