PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, February 23, 2012

Tragedi 30 Jun 2005

selamat malam semua pembaca andy yg awesome =D
salam satu Malaysia okayy...

setelah dua hari andy tak update blog dan hati jiwa sanubari andy ni merontak suruh andy update blog... hikhikhik ! andy bukan tak nak update blog, tapi line CELCOM yang paling terpantas di Malaysia " KOT ? "
yelah, line buat hal... entah kenapa lah line celcom ni laju sesangat lah ye ? =.='

entri kali ni andy nak cerita sikit tentang kenangan pahit yang pernah berlaku di dalam hidup andy yg sememangnya tak akan dapat andy lupakan... sedih sangat tauuu ! =(

( kenangan apa tu ekk ? )

semua pembaca andy ada kampung tak ? sudah semestinya kita ada kampung kann... semua kita ni berasal dari kampung... HEHEHEHE ! sekarang andy nak cerita satu kisah dahulu kala yang berlaku pada 30 Jun 2005...
pada tarikh yang andy mention tadi tu adalah tarikh dimana kampung andy telah terbakar... sobsobsob !
rumah panjang andy tu panjang tauu ! 35 pintu semuanya...

( macam mana boleh terbakar ? )

kampung andy tu terbakar disebabkan oleh dua orang budak yang bermain mancis kayu tu kat bilik tidur dorang... family dia mana ? ada kat bilik tu juga cuma tak bertanggungjawab ! budak budak kecil main api pun tak dilarang dan ditegur... jadinya ? rumah panjang harta benda jadi abu dan debu beterbangan di udara... geram tauu ! 
tu lahh, budak budak dibiarkan bermain begitu je... sekali sekala tu tengok tengok kan lahh anak masing masing... dorang buat apa, main apa kann ?
oleh kerana itu adalah rumah kayu, jadi dengan seronoknya api menelan segala benda yang boleh ditelan kurang daripada 30 minit... hebat kann ? hebat sangat sampai keluarga andy tak dapat satu pun barang dalam bilik... tinggal sehelai sepinggang je ! syukur kepada Tuhan, family member dan orang orang kampung selamat dan tiada yang terkorban... barang barang tu tak apa kalau ditelan api asalkan nyawa kita tak ditelan... kalau ditelan ? tak nak explain pasal tu... =P

mari kita tengok babak babak sedih ketika rumah panjang terbakar dan selepas terbakar...

( semasa kebakaran berlaku )





p/s : hanya disebabkan mancis sebatang... kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan... =(

oleh kerana kampung andy tiada perkhidmatan jalan raya, jadi perkhidmatan bomba pun sudah tentu tiada kann ? satu satunya cara ialah dengan memotong paip air biar air tu tersembur keluar dan padam api yang marak macam benda yg chef masak dalam kuali tu... * kebush ! kebush ! =.='
jadi, macam mana sekali pun nak potong, tendang, flying kick, tampar, sepak dan baling batang paip air tu, tak memberikan hasil apa apa ! semuanya musnah dijilat sehingga menjilat jari oleh api... *sobbsobbsobb

hasilnya ?? 










p/s : i'm speechless O.o'

hanya disebabkan mancis sebatang rumah panjang andy tinggal tiang dan bumbung bumbung yang dah penyek menyek... kalau diikutkan adat orang iban dulu dulu, sesiapa yang menyebabkan kebakaran rumah orang itu akan dicampak ke dalam api tu juga... *kejam sangat kann ? =.='
nasib sekarang zaman dah berubah seiring dengan pemikiran manusia lahh ye.. =P
lihat lahh rumah panjang andy yang selama ini berdiri megah dan bila dalam bot ekspress siap puji puji rumah panjang sendirikk ! " iyohhh ! cantiknya rumah panjang ku... seperti istana tak lebih tapi kurang dari Taj Mahal " =.='
sebab mancis sebatang, rumah panjang tinggal tiang arang abu debu terbang melayang dibawa angin rindu... *sedihnyaa =(

orang kata bukan andy kata " Lupakan Kenangan Lalu Dan Teruslah Melangkah Ke Hadapan "
bagi sedikit kata kata hikmah sikit dalam blog andy ni... hikhikhik ! 
selepas rumah panjang lama musnah dijilat api sehingga menjilat kaki, sekarang rumah panjang andy kembali bersinar dan kini lebih megah dan hangat daripada biasa ! =.='

tadaaaaaaaaaaaaaaaa ! =P

p/s : shot dari tengah =D

p/s : shot dari hujung... panjang tak ? mesti lahhh !

p/s : aunty andy yang awesome ! hikhikhik !

p/s : anak bujang dan dara yang awesome dan cute ! *andy lagi awesome, harap maklum =P

p/s : ni lah cousin sepupu sepapat saudara mara anak buah anak tekak anak mata andy... HEHEHEHE ! *paling menyerlah ialah si baju hijau... weeehiiii =P

rumah panjang andy sekarang dah cantik sesangat, make up sana make up sini... tempek bedak banyak banyak, lenyek gincu tebal tebal dan hasilnya ? rumah panjang yang awesome ! *ayat tak boleh blah sangat
walaupun tragedi kebakaran tu dah lama berlaku tapi ianya masih memberikan kesan luka yang mendalam sekali dalam diri andy... diri orang kampung pula ? andy tak tauu lahh... HAHAHAHA ! =P

bila tengok kampung, tak sabar pula nak balik kampung Hari Gawai ni... andy excited sangat ni tauu, excited nak makan kuih banyak banyak... hikhikhik !
dan entri kita berakhir untuk hari ini ye... hari mendatang kita main blog lagi ye ? 
terima kasih sudi baca dan singgah di blog andy... semoga korang terhibur okayy... =D

YANG BENAR,


lepas baca jangan lupa tekan butang like okayy ? sayang semua =D

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...