PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, September 4, 2012

Jumaat Lepas Bersama Jane, Ayie dan Siti

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Op Op Oppa Gangnam Style. a'ah.. tahukah anda, dalam masa andy taip entri ni, andy tengah layan lagu Gangnam Style.

ye, rentetan wabak paling berjangkit selepas wabak H1N1 dan Selesema Burung. ingat lagi Mak Senah nangis nangis sebab ayam beliau dirampas kemudian dihumban dalam tapak perlupusan ayam hidup hidup. sekarang, wabak Oppa Gangnam Style, spesis penyakit yang susah nak diubati juga =.='

hmm, entri ni bukan nak cerita pasal Oppa Gangnam Style tapi nak cerita pasal kejadian Jumaat lepas. a'ah Jumaat lepas. maksudnya entri ni dah terkepam membusuk selama 2 hari. nasib baik tak berkulat..

korang tak rasa ke setiap kali andy update entri mesti berbaur dengan gambar kemain banyak ? a'ah andy perasan juga. ini bermaksud, akhir akhir ni andy sering berpeleseran bersama kawan.

sebelum ni, susah payah andy aplikasikan sistem kitar semula gambar. sampai sampai ada yang muntah purple tengok gambar yang sama berulang kali. hakhak =.='
maka entri hari ni, sekali lagi berbaur gambar kemain banyak. rentetan kecintaan hati sebab kawan belanja makan.. sungguh menjadi kecintaan kalau bab free ni. hakhak. gelak sopan.

awalnya Ayie belum menyertai kami. " kami " tu bermaksud Andy Gawan, Jane Mollen dan Siti Norhaliza. ni bukan Dato Siti Nurhaliza Tajuddin tahu, tapi Siti Norhaliza Halis. bhahaha..

sejurus sampai di Malay Foodcourt Farley, kami bertiga terus mencekik. Andy dan Jane sebulat suara order Nasi Goreng Kampung Special manakala Siti pula order Bakso Special. siyes, sungguh berbaloi dengan kuantitinya yang teramat banyak. burpp ~ sendawa Nasi Goreng Kampung pun masih ada lagi ni =.='

kalau bab makan ni perut andy bantai je. asalkan boleh telan.. dinner tetap dinner. nanti taknak syok syok bergumbira ada tragedi sorang kepala lutut nak lucut. takmo takmo..

banyak sungguh manusia ketika kejadian. semua sibuk mencekik.. hahaha * tergelak sopan pula
oh, pada hari kejadian juga, kita orang terjumpa dengan kawan lama. nama beliau, Amri. a'ah Amri. amboi, dah membujang dah beliau sekarang. kawen pun boleh dah. hakhak. siyes, banyak perubahan dalam diri beliau..

sejurus mencekik, dah dapat kembali tenaga, maka tempat seterusnya yang kita orang pergi ialah Sibu Town Square. punya lah semangat nak tengok pesta keramaian bersempena Hari Merdeka. siap nyanyi lagu Tanggal 31 Ogos sepanjang perjalanan ke sana. tipu.

tapi tuntas, sampai di tempat kejadian, seperti padang jarak padang terkukur yang kami lihat. ye, kami tu bermaksud Andy Gawan, Jane, Ayie dan Siti. a'ah, kali ni Ayie dah ikut kita orang. beliau sampai lewat sedikit. sedikit je..

tertanya tanya kenapa kosong je dan takda pesta keramaian. yang ada cuma remaja melepak siap terpekik terlolong.. mungkin dah tamat kot. hmm. sungguh tak meriahnya sambutan Hari Merdeka di Sibu. nama je tuan rumah. cis.

dari awal sampai akhir kejadian, ada lahh segerembolan mat mat motor ni " ber-pewit, pewit " dengan kami orang. awalnya andy dengar macam bunyi tikus, makin lama aku dengar dah macam bunyi unta pula. hoi ! semak telinga lah. =.='
kecik kecik dah pandai mengorat kita orang yang umur 20 tahun ni.. umur kita orang ni dah boleh kawen dah tahu. hakhak

kosong je kan ? macam mana lah Sibu ni menjadi tuan rumah. at least rentangkan lah Jalur Gemilang dari rumah andy sampai lah ke Wisma Sanyan. nampak sikit semangat cinta akan negara tu. hakhak. padahal rumah sendiri seketul bendera pun takda. =.='

ayu kan andy ? tolong lah puji sekali. pleaseee =.='

comey comey kannn kita oranggg. * ngehngehngeh

itu lahh barisan barisan manusia gohjes. siyes, gohjes nak mampos dorang ni. rasa macam nak culik je sorang sorang bawa balik rumah.. hakhak. Jane, Siti dan Ayie 

cantik cantik mereka kann ? mungkin tidak termasuk andy. hakhak.. lepas ni susah nak jumpa sambil makan makan free lagi sebab masing masing sibuk dengan study. hmmm. andy je lah yang masih di Universiti Rumah ambik course Diploma Menghabiskan Nasi Mak =.='

****

apa apa pun, gumbira hati andy tau hari tu. tidur pun mimpi mimpi dorang. semoga lepas ni dapat jumpa lagi ^^

jutaan terima kasih kepada Jane dan Siti kerana sudi belanja makan dan jutaan terima kasih juga kepada Ayie kerana sudi jadi pemandu andy, terima kasih kepada mak juga kerana membesarkan andy dan terima kasih kepada Cikgu Syidah akan erti senangnya Pengajian Am. =.='

ini sahaja entri untuk hari ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


kawan memang ramai, dan mereka mereka itu antara kawan baik andy, anda pula ? 

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...