selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^
lepas dinner dengan mak, apak dan dua ketul adik, sekarang tengah terbongkang atas sofa dengan pusat terjojol keluar. sambil tebongkang, sambil tu lah andy taip entri.
agaknya tajuk entri kali ni tak boleh blahh sangat kan. hakhak.. tak kisah lah sebab benda macam ni memang betul betul wujud di keliling kita kan. selalunya, yang banyak hater(s) ni di kalangan artis artis, tapi tak semestinya, sebab kita orang biasa ni pun banyak hater(s) juga. contoh terdekat adalah andy sendiri.
benda macam ni bukan baru lagi untuk kita tahu. kita kena tahu bahawa kalau ada yang suka, sudah semestinya ada yang membenci. dan kalau ada yang memuji, pastinya juga ada yang mengutuk. jadi, manusia ni subjective. tak semua kita sama dalam pemikiran.
kalau dah dinamakan " HATERs " semestinya manusia spesis ini amat hebat dalam kutuk mengutuk. kritik dan kutuk ada beza tau tau.. orang kritik ni lebih beradab sopan, tak hentam sampai mati. sebaliknya pula dengan mengutuk. kutuk ni lah kita gelarkan sebagai " HATERs ". hahaha.
dengan kesempatan ini, perut gagah menghadam segala makanan dan tangan sedang gigih menaip, andy nak kongsi sedikit bagaimana nak hadapi manusia spesis haters ni. * sangat tak boleh blahh ayat aku.
apa yang perlu kita buat semasa menghadapi orang orang sbegitu ye anak anak ?
1. kawal emosi dan jangan mudah tersentap.

p/s : lukisan huduh tak bermakna tuannya pun huduh

tips pertama ni amat penting. kesabaran itu teramat sangat diperlukan.. jangan mudah termakan dengan provokasi para haters. manusia jenis suka provoke orang ni jangan layan sangat. kita diam tak bermakna kita salah atau takut. jadi dalam hal ini, kita kena bijak. bak kata orang, kalau berdebat dengan seorang jahil, 1000 cendekiawan pun kalah.. jadi sebaiknya kita diam.
2. letak dalam kepala otak " TAK SEMUA ORANG SUKA KITA ".
tips kedua ni andy dapat dari kata kata Wardina. beliau cakap kita kena lah ada pendirian kita sendiri. satu pendirian yang teguh. sangat teguh. kita harus terima hakikat bahawa kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang.. yang penting, kalau kita tahu kita buat something yang betul, teruskan usaha kita tu. tak perlu peduli apa haters nak cakap. tunjukkan kita ada pendirian yang teguh !
3. belajar menerima pendapat orang lain.
lain orang lain pendapat. biar lah dia cakap kita ni tak bagus, kita ni bodoh ke apa. harus respect pendapat mereka. walaupun benda yang mereka cakap tak betul, tapi siapalah kita untuk menghalang orang sekeliling kita untuk memberikan pendapat bukan ? jadi, orang macam ni jangan dilayan. semakin kita layan, semakin naik lemak mereka ni. lemak tepu ada, lemak tak tepu pun ada. =.='
4. SABAR SABAR dan SABAR
macam andy cakap di awal tips tadi, kesabaran itu amat penting. sangat penting. penting tahu. sekali lagi andy ulang, SANGAT PENTING. haruslah banyak banyak berdoa agar diberikan kekuatan. bukan kekuatan untuk melawan balik, tapi kekuatan untuk diam dan menenangkan diri. ^^
5. cari sesiapa untuk dapatkan motivasi dan support
tips kelima ni sangat penting. bukan cari seseorang untuk lawan balik haters, tapi untuk dijadikan tempat kita meluahkan perasaan. kadang kadang benda macam ni bagi impak yang kuat dalam diri kita.. bila impak dah kuat, kalau dah tanggung sendiri kemudian dapat pula depression yang melampau mungkin akan membuat seseorang itu melakukan sesuatu diluar batas sendiri. jadi, motivasi dan support ni amat penting agar kita dapat balik kekuatan dalam diri kita. :)
****
People never realize how bad we hurt because of their action. suatu hari, mereka akan rasa apa yang kita rasa sebelum ni.
jadi, ada 5 tips yang andy dapat kongsikan untuk hadapi haters keliling kita. apa yang penting adalah, sentiasa bersabar dan ambil kutukan mereka sebagai pembangkit semangat untuk kita. dengan itu mereka akan nampak bahawa kita tidak seperti yang mereka fikirkan.
dalam hal macam ni, memang memerlukan kekuatan emosi serta iman. suatu hari, orang yang bercakap tu akan diam.. bila dah bosan sebab kutukan mereka tak diendahkan, jadi mereka akan diam juga. kalau dilayan, semakin happy lah dorang tu. biasalah, manusia spesis hati busuk ni memang dah sebati dengan perangai kutuk mengutuk..
kena ingat petua ni " tak hidup dek puji, tak mati dek keji "
ini sahaja entri untuk malam ni.
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^
YANG BENAR,
suka tips diatas ? boleh like dan share dengan kawan kawan ^^
0 cakapcakap sampai pengsan:
Post a Comment