PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, May 10, 2012

Bowling

selamat petang semua...
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

kalau ikutkan entri kali ni dah dipublish petang semalam... oleh sebab line broadband andy mengalami masalah mental, jadi andy terpaksa postpone untuk publish entri ni...
tambahan, otak huru hara disertai idea lari lintang pukang tak tauu nak tempek gambar apa humban masuk dalam blog ni...

dengan iringan alunan music K-Pop, bagi calm down sikit kepala otak, bagi idea baris lurus agar tak bersepah, andy dah pilih beberapa gambar yang agak okay kot... biasalah, kita orang pakai kamera handphone je... tak mampu lagi nak beli kamera nikon, canon, dslr, dan sewaktu dengannya... sebab tu andy doa agar pokok limau yang hampir mati belakang rumah tu mengeluarkan duit ! syirik ! =.='

semalam andy dapat call daripada Charlie dan ajak andy untuk keluar main bowling, tanpa fikir panjang andy cakap " Okay, boleh jerr " HAHAHA ! =D
lagipun kita orang jumpa bukan selalu sangat pun... setahun sekali kot ? =.='

a'ah, sebelum ni andy tak pernah pun main bowling dan semalam merupakan kali pertama andy pergi main bowling... kesian bukan ? =.=' HAHAHAHA !
even kali pertama main, andy dapat STRIKE sebanyak dua kali tauu ! korang jeles tak ? korang mesti jeles, andy paksa juga korang untuk jeles ! =P


mengada nak ambik gambar dengan bola bowling... yang baju hijau Cherl atau Charlie dan berbaju hitam yang handsome tu Jackry... bangga lahh andy puji kat blog ni kann ? =P


tengah enter nama masing masing... Jerome dan Jackry bertanding ! hahahha =.='


ni dia ! pemandu kita orang time pergi main bowling... hehehe... Jerome Emeric Singka * betul ke tak nama penuh dia, andy pun lupa... HAHAHAHA ! dia pandu dengan penuh berhemah, tak laju laju... =P lama dah tak jumpa tauu, agaknya hampir 3 tahun kot... sekarang study UITM, Samarahan... andy tak sangka dia minat K-Pop juga ! bhahahaha... time pergi tempat main bowling tu, andy enjoy siap goyang kepala dan kalau boleh nak menari dalam kereta sebab dia mainkan lagu K-Pop... hikhikhik ! * over kan andy ni ? =.=


Si Baju Hijau tu memang suka tayang bontot dia yang tak seksi tu... hahahaha ! dalam pertarungan antara hidup dan mati ni, andy dapat kalahkan Charlie dengan keseluruhan skor sebanyak 162... walaupun tak ada basic macam mana nak main bowling, kita main bedal je asal kan bola boling tu bergolek golek dan rempuh segala galanya... hikhikhik ! 

nasib baik main bedal, kalau andy main loteri ? tak pasal pasal sumpah seranah korang bagi kat andy kan..

lepas tu kan, abang yang kerja kat pusat bowling tu bagi kita orang CD macam mana nak main bowling... malu tauu ! nampak sangat tak pandai main bowling... HAHAHAHAHA ! =P


gambar kat atas tu gelagat gelagat atlet negara yang sedang berlatih untuk bertanding di Sukan Olimpik London tak lama lagi... mereka berempat sangat gigih berlatih supaya mendapat pingat emas disana kelak, berkat dan dorongan ibu bapa serta jurulatih mendorong mereka berempat untuk melakukan latihan dengan bersungguh sungguh selama 24 jam tanpa henti... jadah ! andy merapu dah ni, merapu merapu ! bagi kaki kat andy kejap biar hilang merapu andy ni =.=' p/s : pose paling awesome ialah andy ! bhahaha !


penat lelah berhempas pulas terbaring tergolek atas lantai, bola terpelanting ke belakang sebab bola boling berat melebihi berat badan masing masing... * tipu ! segala toksin keluar daripada tubuh dan perut mengada nak melantak... so, kita orang pergi lahh ke KFC, Delta Mall untuk mencekik berketul ketul ayam KFC yang sememangnya awesome sampai jilat jari pada abad ini... kenyang makan, kita orang borak sampai berjam jam dan kalau boleh nak tidur kat situ juga... =.='

mengumpat ? ehhh, tak ada lahh kita orang mengumpat... kita orang anyam ketupat Hari Gawai je ^^ siap ketawa terbahak bahak tak perasan pelanggan lain hampir hampir nak tercekik... HAHAHA =P
maaf lahh korang, ayam ayam tu dah dihadam dan korang tengok je lahh ye ? =)

apa apa pun, andy menjalani hari hari yang mengumbirakan buat andy senyum telinga ke telinga dan kalau boleh nak ikat sendiri dalam kereta si Jerome sebabnya andy tak nak balik rumah... * dusta !

ini sahaja entri untuk hari ini... semoga terhibur ^^
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy =)

YANG BENAR,


kalau suka andy baling boling, boleh tekan button like kat bawah ni ^^

4 cakapcakap sampai pengsan:

mumui said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh,,,,, nda ku nemu jerome sama geng gak.. hehehe

ANDY GAWAN said...

@mumui
kannn mumui ?hehehe... sekarang kau tauu Jerome pun geng kami juga =P

Mr.J said...

Hi., i Sibu Bloggers, kami akan mengadakan Gathering di Taman Tasik PErmai 4june ini..

https://www.facebook.com/WWWpengeRinduCOM .

ANDY GAWAN said...

@Mr. J thanks for the invited =) kalau tak ada arah melintang, akan saya hadiri =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...