PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, October 29, 2012

Terdesak

Selamat malam pembaca sekalian.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

Anneonghaseyo, apa khabar agaknya rakan taulan di Malaysia ye ? hehehe, sekali sekala bajet duduk Korea kan =.='

entri kali ni bukan nak tanya khabar orang tapi entri ni nak membongkar kenapa andy sedang terdesak. terdesak yang teramat sangat. sangat sangat tahu =.='. bukan lah terdesak nak kahwin lari dengan artis korea. bukan juga terdesak perlukan duit, tapi andy sedang terdesak untuk menonton Runningman.


Runningman tu apa ekk ? kalau translate bulat bulat ke Bahasa Malaysia mesti lah jadi " Lelaki Berlari " kan ? hakhak. runningman ni lah variety show paling popular di abad ni. sangat popular tahu. POPULAR. sekali lagi andy ulang, SANGAT POPULAR. variety show ni made in Korea tapi viewer adalah dari seluruh dunia..

sekarang dah bebal telinga asyik dengar kawan kawan keliling andy cakap pasal runningman ni best. runningman ni lawak lah, romantik lah, itu ini dan ini itu. hmm.. even rakan yang di labuan pun sempat komen di facebook andy cakap beliau sedang menikmati ke-best-an runningman.

tatabahasa aku sungguh parah. =.='

kenapa lah aku mengelumangkan diri dalam dunia makhluk paling berpuaka ni dulu. benda ni buat andy sungguh tak ketahuan hala.. takyah nak menyesal sekarang lah andy oi, nasi ko dah jadi bubur rentung. tak boleh nak diselamatkan lagi dah..


runningman sekarang dah 100 lebih episode tapi andy masih jauh ketinggalan kebelakang. kalau ketinggalan tapi ada tengok sikit sikit orite lah juga kan, yang jadi masalahnya sekarang andy masih belum lagi tengok benda alah ni. hahahaha.. eh, tergelak sopan pula =P

agaknya, runningman ni pasal apa ek ? pasal dorang lumba lari ke ? andy masih tertanya tanya konsep variety show dorang ni. hahaha.. how poor am i, sangat jauh sudah ketinggalan =.='. disebabkan hasrat ingin tahu, kawan kawan asyik cakap benda ni best.

" andy, ko try lah tengok runningman ni.. best gilerr. konpem ko gelak sampai hentak kepala "

jadi disebabkan pengaruh rakan sebaya, andy sungguh terdesak untuk mendapatkan variety show dari negara berpuaka ni dengan bermati matian. =.='

****

andy dah minta variety show ni kat kawan andy hari tu, tapi onar sengaja nak melintang lah nak menegak lah. memory laptop juga sengaja nak mengecilkan diri. tak boleh ke buat free advance suruh latop tambah 100000GB.. huhh.

lepas tu, hardisk pula mengada nak memahalkan diri. 500GB around RM200 kot.. dengan ini andy menyeru kepada pemilik pemilik kedai komputer, sila lah jual hardisk anda dengan harga RM20 sahaja. wahahaha.. 

SBS ni pun satu, nak pula buat runningman sampai 100 lebih episode kan. cukup lah 100 episode. mengada nak buat panjang panjang. apa apa pun, tunggu lah kedatangan andy di runningman =.='
kepada peminat variety show korea, jangan risau, variety show mereka ada ENGLISH SUB ^^

PERHATIAN : ANDA YANG KETAGIH DENGAN VARIETY SHOW NI, ANDA BOLEH MEN-DOWNLOAD SHOW NI KAT LINK DIBAWAH !


ini sahaja entri untuk malam ni..
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^

YANG BENAR,


siapa suka tengok runningman ? boleh like ! ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...