PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, June 27, 2012

Buka Facebook. Hmmm, sabar....

selamat malam semua..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

bersambil sumbat biskut Oreo, hirup hirup Teh Lipton rasa nikmat dunia tersangat indah.. semangat nak taip entri baru kononnya.. check check fesbuk andy, geledah segala celah mak bedah kot kot ada benda penting ke..

  


toing* bunyi chatbox muncul,

" andy, ada orang Cakap Buruk Pasal Andy lahh. bukan nak jadi batu api, tapi sebab saya rasa dia dah salah anggap dengan benda yang andy post, ni link budak tu "

laju laju andy klik, bila terbaca maki hamun orang, tragis ! fikiran berkecamuk ! hati gundah gulana ! ya Tuhan, berikan hambamu ini kekuatan.

=.=' apesal teruk sangat ni. padahal andy rilek rilek je sumbat biskut Oreo empat enam ketul.

scan habis apa yang dia post.. a'ah betul lahh, beliau sudah sangat sangat terpesong akan tujuan dan motif andy. * hmm, rumitnya ayat aku...
urat tensi mengada tunjuk diri, mungkin beliau tak tahu apa tujuan sebenar andy..

***

orang boleh cakap buruk pasal andy, boleh cakap perangai andy macam budak budak, boleh cakap andy ni tak matang, boleh cakap andy ni suka merepek, macam tak sesuai dengan umur andy yang dah 20 Tahun ni. macam mengada ngada, macam gedik, cakap main bedal tapi ohsem, gohjes, hormat orang tua. eh eh. =.='

yang " macam " tu lah yang membuat andy bersemangat untuk jadi diri andy sendiri, membuat diri andy menjadi lebih selesa dengan keadaan sedemikian. buat apa nak selesakan orang lain, betul tak ? padahal itu adalah orang lain.. percaya lahh, selain kita berasa " woahh, hebatnya aku " dalam jasad diri kita sendiri, orang lain akan seronok untuk jadi diri kita.

kalau matang sangat, cakap tak cool.. kalau cakap riang ria raya, disumpah seranah mati mati cakap andy macam budak budak.. itu lahh manusia, hanya pandai menghakimi kita. yang buruk laju laju dia pandang, yang baik sengaja tolak tepi or buat buat tak nampak. padahal dia tak tahu siapa diri kita.. jangankan diri kita sendiri tak tahu bagaimana perangai sebenar kita, apatah lagi orang lain..

baru je 20 Tahun, rilek la, nak rempit pun boleh lagi. nak main kayu tiga pun okay juga.. hahaha. tak perlu lahh kita me-LAKU-kan diri untuk menjadi matang pura pura mampu menyelesaikan segala masalah. bak kata pepatah " BAHARU KELUAR DARI KERUBUNG SUDAH HENDAK TERBANG ".. tak perlu melagakkan diri kita tahu segalanya.

sikap merepek bukan lahh menggambarkan diri andy ni sewel, cakap tak tengok usia. tak tak tak. andy bukan sahaja merepek di belog, facebook dan juga realiti. semua tu untuk menghiburkan pembaca, kalau asyik taip benda formal. haram orang nak baca belog andy, lebih baik tutup belog. =.='

jadi, yang TERASA akan segala benda yang andy gembar gemburkan di merata tempat. diharap tidak membuatkan sesiapa terasa.. yang terasa tu, masalah sendiri, andy tak akan bertanggungjawab. hahaha * gelak jahat. bukan apa, andy taip tak pernah tujukan kepada yang sesiapa.. yang terasa, masalah anda sendiri.

yang suka membangkang, rasa nyampah tengok andy, rasa tak puas hati. andy tak kisah, dunia sememangnya begitu. kemana adanya peminat kalau tidak ke artis, begitu juga andy yang tak lari daripada hater(s) yang suka stalk, backstabbing pasal andy.. pasal dosa andy tak nak sebut, dosa manusia itu kerja Tuhan.. apa lahh yang ada pada diri kita berbanding Tuhan ? bagai langit dengan tanah. jauh jauh jauh jauh beza tahu.

itu lah manusia, walhal masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan, join kebajikan ke, kan dapat pahala.. amin.

***


ini sahaja entri untuk malam ini..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


suka ? boleh tekan like button ^^

2 cakapcakap sampai pengsan:

andreas said...

kesian andy, sabar jak lh ow. manusia nang gia, xsuka nangga org senang. :)

ANDY GAWAN said...

@andreas its true andreas, harus biasakan diri dgn kutukan manusia lepas ni... bhahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...