PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

selamat pagi semua :)
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

seminggu tak update blog kan. hmm. adakah ini disebabkan andy juga sibuk berhari raya ? sibuk memasak dodol ? sibuk menjahit baju raya ? sibuk melahap juadah hari raya ? atau sedang sibuk terkinja kinja main bunga api ? hmm.

seminggu sudah cukup lama buat andy. dan juga cukup lama buat kalian semua pembaca gohjes. nak cakap andy ni sibuk, semalam kemain lagi andy lepak dengan kawan sambil sumbat Cake Cheese buatan  cik Siti. tolong lah kirim sebaldi buat andy. sangat sungguh sedap ! =.='

biar lah, biar blog ni bersawang. biar tikus lari laju laju cari tempat sembunyi. biar juga segerombolan lipas bergelimpangan santai sana sini. biar lah. biar berkulat. hati wa sudah cukup teraniaya disebabkan line CELCOM broadband yang sungguh laju sama dengan kelajuan siput + kura kura + cacing = PERLAHAN.

walau hati cukup teraniaya dan oleh kerana hari ni Hari Raya, dengan sungguh terpaksa andy memaafkan separuh kesalahan Celcom terhadap andy. bertapa sungguh setianya dahku dengan Celcom tapi ini balasanmu terhadapku. ye, sungguh mengada ngada.

Selamat Hari Raya =)

andy nak ucap raya pun time Hari Raya Ketiga. hmm. sungguh ketinggalan. padahal orang lain dah berlambak dengan kad kad raya yg kemain gohjes. ini semua pasal CELCOM. sungguh tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan. buat sakit hati andy je. nasib baik sakit hati. kalau sakit leukimia ? ____________________________ ( sila isi tidak melebihi 10 perkataan )

short entri untuk hari ni. cuma nak ucap Selamat Hari Raya buat kawan kawan blogger andy. semoga dimurahkan rezeki walau dimana sahaja pun anda berada ^^

Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy.

YANG BENAR,


sekali lagi, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...