tamatnya peperiksaan STPM maka tamatlah zaman aku bergelar sebagai seorang PELAJAR sekolah... jadi, entri yang kali ini saya nak ceritakan serba sedikit kisah persekolahan saya di SMK Lanang, Sibu, Sarawak... kenangan dan memori pahit manis memang sangat banyak saya lalui sepanjang persekolahan saya di sini... menemui kawan yang baru, cikgu-cikgu baru sememangnya sesuatu yang tersangat sukar untuk kita lupakan...
TINGKATAN 1D
masuk je tingkatan 1, awalnya memang malu sebab kita jumpa banyak kawan yg kita masih belum rapat lagi... tingkatan 1 ni tiada kenangan yg manis sangat sebab time tu kita masih boleh lagi digelar budak-budak.. hahaha ! hari pertama masuk ke tingkatan 1 di SMK Lanang, seperti biasa yg kita lakukan, sesi suai kenal bersama guru dan rakan-rakan dijalankan... kenal punya kenal, jadi makin rapatlah satu kelas.. oh ya, time ni saya masih lagi belum jumpa dan kenal SAHABAT BAIK saya... hehehe =D
TINGKATAN 2D
cerita semasa tingkatan 2 sememangnya agak extreme sikit... memang banyak kisah yg saya tak dapat saya lupakan... hahaha ! kisahnya bermula begini, cikgu tu nama dia Cikgu Stephen iaitu cikgu mengajar mata pelajaran Sejarah dan cikgu ni agak pelik sikit.. kenapa ekk ? sebab dia mengajar dia punyalah syok sendiri bercakap di depan sedangkan kami tidak mengendahkan satu pun penerangan dari cikgu tu... hahaha ! nakal kan ? biasalah, masih budak-budak time tu... dan pada suatu hari, cikgu sejarah ni tadi bergaduh dgn salah seorang murid perempuan di kelas saya... tiba-tiba ditendang cikgu tu meja maka jatuh lah meja tu tadi... murid ni td ada cakap something spt " cikgu tidak boleh berbuat sedemikian ! " kira macam tu lah dialognya... hahaha ! saya pun lupa sudah sbb perkara tu lama dah iaitu tahun 2006...
TINGKATAN 3D
semakin berubah zaman, semakin lah kepala hotak kami org ni berubah... tingkatan 3 ni kalau diringkaskan, saya rasa paling banyak berlaku pergaduhan... hahaha ! yg paling banyak bergaduh ialah murid perempuan.. haisss ! yelahkan, bergaduh berebutkan org laki lah tu kot... ada lagi satu cerita tentang pergaduhan seorang murid pengawas dgn pelajar kelas saya... pengawas tu pun pelajar kelas saya juga... ceritanya begini, disebabkan hasutan pelajar lain, pengawas perempuan ini dipinggirkan oleh murid kelas saya yg lain... kesian kan ? kawan baik dia pun meminggirkan dia sbb termakan hasutan pelajar lain.. time tu saya tak ikut dia org lah sbb saya ada group sendiri iaitu geng ketawa ! hahaha... time ni kan kerja saya asyik ketawa je dgn kawan-kawan... hahaha ! oh ya, sebelum saya lupa, form 3 ni kami selalu kena hujum dgn cikgu Mathematics kami dulu... hampir kesemua pelajar disuruhnya duduk diluar dgn mmbawa kerusi untuk menyiapkan kerja rumah... tapi tak termasuk saya lah... haaha ! saya ingat lagi dialog cikgu tu.. dia cakap " balik kampung belaki tanam jagung ! " hahahaha ! gila kan ? =P
TINGKATAN 4 SAINS 3
dah keluar result PMR, semua kawan-kawan berpecah... ada masuk kelas sains 1, 2 dan 3... ada yg masuk kelas sastera 1, 2 dan 3... wlupun kami berpecah tapi kami masih lagi berkawan seperti yg dulu-dulu... tingkatan 4 ni takde kot kisah yg menarik saya nak ceritakan... oh ya ! ada cerita yg saya nak ceritakan time di form 4 ni... best juga time ni sbb sekolah ada buat lawatan sambil belajar ke Bintulu... tak lama pon, sehari je... wlupun tak lama tp best lah... time tu saya ada bawa handycam dan 4 buah kaset utk merakam kenangan time pergi Bintulu... banyak tempat yg kami pergi... Taman Tumbina, Tanjung