PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, August 2, 2012

Terlajak Perahu Boleh Undur | Malapetaka Kali Kedua

selamat pagi semua..
selamat sejahtera dan satu Malaysia ^^

kalau diikutkan setepat tepatnya, entri kali ni seharusnya di-publish malam tadi. oleh kerana line Celcom Broadband memang sungguh sengaja mencabar keimanan tatkala keimanan andy sememangnya telah tergugat dengan malapetaka yang terjadi sejak malam semalam.

hater(s) situ sana sini. HATER(S) ? uish, banyak tu. ya, memang berduyun duyun hater(s) di sekelilingi andy ni. sampai dorang boleh buat Agensi Haters Andy Gawan. kumpul ahli seluruh Malaysia, tak seluaruh dunia kemudian boleh party secara sungguh besar besaran sesama mereka. hebat kemain.

nak tahu rasa yang bercampur baur dalam andy sekarang ?

  1. rasa nak hentak kepala ke tilam
  2. rasa nak baling laptop dengan kelajuan sungguh perlahan
  3. rasa nak hempas broadband dengan gaya comel
  4. rasa nak makan sungguh banyak
  5. rasa nak bunuh orang semut akibat suka curi gula

FACEBOOK ditimpa malapetaka untuk kali yang kedua. malapetaka ? gempa bumi ? malapetaka ? malapetaka apa ? haa ? sungguh dahsyat sekali bunyinya.

NASA mengeluarkan isu matahari akan terbit dari sebelah Barat. menurut petikan Al Quran, sekiranya matahari terbit dari sebelah Barat, maka dunia hampir kiamat.

menurut NASA juga, fenomena matahari terbit sebelah Barat adalah satu fenomena yang berlaku pada setiap planet termasuk Bumi. tempoh masa fenomena tersebut akan berlaku masih belum pasti.. 

Teori Islam vs Teori Barat, andy prefer Teori Islam. teori barat langsung tidak memberikan kekukuhan bukti daripada Teori Islam yang mempamerkan bukti kukuh serta teorinya lebih difahami..

God Bless People. Amen ♥ "

* berikut di atas merupakan petikan yang andy petik di kebun bunga belakang rumah mak piah tadi. ehh, =.=' dipetik sepenuhnya di Facebook andy. 

ya ! itu lah malapetaka yang berlaku di facebook andy. haa ? malapetaka matahari terbit sebelah barat di facebook ? jadahhh. status itu sungguh ajaib tahu. pandai tukar ayat sendiri sehingga pembaca sorang ni terpesong dengan isi penting yang andy nak sampaikan.

statement itu sungguh senang untuk difahami. adik adik tadika pun boleh faham, apatah lagi budak umur belasan tahun yakni puluhan tahun atau warga emas atau yang separa mati ? sungguh senang sekali untuk difahami. statement tersebut tidak bermaksud Teori Barat adalah tidak benar. memang sungguh benar.

sila tumpukan perhatian ye anak anak, maksud statement berikut adalah :

  1. Al-Quran, Bible, Kitab Buddha atau Kitab Hindu atau Kitab Sanskrit atau Diari Cinta Luka Firaun sekali pun. memang terpampang bulat bulat jika matahari terbit sebelah barat memang dunia hampir kiamat. jadi andy pick up salah satu petikan ayat untuk meringkaskan statement andy.
  2. dalam keluaran isu matahari terbit oleh NASA, maka munculnya dua teori yang menerangkan fenomena matahari akan terbit sebelah barat. Teori Barat vs Teori Islam. sejurus lepas baca kedua dua teori tersebut, andy cuma simpulkan bahawa andy menyokong pendapat daripada Teori Islam yang memberikan bukti cukup kukuh, konkrit, simen, batu bata, batu seremban =.='  bahawa teori itu amat mudah difahami drpd Teori barat. =.=' sungguh panjang lebar.
tak susah mana pun nak faham statement andy diatas tu kan ? 

sekali lagi andy nak cakap, memang sungguh tidak susah untuk difahami apa yang andy taip tu. bila tak faham baca namratusplohlapantiga juta namblasminit duaplohtiga saat berkali kali. haaa. ni tak, terus hentam cakap andy ni salah.

awalnya isu matahari terbit sebelah barat muncul pula isu andy ni selalu bagi Kritikan kat orang. pulakkk dah. sebelum ni apa yang andy post bukan kritik dengan main bedal je. andy kritik berdasarkan kenyataan hidup yg memang berlaku dalam hidup realiti sekarang ni. 

dari isu andy suka mengkritik, kemudian cakap andy ni tak boleh terima kritikan orang. pulakkk. dengan kritikan kritikan orang lah andy sedang duduk sopan hadapan laptop gigih menaip entri buat bacaan manusia sekalian alam. haa. blog ni boleh dapat duit tahu ? sungguh berfaedah.

dari isu andy tak boleh terima kritikan, lepas tu cakap andy ni mati tak kan aman sebab ramai yang membenci. lagi pulakk dahh. memang semua yang buruk andy kebas kan ? orait lah tu. korang ambik lah yang baik baik. ini mungkin exam yang Tuhan bagi kat andy. bukan exam UPSR tau tau. bukan juga PMR, SPM atau STPM. ini exam melibatkan segala aspek jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.

andy dah lali siap muntah sambal petai kemain banyak dengan hal ni. andy dah tak kisah orang nak cakap andy ni apa. nak cakap andy ni macam Lee Min Ho ke, nak cakap andy ni gohjes kemain ke. atau nak cakap andy ni anak Encik Gawan yang sungguh sopan lagi hati mulia. atau juga nak cakap andy ni mirip Pemenang renang kuak lentang sukan olimpik london pun okay juga. andy tak kisah. bhahaha =.=' 


dua kali dah buat hal dengan andy. sebelum ni dia buat hal dengan andy pada tahun 2011, sekarang tahun 2012 dia buat hal juga. kot kot, 2013 dia buat hal juga dengan andy ? meh, mari lah. andy sedia segala kuali mak atau pun pinjam kawah pakcik osman depan rumah. hakhak =.=' 

orang seronok suara kan kritikan atau pendapat. seronok berbuat apa saja yang dapat puas kan hati sendiri. megah nya bila nampak salah orang. terus panas nak mengkritik, nak berdakwah kononnya, nak nasihat la. tak senang duduk selagi tak buat tindakan pedas, berdakwah bukan untuk mendapat kepuasan. lalu bangga dapat dabik dada rasa megah tak terkata.

sekarang andy tak kisah. siapa siapa nak salah anggap dengan apa yang andy post di facebook atau di blog ini, korang teruskan usaha korang. mana yang buat anda boleh senyum telinga ke telinga, sila teruskan. andy tak kisah. masing masing ada hak. sampai kelampauan batas mencemuh, andy tak boleh duduk diam sambil sumbat 6 papan chocolate sekali gus. tak tak, andy tak boleh duduk diam. andy harus bantah ! hakhakhak

kalau dulu dulu, otak masih sengal. fungsi belum lagi sebati dengan kejadian malapetaka sedemikian. bila kena semua tu, andy menangis air mata darah sambil nyanyi lagu dondang sayang 70 hari 70 malam. okay, bagi hiperbola sikit. tapi sekarang, andy dah malas. andy dah malas ambik tahu pasal semua tu. andy akan ambik tau pasal orang orang sekeliling yang menyokong andy.

kepada anda, terima kasih banyak banyak tau. anda telah membuat andy semakin matang untuk hadapi manusia spesis anda. walaupun sikit, tapi agak matang dari dulu. terima kasih tau tau.

terima kasih juga, walaupun benci andy, tapi korang selalu ambik tahu akan segala yang andy post di facebook dan juga blog ni. korang stalker ekkk ? hakhakhak. siap dah tahu apa yang andy post. apa yang andy cakap sebelum ni. hehehhh. selalu singgah lettew ! =P

************

rasa moody je lepas kejadian tu. mungkin andy perlukan sesuatu untuk dilahap agar mood kembali dalam keadaan normal. mungkin andy perlukan laksa sarawak, jus oren, tembikai juga honeydew pencuci mulut makanan Korea serta durian dengan kadar kuantiti yang banyak.

dah agak rilek sikit, andy terfikir juga. ini semua hanyalah ujian daripada Tuhan. kadang kadang Tuhan bagi kita sesuatu yang menggembirakan agar kita selalu rasa bersyukur dan hargai apa yang ada. kadang kadang tu juga Tuhan bagi kita musibah. semua tu agar kita tetap terus berdoa kepada-Nya, dan belajar untuk bersabar. amin ^^

perghhhhhhh. panjang berjela jela entri andy kali ni. emo lebih, jadinya taip pun lebih. hakhak. formula untuk taip entri panjang lebar. boleh jadikan sebagai novel kot ? =.='

ini sahaja entri untuk hari ini.
Terima Kasih baca dan singgah di blog andy. ^^

YANG BENAR,


satu satunya kunci penenang hati adalah doa. terus berdoa agar sentiasa mendapat berkat. amin ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...