PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, September 18, 2012

Dua Minggu Tak Update Entri

selamat petang mahluk Tuhan yang gohjes semua ^^
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

kali terakhir andy update entri ialah pada 4 September yang lepas. ya, dua minggu sudah berlalu.. andy terus menghilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesanan kepada kawan di facebook dan pembaca pembaca blog andy. rumitnya ayat aku =.='

kehilangan andy bukan sebab andy diculik atau kena jual ke Africa. tak tak tak. kehilangan andy disebabkan andy tak ada broadband nak update apa apa kat blog ni. broadband andy rosak T_T iskk.

sungguh tidak tenteram jiwa sanubari andy bila tak dapat nak online. tak dapat nak update blog buat pembaca andy yang sudi singgah dan baca. korang tak faham bagaimana rasanya hati ni bila memberontak nak suruh andy update blog.

hari ni andy online jenguk facebook andy yang dah berhabuk. dua minggu je andy tak online masih okay je.. tak ada berita kawan facebook dapat duit juta juta. takda juga terbaca kawan facebook bagitahu dapat anak kembar. hm. rilek je baca sambil hirup air sirap jagung ais. =.='

p/s : lukisan hodoh tak bermakna tuannya lagi hodoh =.='

selama dua minggu andy tak online, masa dan waktu macam mengada nak lambat berputar. rasa macam kepala ni dah banyak uban. semua benda nampak seperti jalan selow selow. sungguh lama =.='

rilek lahh, tak lama mana pun. baru je dua minggu kan, bukan 2 tahun pun. hakhak.. untuk buang boring andy jauh jauh, andy kumpul kawan kawan andy di segala ceruk sibu kemudian ajak foya foya di  ke pasar.

awalnya kami jalan jalan ke Parkson sambil menikmati rasa sungguh segar penghawa dingin di situ. hakhak.. kami tu bermaksud, andy sendiri, rin, nana dan titek. ^^
kemudian masing masing nak melantak. kami sebulat suara memilih untuk makan di Mamazu Crepe. hakhak.. kita orang nak membajet Japanese.


makanan disini best best belaka, harga juga berpatutan. bulan depan nak bajet Japanese lagi disini. biasalahh, awal bulan memang mashyukkk tapi bila hujung bulan sengkek. hakhak =P

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut. fuhh, sangat sangat puas hati. senyum telinga ke telinga sambil tepuk perut comel masing masing.. hakhak.

lepas kenyang, kami sungguh mengada buat photoshoot di Sibu Heritage. tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang, kami tetap dengan niat kami untuk photoshoot bersama sama. berikut aksi panas kami =.='

mempersembahkannnnnnnn. Andy si Raja Facebook yang gohjes lagi sopan santun =.='

siapa paling awesome anak anak ? andy kannn =D

masih banyak gambar kami pada hari kejadian. sangat excited dan penuh dengan tawa riang. hakhak. tak perlu lah upload banyak banyak masuk dalam blog ni. yang selebihnya biar menjadi tatapan bijik mata kami sendiri ^^

kaki lenguh, badan rasa bagai dihempap dengan pasu, kami sekali lagi sebulat suara mengambil keputusan untuk balik. kalau setiap hari andy jalan keliling Bandar Sibu, mungkin andy boleh mendapat bentuk tubuh yang sangat ideal. hakhak. tergelak sopan pula =.='

apa apa pun, andy nak minta maaf diatas kelamaan andy tidak update entri. adakah andy sibuk ? sibuk sebagai Perdana Menteri ? sebagai suri rumah ? atau sebagai penanam anggur paling tak boleh nak berjaya ? sangat tidak berjaya.

lepas ni akan put more effort dalam dunia berbelog. agaknya boleh ke tak andy update entri setiap hari ? masalahnya, idea sungguh tidak mahu bekerjasama dengan andy. hmm

ini sahaja entri untuk hari ni.
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


masih belum terlambat nak ucap, Selamat Hari Malaysia buat semua ^^

2 cakapcakap sampai pengsan:

MissyMia said...

hehehe, happy birthday Andy! i sik wish you hari ya.... sorry

ANDY GAWAN said...

@Damia Lhan aok sikpaaa... terima kasih =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...