selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
malas lah nak buat pendahuluan. dulu cikgu BM andy cakap, kalau tak buat pendahuluan akan hilang 3 markah. 3 markah je kan, hakhak. tanpa hirau 3 markah tu, jom terus ke isi penting entri ni.
setiap ketul manusia di dunia ni mempunyai jenis movie yang mereka suka. genre yang berlainan. mungkin ada yang tak layan movie kot ? maybe dorang layan program realiti atau dokumentari khas. seperti andy, andy terlampau suka dengan movie jenis kisah dongeng, aksi dan jiwang jiwang.
kalau movie yang ada unsur unsur dongeng ni. Snow White, Cinderella dan berlungguk lagi. siyes wa cakap, wa sangat excited kemain. movie baru je mula beberapa saat, andy dah mula imagine kalau andy sedang berlakon dalam movie tu. dengan istana 965430204 kali ganda besar dari rumah andy, tunggang kuda laju laju. kemudian pakai pakaian diraja.
wahhh, nak lah jadi Snow White dan Cinderella. Snow tak berapa nak White pun jadi. atau Sandal-rela pun okay. hmm =.='
kalau dah tengok cerita dongeng macam tu, kiranya andy dapat menjiwai watak dengan sungguh syabas-nya. macam cerita si Cinderella tu. mak tiri beliau tiba tiba datang kemudian lempang beliau akibat tak basuh pakaian. andy yang terasa tahu siap dengan respon badan sekali.
p/s : lukisan huduh tak bermakna tuannya pun huduh =.='
mula lah bersimpuh kat sofa mak sambil tengok cinderella kemudian rasa macam dunia ni tak adil. kenapa perlu hantar mak tiri yang brutal lagi tak ada kesedaran sivik. cis. haruslah aku bersabar dengan dugaan ini.. lepas ni nak lipat pakaian sebelum mak tiri bagi kaki.
padahal cuma tengok movie je kan =.='
lagi satu movie kecintaan andy adalah movie berunsur aksi. terlampau aksi sehinggakan mulut ternganga tanpa kelip mata selama sejam lebih. ya, sejam lebih tahu. tak tipu, tapi tipu sikit =.=' mulut nganga ! masuk lalat kanggggggg ! hakhak.
baru je filem aksi macam movie Spiderman, Batman, Kluangman, Cicakman, Semutman, Buayaman. =.=' bukan betul betul pun. kalau benda macam tu betul betul wujud di dunia realiti ? haa. andy lah semua tu. hakhakhak. tergelak sopan sopan pula =P
lagi movie kegemaran andy ialah movie jiwang jiwang. sampai boleh melayang layang andy dibuatnya tahu. best apa layan jiwang jiwang ni. walaupun wa agak brutal, tapi hati wa tak lah brutal sangat. ada lah cool sikit. bhahaha. lebih lebih lagi movie jiwang dari Korea. lebih lebih lagi juga kalau Lee Min Ho jadi hero. dengan kadar sungguh segera dan mengada, andy lah
sebab tu, dengan seboleh bolehnya bila ada kawan bagitahu ada movie Korea yang baru, andy akan serta merta akan jadi tamak haloba. berpinar pinar bijik mata tak tahu nak ambil mana satu movie yang semuanya memang best best. nak ambik semua, ingat pendrive cukup ke. nak beli hardisk, tak mampu. hakhak.
melayan movie jiwang ni memang best. dengan harapan setiap ayat ayat jiwang yang ada dalam movie tu, andy dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian andy. hakhakhak. geli je dengar.
jadi, bila andy tahu kawan andy nak balik Sarawak esok. kawan yang menyimpan segala movie jiwang Korea paling banyak. hakhak. hati tetiba gundah gulana. nak tidur pun terbantut akibat asyik terngiang ngiang dalam kepala hotak movie korea movie korea. =.='
walaupun orang lain dah jemu dengan movie movie tu sebab dah tonton namratusplohlapan juta kali, tapi andy yang masih agak ketinggalan ni akan merempuh segala halangan dan rintangan demi untuk mendapatkan movie movie tersebut. hmm. lambat betul andy kan. takpe, biar lambat asalkan selamat. hati hati di jalan raya T_T
ini sahaja entri untuk petang ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^
YANG BENAR,
setiap kita ada pilihan masing masing dalam memilih movie kecintaan kan ? ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment