selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
K-Pop tau tak ? tahu ke tidak ? Korean Pop yang kini hampir menjajah seluruh minda masyarakat seluruh dunia termasuk andy. ok foine.. terpaksa akur dengan ini =.='
bermula daripada kawan andy yang obses tak ketahuan hala dengan K-Pop.. awalnya bagai nak tercekik halkum terjojol bijik mata tak boleh belah dengan K-Pop nampak lelaki tak macam lelaki. tapi, akhirnya sekali lagi andy terpaksa akur =.='
" andy, cuba awak search di Youtube try dengar lagu kumpulan SS501 "
" okay, balik rumah nanti andy try dengar. kejadah apa nama kumpulan pelik sangat macam tu, tak pernah dengar pun * bisik dalam hati * "
bila andy dengar, lagu kumpulan mana ni tak pernah tengok, sepatah haram andy tak faham apa dorang nyanyikan. rupanya band dari Korea.. dengar punya dengar agak best sesambil tengok tarian yang super bertenaga siap bahu ikut goyang sama.. hakhakhak * gelak sopan
esok dan esok dan esok esok lagi esok esoknya, kawan sedikit banyak simbah virus K-Pop dalam diri andy.. walau tak faham apa dorang nyanyikan, andy mula bergelumang dalam musik berpuaka ni. =.='
kemungkinan lagu dan tarian K-Pop ni membuat andy teruja membuat andy kian terjerumus dalam lembah musik Korea ni.
WOWW !! sambil bijik mata terjojol nak tersembur keluar. macam ni lahh terujanya lebih kurang..
padahal bukan WOW apa sangat lah kann. wow sebab tengok dorang hensem dan cantik kemain.. hikhikhik ! sekarang andy bukan sahaja bergelumang dalam musik malah telah lemas di alam K-Drama, Variety Show Korea, mampu menghafal setiap nama artis Korea dan yang lebih mengerikan adalah andy sedang mempraktikkan belajar bahasa Korea. tak boleh belahh lahh sangat. =.='
Kesan Jajahan K-Pop :
- dulu henset penuh dengan musik local dan orang putih, tapi sekarang lebih daripada 100 senarai lagu Korea dalam henset andy tahu.
- gigih men-Download segala video yang berkait rapat dengan musik berpuaka ni.
- sanggup ulang lagu lagu Korea dan juga drama Korea dengan kekerapan tahap melampau tinggi..
- sentiasa Up-To-Date perkembangan industri berpuaka ini.
- hafal kebanyakkan tarian daripada Girls Generation, Sistar, KARA dan juga 4 Minute.
- lagu dan drama Korea memonopoli segenap sudut folder di dalam laptop andy.
- Mak, dua ketul adik juga meminati K-Pop tidak termasuk Apak andy tahu. =.='
dengar kata, penyakit obses dengan musik berpuaka ni memang tak boleh nak ubat. sekali berkecimpung akan bergelumang dengan movie, lagu, dan segala yang berkaitan.. manusia juga sanggup beli hard disc bagi simpan banyak banyak buat koleksi.. haish =.='
andy mula tersampuk dengan hantu K-Pop ni sejak 2009 lagi tahu. waktu lagu Nobody Wonder Girl tersangat popular dahulunya. sehingga sekarang andy masih menjadi peminat tegar dengan merangkul sebanyak lebih 300 senarai lagu bercampur drama juga bercampur Variety Show di henset mahupun laptop.. hakhakhak * gelak jahat
dulu dulu andy siap kutuk dorang tahu. cakap laki macam perempuan, perempuan macam laki. eh. tapi akhirnya andy jatuh hati dengan puaka puaka asian ni. T_T
okay foine lagi, andy terpaksa akur namratusribuplohsatu juta kali. hmm..
walaupun bersambil taip entri ini, realitinya andy tengah layan lagu Loving You ( SISTAR ). suka tengok tau, colorful gituhh ^^
AMARAN : K-Pop adalah satu trend yang gila, yang tidak membuatkan anda gila tapi akan membuatkan anda tergila gila =.='
ini sahaja entri untuk petang ni..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^
YANG BENAR,
siapa minat K-Pop boleh tekan button like ^^ kamsahamnida..
2 cakapcakap sampai pengsan:
korea3.. nasib exam nda nulis tai cerita korea..hehe
@mumui wajiblahh korea tu.. hehehe.. tulis dalam exam, lecturer sumbat paper exam masuk dalam mulut.. hahaha
Post a Comment