PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, December 10, 2011

Sesuatu yang Anda Tidak Perasan dan Tidak Pernah Terfikir

Sejauh mana kebenaran tentang perkara yang tersenarai di bawah ini saya pun tidak tahu dan ini terpulang pada diri anda untuk menilainya =)



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 

8. Anda seorang yang istimewa dan unik bagi seseorang. 

9. Seseorang yang anda tidak ketahui sedang menyayangi anda. 

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar tanpa sengaja, ada hikmah sebaliknya. 

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka. 

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya. 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda kerana anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. 





YANG BENAR,

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...