PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, July 3, 2012

Pasar Malam menjadi pilihan...

selamat petang jejaka dan gadis gohjes ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

kenapa tajuk ni ? kenapa tak Lee Min Ho menjadi pilihan ? Jo Kwon menjadi pilihan atau Yong Joon Hwa ? kenapa pilih sambal belacan daripada spageti ? soalan begini memang susah andy nak jawab melainkan soalan mengapa andy pilih pasar malam.

haa, itu andy boleh jawab.

memang dari kecik sampai dah besar gedabak macam ni andy memang suka berpeleseran di pasar malam ni. sebab utama andy suka dengan pasar malam sebab pasar malam ni bagai syurga makanan. woahh, meronta ronta nafsu kemakanan andy tahu.. =.='

MAKANAN :
kau cakap lahh perut kau kempunan nak makan apa ? sate buntut ayam ? pulut panggang ? ayam goreng, burger goreng, taufu sumbat, ayam panggang, jantung panggang, hati panggang ? okay cukup lahh tu. nak listkan semua memang tak dapat tahu. kalau pergi pasar malam memang seribu langkah lahh andy. ikut hati nak je beli semua.. tapi poket tak izinkan, hmm.

SUASANA PASAR MALAM :
andy suka suasana pasar malam yang bau makanan, yang bising dengan pekikan para peniaga, yang penuh dengan manusia teruja sama seperti andy. hakhak..

HARGA :
sebab harga yang kemain murah dan berpatutan, bagai promosi mega sale beli satu percuma satu, dan ini yang buat andy rambang mata dan rasa macam nak rembat semua bawa balik rumah. cis =.='


lebih kurang RM50 hanya untuk makanan ini sahaja okay. burpp, tak semena mena sendawa Kompia =P
tak rambang ke mata korang bila mata disajikan dengan benda paling indah di dunia ? ye andy faham, mesti korang tengah mengidam bila tengok gambar tu kan ? hakhak. saja bagi korang jealous, hakhakhak * gelak jahat

EXCITED :
pasar malam di Sibu ni setiap hari ada. maka terlampau cukup buat diri andy terkinja kinja lari selow selow bila family ajak ke pasar malam.. terkinja kinja nak beli sate buntut ayam 10 cucuk, ayam panggang 5 ketul, pulut panggang sebakol, kompia 15 ketul dan bla bla bla bla....

PAKAIAN DIPAKAI :
andy simple kalau pergi pasar malam. paling cool bila andy pakai seluar pendek dan baju tidur yang panjang gandingan bersama selipar.. hape aku kesahh, bukan Parkson pun. bukan ada orang tengok kita dari atas sampai bawah. yang lagi best, tak perlu nak hias diri sangat.. hakhakhak.

tujuan kaki andy sanggup melangkah ke pasar malam hanyalah bab makanan sahaja. hehehe, kalau benda lain, maybe agak malas sikit.

tapi ada segelintir tak layan pasar malam, mungkin ada sebab tersendiri. bangga juga jadi rakyat Malaysia ni.. kalau pergi obersi mana nak dapat tengok pasar malam macam tempat kita ? haa. maka mereka yang dari obersi kagum dengan pasar malam, apatah lagi kita ? kan kan kan. =.='

jawapan semua dah terjawab, itu lahh sebab Pasar Malam menjadi pilihan andy ^^

ini sahaja entri untuk petang ini..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


siapa suka pasar malam, boleh tekan button like 

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...