selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
macam ni lah, entri kali ni andy tak nak taip taip panjang lebar umpama Patimah bebel kat laki beliau Pak Seman Che Bakar sebab tak beli cendol untuk beliau. entri kali ni andy buat rilek rilek je. taip seketul dua, tempek gambar gohjes. selain daripada dapat input akan benda yang ditaip, dapat juga korang menikmati keindahan gambar
hakhak. aci tak aci tak ? rasa sungguh tak kabur sambil sumbat popcorn dengan muka sungguh innocent.
gambar gambar berikut merupakan model yang di-shoot oleh Sigat Egat. dari gambar je andy dah tahu bertapa ohsemnya hari kejadian. ya ! hari kejadian memang sungguh ohsem. tahu tak ? tahu takkkk ?? =.='
Makeover by Freelance + Baju dari Angel's Collection + Rambut dari Hellen Saloon + Photoshoot oleh Sigat Egat. tahu tak perasaan bila diberi wang RM 1 Juta secara free ? haa. macam tu lah perasaan semasa kejadian. excited kemain, posing kesana kesini dengan sungguh gumbira sampai lupa diri.
model model yang sangat sungguh berkualiti tinggi. model yang sungguh gohjes kemain. cantik, tinggi lampai. memang full pakej lah. hakhak. rasa cemburu pula tengok model model ni T_T
andy berharap, Sigat Egat akan menjemput andy untuk photoshoot bersama. macam shoot yang lepas lepas bersama beliau. sangat mengujakan sekali. harap harap dapat rasa sekali lagi pengalaman di-photoshoot oleh Sigat Egat. a'ah, sekali lagi bermaksud, sila lah shoot andy lagi. hakhakhak.
cepat cakap dengan andy. cepatt. sila cakap ada tak manusia di dunia ni yang tak suka di-makeup secara free ? rambut didandan dengan super fabulous secara free ? kemudian pakai juga baju yang sangat sangat ohsem secara free ? semua secara free.. ada tak manusia yang tidak suka ? mesti lahh suka bukan. apatah lagi semuanya free. hakhakhak. tergelak sopan sopan pula. =P
dengan jurumekap yang sungguh gohjes. kalau tak gohjes tak mungkin akan terhasil makeup yang sangat luar biasa begitu bukan ? haa.
walaupun andy kurang berpengetahuan dalam dunia model ni. tapi andy nak kongsi sedikit sebanyak dengan model model seperti diatas bila ber-photoshoot. bila photoshoot ni ia akan membuatkan kita lebih bertambah yakin untuk tampilkan pendirian kita. ya, membuatkan kita yakin ! yakin, tak perlu muka cantik, tak perlu badan langsing, tak perlu tunggu mewah baru dapat jadi model, tak perlu femes juga.
dari photoshoot ni juga akan banyak mengajar kita akan kelebihan yang kita ada. kelebihan kita yang orang lain tak ada ^^ hakhak.
mempersembahkannnnnnnnn ! dari kiri : SIGAT EGAT, HELLEN ANBI, ANGELYNE WATSON dan GILBERTH ROLAND LEMBANG
mereka mereka lah yang berhempas pulas menjayakan photoshoot pada hari kejadian. tanpa mereka tak menjadi lah tema photoshoot pada hari tersebut ye. Tahniah buat semua ^^
apa apa pun, jom kita terjah PAGE Sigat Egat. klik link dibawah.. boleh like dan tanya beliau sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan =)
p/s : cis. tadi cakap tak nak bebel banyak banyak kan.. nah ambik korang, taip sampai cecah lantai =.='
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^
selamat malam.
YANG BENAR,
sudah pasti setiap daripada kita pantang sekali tengok kamera bukan ? terus nak melentuk badan. hakhak ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment