selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
tak terasa kan sudah 55 tahun negara kita mampu berdiri sendiri dengan teguh dan kukuh. kalau nak dingatkan balik peristiwa peristiwa sebelum kita memperoleh kemerdekaan negara kita, sungguh susah kehidupannya.
oleh itu, kita rakyat Malaysia harus sangat sangat bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. maju, moden, aman dan damai. cakap dengan andy apa lagi yang tak cukup ? haa. sekarang ni kita dalam proses transformasi pembangunan ke arah negara maju. hebat kan ? mesti lah hebat.
tapi, kat facebook ada yang cakap bahawa Sabah Sarawak tak termasuk dalam menyambut hari kemerdekaan sebab 31 Ogos tu untuk kemerdekaan tanah melayu. ish, ada lagi manusia spesis racist macam tu kan ? tak baik kita jadi penghasut. lebih lebih lagi menghasut akan sesuatu yang tidak baik. kalau benda baik orite lah juga kan. tak kisah pun.
bak kata orang, " Cakap Siang Pandang Pandang, Cakap Malam Dengar Dengar ". peribahasa yang membawa maksud, kalau nak cakap atau sampaikan sesuatu haruslah berpada pada. jangan nanti menyakitkan hati mana mana pihak kan.. kang nanti mengundang kemarahan orang ramai ? binasa diri sendiri.
manusia tak matang memang tak akan pernah ingin menghargai sesuatu.
walau apa apa pun, Andy bangga menjadi salah seorang rakyat yang tinggal di Malaysia.. ^^ kita harus beruntung tahu. cuba anda bayangkan jika anda tinggal sebelum waktu kita merdeka ? cuba anda rasa. cuba anda rasaaaaaaaaaa.. cuba rasaaaaa * buat intonasi seperti yang rosyam nor selalu buat kat filem sedih beliau.
bila anda hidup sebelum kita merdeka, anda lah manusia yang meraung raung lari laju laju sana sini sebab takut kena paksa minum air sabun oleh para penjajah. nak ke ? kemudian dipaksa bekerja tanpa gaji. nak ke ? nak ke ha ? nak keeeeeee ? * buat buat emo sebentar =.='
bersyukur lah dengan apa yang ada.. tak juga mati kebulor tebongkang sorang sorang kat ceruk dapur sebab tak makan sepuluh hari. at least kehidupan sempurna tak seperti rakyat di Africa yang susah nak makan kann. atau tak juga hidup dengan bunyi bom seperti kat Syria. sana nak tidur pun dalam ketakutan. benda macam tu pun nak dihebohkan dan jadikan isu.
p/s : Sabah Sarawak mempunyai tarikh kemerdekaan masing masing tapi kita merupakan PART OF MALAYSIA, jadi kenapa kita harus berbagi bagi dalam menyambut hari merdeka ni ? satu perbuatan yang sungguh tidak professional. dalam masa ni, kita harus bersatu padu, bukannya bersatu padu menghasut buat benda tak elok kan.
apa apa pun, andy sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia. bukan andy sahaja, anda, anda dan anda dan seluruh rakyat Malaysia harus berbangga akan negara sendiri. buang jauh jauh hasad dengki kita. kerana hasad dengki itu pembawa kepada niat buruk dan benci..
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 MALAYSIA
MALAYSIA WE LOVE YOU
ini sahaja entri untuk hari ni.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^
YANG BENAR,
siapa sayang Malaysia ? tekan like sekaranggggggggggggggg ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment