selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
anneonghaseyo !
sekali sekala nak bajet Korean. hikhikhik
bagus bagus bagus. sangat bagus. bagus kerana hampir sebulan dahku tidak mengapdet belog ini. dulu kemain tabur kata kata manis, set dalam kepala otak akan update belog tiap hari. tabur janji kesana kesini dan kesini kesana.. ini lah keburukkan Si Andy Gawan, tahu nak tabur tak tahu nak kutip balik janji =.='
buruk macam mana sekalipun andy, tetap paling awesome. eh eh. terpuji sendiri pulak..
tak kisah lah korang nak label andy ni blogger tegar ke, blogger separa tegar ke, blogger buat buat tegar ke, tapi bagi andy, belog adalah satu hobi andy dan ianya medium untuk andy meluahkan perasaan dan share waktu foya foya andy dengan kawan kepada pembaca andy selain daripada melantak sampai telentang. =.='
sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya... andy nak minta maaf diatas kelamaan andy tidak update belog. dengan muka innocent dan kiut, andy minta maaf. kehilangan andy selama ini adalah disebabkan diri andy kena badai dengan movie movie Korea. hakhakhak.
sungguh andy tak dapat untuk melepaskan diri daripada puaka puaka Korea ni =.='
dalam masa yang sama, bajet buat karangan STPM pula. andy sedang melancong ke Korea. eh eh. melancong di kampung. hakhak.. sangatlah suka sampai senyum telinga ke telinga dapat merehatkan minda di kampung. suasana yang serupa syurga.
p/s : apakah perasaan anda bila kiri dan kanan anda dikelilingi dengan permandangan yang super indah ?
waktu di kampung andy sedup habis habis segala ke-nyaman-an udaranya =.=' tu lah pepatah ada menyebut. hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri walaupun berbatu batu. hakhak.
korang baru tengok kat gambar je. dalam gambar dah kemain buat mata korang tak kelip kelip, apatah lagi andy yang tengok secara live. hampir terjojol bijik mata tahu.. kuasa Tuhan sangat indah. Tuhan sangat kreatif kan ? Dia buat cantik sekali ^^
p/s : jangan sampai air liur meleleh tahu
ini lah penyebab utama yang membuat andy terkinja kinja bila balik kampung. dah dapat permandangan yang kemain cantik, dijamu pula dengan makanan kampung yang sungguh membuat bijik mata andy bercahaya. hakhak.
ajak sepupu sepapat komplot ramai ramai lepak di dapur kemudian melantak ulam buah sambal belacan sambil gossip dan gelak sampai telentang. sangat berharga masa andy ketika kejadian. berharga sampai tak ketentuan hala dibuatnya..
p/s : Rumah Rawing Nanga Beguang, Song ^^
dapat tengok permandangan indah + makanan super best + longhouse yang cantik = seperti dapat tiket melancong ke Korea secara free. hakhak
bangun pagi dengan sekeliling yang berembun dan sejuk, dengar pula pekikan ayam, dengar juga orang orang kampung yang greet kita waktu pagi. hoi, sangat best tahu ! =.='
****
sekarang andy dah balik lagi ke bandar. sangat berat di hati untuk meninggalkan kampung.. kampung lah tempat paling best. banyak kenangan andy di kampung. dulu kecik kecik andy selalu join budak budak kampung yang lain main emak emak. wahahaha =.='
sekarang hati dah tak meronta ronta paksa andy untuk update belog. sekarang andy boleh tarik nafas lega dan rasa bersalah pun tak ada lagi. hakhak.
ini sahaja entri untuk malam ni..
Terima kasih sudi baca dan singgah di belog andy ^^
YANG BENAR,
siapa suka suasana kampung boleh tekan like ! ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment