PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, August 10, 2012

Musibah dengan Celcom

selamat malam semua..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

agaknya dah dua hari dah andy tak online. FB tak sentuh, Blog pun andy tak sentuh.. bukan lah sebab diri merajuk akibat mak tak beli Tora yang ada hadiah mainan free tu. tak tak. tapi punca kepada kemasalahan ini adalah line celcom broadband yang sungguh membuat andy rasa nak bakar je hidup hidup si broadband ni. huh.

bil untuk bulan lepas andy dah bayar pada hari Ahad bersamaan dengan 5 Ogos 2012. ye ! AHAD, 5 OGOS 2012. kemain lagi andy excited siap terkinja kinja depan mak cik kerani kat Celcom Center sebab nak bayar bil. kalau boleh, lepas bayar andy nak online dengan sungguh kadar laju laju linenya.

tapi segala harapan andy punah. sangkaan andy terbabas naik bas.. hancur, remuk. segalanya bercampur baur. mulai 5 Ogos sampai lahh semalam, line broadband sungguh membuat andy menangis. demm, hilang macho aku =.='

agak agak, kalau dibuat pertandingan lari berpagar 40 000km tanpa berganti ganti peringkat SK Nanga Beguang, Celcom B.Band atau Si siput yang menang ? kiranya andy sokong Si Siput lah.

" makk, bil broadband dah sampai. RM64 untuk bulan ni "


" hujung minggu ni mak beli barang dapur mak bayar kan "

sebab tu lah andy sayang sungguh mak andy tahu. nah, love merah buat mak ^^

nak taip entri ni pun andy terpaksa guna simcard andy yang biasa untuk online. kemudian langgan Broadband Daily yang 24jam hanya RM5 tu. langsung tak berbaloi ! bagi lah kurang sikit =.='

mengapakah line Celcom Broadband teramat teruk sekarang ? adakah disebabkan dekat nak raya ? operator celcom sibuk membeli belah dengan sakan ? adakah disebabkan faktor cuaca ? disebabkan faktor muka bumi ? disebabkan menara celcom kena hempap dengan pokok durian Pak Cik Senah ? hmm. sungguh banyak persoalan. 

kalau esok masih juga tak dapat nak online. terpaksa lah andy buat temujanji dengan Operator Celcom lagi. kali ni andy dah sediakan syarahan yang sungguh panjang lebar. kompem abang operator tu berpinar pinar bijik mata bila dengar syarahan yang sungguh mantap daripada andy. 

andy lah pemenang trofi johan untuk pertandingan syarahan peringkat kampung. hakhak. gelak sopan. =P

******

bila terus terusan macam ni, terdetik dalam hati nak tukar pelan ke pelan Maxis, Digi atau pelan lain yang lebih memuaskan nafsu online andy ni. selama 6 tahun dah andy pakai pelan Celcom, tapi langsung tak pernah merasai kebaikan menggunakan pelan jenis ni. setakat free call 7 hari time hari jadi tu apa lah sangat. 

rasa sungguh kesian bila nak tukar pelan ni walaupun setiap hari, setiap masa, setiap jam dan setiap detik sering menyakitkan hati andy yang sungguh kudus ini. tapi Celcom bukan pernah kesiankan andy pun. tak kira ! esok lusa nak juga tukar pelan. selamat tinggal Celcom. terima kasih atas segalanya =.='

malas nak cerita panjang lebar, buat sakit hati andy je. nak taip entri ni pun dah 10 jam. tipu.

Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy.
selamat malam.

YANG BENAR,


siapa pernah alami masalah dengan line Celcom. jom sama sama tukar pelan ! bhahaha.

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...