PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, August 25, 2012

R E U N I O N bersama Jackry, Charlie, Alicekia, Nancy dan Chung Yee.

selamat malam.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

ingat nak update blog setiap hari. tapi masa dan idea sungguh tidak mahu bekerjasama dengan andy. ni lah tanda tanda tanam tebu di tepi bibir.. baru canang satu dunia nak update setiap hari tapi dua hari langsung tak sentuh pun belog ni.

rilek lah, andy ketandusan idea nak update. hari ni nak update sebab ada idea kot. hakhak..

hari ni tak banyak sangat aktiviti yang dibuat. hari ni andy berfoya foya dengan Jackry, Charlie, Alicekia , Nancy dan juga Chung Yee. kita orang minum minum sambil bergosip, masuk kedai baju, beli belah, keluar kedai, masuk toilet, keluar toilet, melantak lagi, masuk kedai handbag, ambik gambar, masuk toilet lagi. hakhak. =.='

haa. bab berjimba dengan kengkawan ni, andy tak nak merepek banyak. lebih baik korang tepek bijik mata korang untuk menikmati gambar gambar kami yang segar ni. ambik guna Kamera Samsung. baru lagi ni. hakhak


ye, si Jackry yang tak lekang dengan senyum dan ketawa beliau. sekali dah ketawa Wisma Sanyan turut bergegar dibuatnya. hakhakhak. si Charlie pula tak lepas handphone di tangan. yelah kan, bisnes maju sangat kot. mungkin pesanan mengimport bahan kosmetik.. =.='

dorang berdua ni sungguh mengada. ada ke patut tinggalkan kami berempat kat kedai semata mata nak beli baju. kalau kami berempat yakni Andy sendiri, Alicekia, Nancy dan Chung Yee kena culik macam mana ? haa. tak ke menyusahkan diri buat laporan polis. hakhak. setiap ketul kami dah lah besar, sorang je kecik, Alicekia. wahaha =.='


belum sempat mencekik Ice Lemon Tea (kot), dah terbahak bahak gelak kemain dengan cerita lucu yang sudah terkepam hebak bertahun tahun sebab lama dah tak jumpa. agaknya 3 tahun dah tak jumpa. tu lah pasal sokseksoksek kemain.

baju merah tu Alicekia, beliau pencinta Korea juga tahu. cara beliau berpesen pun macam orang Korea. hakhak. ada lah juga geng andy time tu. siap belek belek baju Korean kat Toledo dan Porche. ingat nak membajet Korean pakai pakaian tu kemudian snap gambar bebanyak. tapi tuntas, beliau dengan charlie perlu beredar awal dari masa. cis, ayat mana aku pakai ni =.='

baju purple tu Nancy. beliau sama juga dengan Jackry.. bila dah gelak terbahak bahak, agaknya wisma sanyan bukan sahaja bergegar malah bergoncang. hakhakhak. tapi beliau baik, baik kemain tahu ^^ beliau lah yang teman andy naik Bas. mana tahu ada orang nak culik andy, beliau boleh tibai penculik penculik tu.. =P

yang duduk sebelah andy tu pula Chung Yee. beliau lah paling ohsem masa tu. dalam banyak banyak gerombolan manusia disitu, beliau paling menyerlah selepas andy. hakhak =.=' beliau gelak tak buat wisma sanyan bergegar ataupun bergoncang. tak tak. beliau gelak sungguh sopan. sama lah juga dengan andy. ye, kami berdua gelak dengan sungguh sopan. * perhatian kepada makcik pakcik yang ada anak masing bujang, cepat masuk meminang.hikhik


ini Andy Gawan. dia gohjes juga ohsem. hehehe. beliau lah yang paling menyerlah pada hari kejadian. berwajah bulat. bulat ke ? =.='

sejurus lepas kami mencekik, kami yakni Andy, Alicekia, Nancy, Chung Yee, dan Jackry menemankan Charlie untuk shopping beli baju. punya lah lama pilih baju. cis =.=' ambik je lahh baju ape je. hakhak. walau apa apa pun, dorang memang baik nak mampos. cantik, hensem, gohjes, ohsem.

walaupun juga hari tu banyak rintangan dan halangan yang mengada ngada nak melintang, dengan puting beliungnya, dengan entah tak tahu Wisma Sanyan letak kat mana, tapi akhirnya dapat juga kami orang kumpul kumpul gelak bersama sambil mencekik. siap sendawa air Ice Lemon Tea lagi ni. hakhak

jutaan terima kasih kepada Jackry sebab jemput andy untuk datang bersama ^^ ribuan terima kasih kepada Nancy juga sebab belanja andy. hakhak. tergelak sopan pula.. maklumlah, benda free kan =P
apa apa pun, andy doakan korang agar sihat sihat selalu dan korang juga harus doakan andy. hehe.

sungguh gumbira pada hari kejadian tau tau. tidur pun mimpi mimpi dorang lagi. lepas ni harap harap dapat jumpa lagi ^^

Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy =)

YANG BENAR,


suka kan kalau kita kumpul ramai ramai dengan kawan sejak sekolah menengah lagi ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...