selamat petang semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
kalau makhluk comel berada dekat dekat anda, bukankah itu satu perkara yang paling buat anda rasa nak ada anak cepat cepat ?
boleh dikatakan andy ni dikelilingi oleh budak budak kemain comel. berpuluh bayi bayi comel hasil belaan sepupu sepupu andy. hakhakhak, pepandai je andy bagi kata ganti nama. kata ganti nama ke ? lupa. hakhak.
semalam bersamaan dengan hari Sabtu bersamaan dengan 28 Julai 2012 bersamaan waktu pagi dan bersamaan muka innocent seminit lepas bangun tidur. =.=' sepupu bergegas ke rumah andy dan tinggalkan baby dia di rumah akibat ada perkara urgent perlu diuruskan. oleh kerana family andy semua bekerja, jadi terpaksa andy jadi babysitter.
sebelum ni pernah juga jadi babysitter, tapi jaga adik adik andy. jaga adik sendiri dan anak orang tak sama tahu. adik sendiri, kalau merajuk atau degil boleh baling periuk belanga Mak Piah sebelah rumah. haa, baru tau duduk diam. tapi anak orang, andy terpaksa mempraktikkan aktiviti rasuah rasuah agar baby sepupu tak pekik pekik menangis.
rasuah ni bukan rasuah bagi seringgit kat jpj akibat ingin lepas dari kena saman sebab rempit ke kedai tak pakai helmet gara gara nak beli bawang besar 10 ketul. tak tak. rasuah ni rasuah bagi gula gula or aiskrim agar budak budak bukan sahaja duduk diam malah offer untuk dicium pipi. hakhak. mengada bukan.
korang ingat, nak bagi duduk diam makhluk comel ni senang ke ? kalau yang dah empat lima tahun orait lah juga. tapi ni umur setahun lebih. perlu kerah jasmani, emosi, rohani dan juga intelek tahu. hahakahk.
demi menarik perhatian baby sepupu andy ni, yang diberi nama Alexia Ryssa, awal awal lagi andy geledah almari adik untuk mencari barang mainan yang comel comel. hakhakhak.
ni haa, budak setahun lebih ni. asyik nak dengan emak dia je. hilang nafsu serakah kita nak main main dengan dia. oleh kerana andy ni spesis manusia yang tak reti putus asa, maka pelbagai strategi andy lakukan agar suka dengan andy. hakhakhak.
kalau yang umur setahun lebih macam ni, nak bagi makanan memang tak sesuai. nak bagi chocolate ? kang mati tercekik, parah kita jadinya. tak mau tak mau ! dulu dulu andy tulis biodata tak pernah andy cakap nak jadi pembunuh bayi. =.='
jadi, haruslah bagi mainan yang comel comel kalau nak bagi diam bayi comel ni. hakhak. nasib baik si ryssa ni layan mainan. kalau tak layan ? lenguh lenguh lah badan andy kendong beliau pusing rumah. hakahak.
walau apa apa pun, bahagia sangat dapat main main dengan bayi ni. rasa nak kahwin cepat pun ada, rasa nak ada anak cepat cepat pun ada. segalanya bergelumang dalam sanubari diri. tengok dorang nangis, gelak comel, minum susu. comel sangat tahu. hati pun sejuk je tengok..
agaknya, andy rasa andy dah sesuai untuk ada anak. hakhakhakhakhak ! * gelak sambil hentak laptop
sebab tu ramai emak emak cakap :
" sejuk hati dapat tengok anak sendiri membesar depan mata, lagi lagi bila dah berjaya "
ini sahaja entri untuk petang ni..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^
YANG BENAR,
siapa suka bayi comel boleh tekan like ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment