PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, February 12, 2012

Friend ! =D

selamat malam semua dan salam satu Malaysia =D
dah makan ke belum pembaca andy yg awesome ni ? hehehe... andy dah makan tadi tapi sekarang nak makan lagi sebab perut andy ni nak kan something untuk disumbat... =P

okay, kalau sebelum ni andy post entri yg berbaur kenangan kenangan lama di sekolah dan sekarang ni andy nak perkenalkan korang dengan kawan andy yg sorang ni... *sapa ekk ? biarlahh rahsia~

mana boleh berahsia, kann tajuk entri kali ni FRIEND... hehehehe 

okay lahhh, andy nak perkenalkan sorang kawan andy sejak dari tingkatan 1 dulu lagi... hikhikhik ! kalau tak silap andy, andy rapat dengan dia sejak tingkatan 3 sampai lahh hari ini walaupun dia belajar nun jauh di negeri orang... *cewahhhh ayat andy kann ? tak boleh blah sangat... HAHAHAA

seperti di entri entri yg dulu andy ada juga memperkenalkan kawan kawan andy di dalam blog ni, korang nak tau ? korang pergi baca sendiri... hikhikhik !

( mari semua duduk depan andy, andy ceritakan kat korang kawan andy yg awesome ni )

nama dia Beatrice anak Kong, ehhh salah... BEATRICE KONG *take note please
HEHEHE...jangan marah ye kakak mumui... tersasur =P

( cikgu andy ! kenapa nama dia BEATRICE KONG ? kenapa tak BEATRICE anak KONG ke ? BEATRICE binti KONG ke ? BEATRICE a/p KONG ke ? )

hamboiii korang ni, tak elokk tauu ! nama dia macam tu sebab dia ni anak Cina... KONG tu nama bapa dia, jadi lahh BEATRICE KONG... *teori mudah dan cepat

( umur dia berapa cikgu andy ? mana tau kami nak mengorat dia ke ? hikhikhik ! )

jangan nak menggatal ye ? umur dia sama dengan andy, 20 Tahun... tapi sama sama belum genap lagi tauu... *kenapa ekk ? sebab tarikh lahir dia jatuh pada 14 Jun 1992
masih juga korang nak ngorat ? kalau nak juga ngorat, anda dipersilakan... haruslah anda tahan dari segi MENTAL dan FIZIKAL lahh ye ? *kenapa ekk ? nak tauu, pergi tackle sendiri =P

( cikgu andy ! dia ada nickname tak ? kalau ada apa ekk ? )

sudah semestinya ada, korang semua pun ada nickname juga kann ? jadi, dia pun ada juga... okayy, nickname BEATRICE KONG ni ada banyak... korang panggil dia macam mana pun dia akan toleh juga... *ekkk ? =P
kita gurau jelahhh... nickname dia ialah MUMUI, MUI, BEAT, or BEATRICE... korang nak tau ? ada yg lebih lebih lawak bila cikgu andy dulu ada panggil dia BATERI ! HAHAHAHA =P

( cikgu ! mumui tu lahir kat mana ekk ? kampung dia kat mana ? )

lahhh... nak tau juga ke ? okayyy... kawan andy ni lahir di Hospital  Kanowit, Sarawak dan kampung dia kat Tanjung Latap, Sibu, Sarawak, Malaysia... hikhikhik !

( dia dulu sekolah kat mana ekk ? )

dia dulu sekolah rendah di SJK Thai Kwang, Sibu dan masuk sekolah menengah dia sekolah sama dengan andy kat SMK Lanang, Sibu dan sekarang dia di Shah Alam study diploma in environmental health... =) *jauhh kan ? lama tak jumpa... rindu tauu !

( cikgu andy ! dia ada abang atau adik ke ? dia tu anak keberapa ? )

dia ada abang je dan nama abang dia Bonny Kong... abang dia study or working itu andy tak tahu lah... hehehe ! Beatrice Kong ni anak kedua dalam dua orang adik beradik... thats mean dia anak bongsu lah ye =)

( cikgu cikgu ! hobi mumui apa ekk ? )

hobi dia suka membuli andy... HAHAHA ! tak ada lahh, andy gurau je... hobi dia suka membela anjing dan kat rumah dia ada dua ekor anjing... benci tauu dengan anjing dia tu ! kalau andy datang rumah mumui, confirm anjing dia tu menyalak kuat kuat... buat andy takut terpekik terlolong ! =P mumui cakap anjing dia menyambut kedatangan andy yg cute lagi awesome ni... ekkk ? tak suka ! tak suka ! tak suka ! nanti kena gigit, takut tauuu...

( mumui tu suka warna apa ekk ? kami nak tau ! kami nak tau ! )

korang ni entah pape yg nak tau kann ? semua benda nak tauu juga... okay okay, kawan andy tu minat warna Biru... biru laut ke, biru muda ke, biru tua ke, biru awan ke, biru apa apa jelahh itu andy tak tauu... yg penting dia minat warna biru... full stop ! hehehehe =P *opps, andy nak tambah sikit... selain suka warna, dia juga suka makan dan suka tidur... =.='

( cikgu ! dia suka makan dan minum apa pula ? )

dia suka makan banyak benda... asal benda yg boleh dimakan dia memang akan makan... jadi, jawapan untuk makanan tak specific sangat ! HAHAHAHA... kalau minuman pula, dia suka minum Green Tea... *kenapa ekk suka minum Green Tea ? andy kalau cium bau air tu pun dah loya nak muntah purple ! O.o' hikhikhik !

( cikgu andy ! kami ada permintaan yang terakhir... kami nak tengok gambar dia boleh ? nak tengok cantik ke tak, cute ke tak... =D )

hamboiii permintaan korang ni kann... okay takpe, korang tak minta pun andy memang nak letak gambar mumui kat entri ni pun... HEHEHE ! korang nak tengok ? jeng Jeng JENG ! tadaaaaaa ! =P


p/s : Beatrice Kong Tai Sang

~ haaaaa, andy dah letak gambar mumui besar gedabak kat atas... dah tengok ? itu lah kawan andy yg awesome ! *andy lagi AWESOME tauu =P
dia pun pemblogger juga, jadi anda boleh singgah ke blog dia... blog dia banyak cerita dan informasi yang menarik yang korang boleh baca... *jadi promoter jap =)
tak tau link blog dia ? tu ada kat gambar dia tu... kalau malas nak taip satu satu, korang boleh tekan kat sini :


ini sahaja entri untuk kali ni, saya harap anda terhibur... nak kenalan dengan kawan andy ni ? boleh je... dia friendly bah ! =D
terima kasih sudi singgah dan baca blog andy =)

YANG BENAR,

lepas baca jangan lupa tekan butang like kat bawah ni ye... sayang semua =)

1 cakapcakap sampai pengsan:

mumui said...

air green tea sedap pe~~~ hahahah...
btw.. thanks 4 da very nice entry! thumb up~~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...