Batu, Farley Bintulu dan tibalah di Park City Mall... kat Park City Mall ni saya suruh lah kawan pegangkan beg yg ada 4 buah kaset handycam dan kami pergilah makan di Marry Brown tingkat bawah... syok punya syok makan then habis, balik lah lagi ke bas... pergilah kami ni ke Taman Tumbina... enjoy-enjoy kat taman tumbina lepas tu balik.. dalam perjalanan balik aku tercari lah beg kaset aku ni td then aku tanya lah kawan yg pegang beg kaset tu tadi... rupa-rupanya tiada pada dia lagi dan beg itu tertinggal di meja makan Marry Brown... aku pun apa lagi ? nak marah pun takde guna lagi kan... bukan boleh patah balik lagi pun sbb dah jauh sangat... jadi saya relakanlah keempat-empat kaset tu... =(
TINGKATAN 5 SAINS 3
hrmmm... tingkatan 5 tahun 2009 sememangnya satu tahun yg sangat malang... susah saya nak mulakan cerita sebab kisah ni sangat menyedihkan bukan cuma pd diri saya tp pd kawan-kawan saya yg lain juga... dengan air mata yg berlinangan ni, saya ceritakan dgn anda semua kisah pada tahun 2009 ketika saya berada di tingkatan 5... pada tahun ni, saya telah kehilangan seorang sahabat yg paling rapat buat selama-lamanya... nama sahabat saya itu Rachel Raminda... dia merupakan kawan satu kelas dengan saya dan duduk bersebelahan dgn saya sepanjang masa di sekolah... mendiang ni seorang sahabat yg sangat baik wlupun perangainya agak sosial sikit ttpi bila anda berkawan dgnnya, hanya anda sahaja yg tahu baik buruk dia... mendiang ni suka ketawa lebih-lebih lagi bila saya dan charlie ada cerita yg lucu-lucu nak dikongsikan... semasa mendiang masih ada, banyak sekali cerita-cerita yg dia luahkan pd saya... dia pernah mengatakan bahawa wlupun dia berbadan besar tp dia ada hati dgn seorang budak lelaki.. tp budak lelaki ni cuma mengambil kesempatan ke atas mendiang... berderai air mata saya bila dia ceritakan perkara begitu... sehinggalah pada exam SPM, mendiang hanya sempat menduduki 5 atau 6 paper sahaja sbb hujung minggu tu dia ditimpa kemalangan dan meninggal on the spot di tempat kejadian... mulanya saya tak percaya kawan memberitahu tentang berita mendiang meninggal sbb kawan-kawan aku ni agak nakal selalu je buat cerita yg tak tentu pasal... jadi saya ambil jalan utk tidak mempercayai mereka... pukul 1 pagi, msg dr kawan sampai memberitahu perkara yg sama tp saya masih ttp tak percaya.. msg kedua, ketiga, keempat dan kelima sampai dgn berita yg sama, mulalah air mata saya berlinangan mengenang nasib mendiang... dari pukul 1 pg sampailah matahari terbit saya tidak tidur mengenangkan mendiang yg terlalu cepat pergi meninggalkan kami.. selepas mayat mendiang dibawa ke rumah, saya dgn rakan lain pergi menziarahi mendiang... rasa seperti jantung saya ditarik keluar bila melihat mendiang terbaring tak bergerak di depan mata... rasanya saya spt tidak percaya itu adalah mendiang... saya hanya mampu mengalirkan air mata sahaja ketika itu... saya masih ingat lagi sebelum mendiang meninggal bahawa dia ingin mengambil gambar bersama-sama selepas SPM tamat.. bila saya mengenangkan itu, air mata ni mengalir tak henti-henti... menangis, menangis, menangis, menangis dan menangis !
saya tak sanggup lagi untuk menulis entri ini kerana sebak di hati ni menyebabkan air mata saya tidak berhenti dari tadi... sorry for that... ada masa saya akan menyambung entri ini lagi... ingatlah, kepedihan kehilangan seorang kawan paling rapt tidak sama sakitnya bila anda kehilangan kekasih ! ='(
YANG BENAR,

0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment