PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, February 20, 2012

Makanan Terkenal Di Sarawak =D

selamat malam semua para pembaca andy yang  gorgeous ! *suka le tu kena puji kannn =P
salam satu Malaysia buat semua okayy =)

semua dah makan malam ke belum ni ? jangan diet diet tauu... tak baik untuk kesihatan ! kalau nak jaga badan, makan yang cukup, makan yang seimbang, perlu senaman 3 kali seminggu dalam masa 30 minit... hikhikhik ! jadi perunding kesihatan yang bertauliah sangat kannn ? =P
andy ikhlas bagi nasihat kat korang sebab andy sayang anda semua... andy sayang sebab korang sudi singgah and baca blog andy yang sering kali merapu sana sini kann... HAHAHAHA !

( pendahuluan telah lari daripada tajuk sebenar ) =.='

okayy, ada nampak tajuk kat atas sekali tu tak ? tak nampak ke ? ambil kanta pembesar korang... tajuk yang besar gedabak macam tu pun korang tak nampak ? *tak nampak anda anak luar nikah =P

( andy gurau je tauuu ! jangan serius sangat... kita berblog ni haruslah HAPPY GO LUCKY... =P )

tajuk hari ini ialah " Makanan Terkenal Di Sarawak "... wahhhh ! andy walaupun dah makan malam tapi bila bincang pasal tajuk ni, lapar balik lah pula... tadi bukan main perut andy melantak 5 pinggan nasi dengan lauk ayam masak kicap and sambal sotong... *nampak sangat menipu... tak baik menipu pembaca tauu !
entri kali ni juga atas permintaan pembaca blog andy... Terima Kasih sudi baca =)
okayy, buat semua yang belum pernah datang ke Sarawak lagi, andy akan kongsikan makanan makanan yang korang HARUS dan MESTI makan bila dah sampai di Sarawak... dan kepada yang pernah datang ke Sarawak pula, mana lahh tau kot kot korang belum try semua makanan yang terkenal kat Sarawak kan ?

( tau ke Sarawak kat mana ? Sarawak di Malaysia dan terletak di Kepulauan Borneo... )

tanpa membuang masa lagi, JOM KITA KE SARAWAK dan makan puas puas... yayyy ! =D

tadaaaaaaaaaaaaaaa !

p/s : one and the only ! Ayam Pansoh yang sememangnya terkenal di Sarawak...

p/s : tau benda ni apa ? ini adalah Umai... alaaaa, serupa dengan sushi di Jepun tu cuma penyediaan more to Sarawakian okayy ? 

p/s : siapa yang tak tau makanan ni kan... ni lahh Laksa Sarawak =D

p/s : Mee Kolok a.k.a Mee Kampua... HAHAHAHAHA ! slurpppp =P

p/s : satu satunya kegemaran andy ! Kuih Kompia... =D

p/s : pulut panggang... mak aiii, laparnyaaaaa =(

p/s : satu satunya makanan dari Sarawak... Sayur Midin =)

p/s : siapa kenal ni ? ini lah Linut... makanan tradisional orang Melanau =) 

 
p/s : itu diaaaaaaaaaa ! whoaaaaaa... buah Dabai O.o'

p/s : Ulat Mulong... ulat ni cute tapi andy tak suka makan... HEHEHEHE ! orang tua suka makan ni... kot ? =P

p/s : Kek Lapis Sarawak yang sememangnya terkenal di seluruh Malaysia... sedap tauuu ! sumber : Rozaroslan Blogspot

p/s : Kuih Cuan... andy panggil ni Kuih Bunga... HAHAHAHA ! susah nak dapat kalau bukan Hari Gawai =D

p/s : Kuih Jala... comey kann kuih ni ? =P

p/s : Kuih Penganan... adik andy cakap ni kuih Dorayaki yang Doraemon selalu makan... HIKHIKHIK ! kalau panas macam ni, sedap sesangatttttt ! =P

p/s : Kuih Celorot... tak ada di Semenanjung okayy ? hikhikhik ! 

p/s : ini pula Tebaloi... sedap tauuu ! kawan andy, Jane selalu bawa pergi sekolah... rindu nak makan tebaloi =(

p/s : pernah makan ni ? andy pernah... ini Kelupis dan hanya ada di Sarawak... =D

p/s : Bubur Pedas Sarawak... hanya ada di Sarawak ! nama je bubur tapi bukan bubur... HEHEHEHE

p/s : Ikan Terubuk Bakar asli dari Sarawak okayyy ! 

p/s : Buah Tebulus atau Buah Engkala... bila nak makan cicah guna garam... sesuai makan buah ni bila bergosip... HAHAHAHA !

haaaaa ! apa macam ? *sambil menelan air liur
Sarawak bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan agama malah terkenal dengan keunikan makanannya... apa tunggu lagi ? Mai ramai ramai datang Sarawak ! *promote sekejap... HEHEHEHE =P
andy harap korang terhibur dan lapar baca dan tengok entri kali ni... korang lapar ke ? kalau lapar pergi makan kat dapur sana tu... tak pasal pasal nanti korang telan laptop sendiri... HAHAHAHA !
andy gurau je okayyy... =D
yang berada jauh di negeri orang, kalau pulang tu manfaat kan sebaik mungkin cuti anda... bak kata pepatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri "... tau apa maksud ? tanya cikgu sekolah korang okayy... =P andy gurau je, maksudnya adalah, sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain...

apa apa pun, I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN =)... semoga anda semua terhibur...
terima kasih sudi baca dan singgah di blog andy...

YANG BENAR,


lepas baca jangan lupa tekan butang like kat bawah and share kat kengkawan okayyy ? sayang semua =D

2 cakapcakap sampai pengsan:

Nate @ House of Annie said...

thanks for featuring our picture of the Sarawak layer cakes in your awesome roundup. Could you please add in a link back as a caption to the original post from where you got the picture? It's the polite thing to do.

ANDY GAWAN said...

ya sure then =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...