PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, November 5, 2012

Bertuahnya jadi orang ni.........

Anneonghaseyo.
Selamat tengah malam dan salam satu Malaysia ^^

entri kali ni agak special kot. mungkin special disebabkan buat entri tengah tengah malam buta macam ni ? hakhak. entri kali ni memang special. entri kali ni boleh buat bijik mata korang semua perempuan terjojol keluar 943926619047 centimeter tahu. tipu =.='

malas nak buat pendahuluan panjang lebar, entri kali ni nak taip selow selow kemudian tepek gambar seketul dua sambil kunyah chewing gum perisa strawberi rembat dari peti sejuk. rembat yang adik punya. hahaha.. eh, tergelak sopan pula =P

ada siapa yang tak kenal Henry Golding ? siapa lah yang tak kenal entertainer paling gohjes di alam semesta tu kan. Travel Host yang paling awesome lagi banyak peminat lagi menjadi rebutan dan lagi lagi menjadi lelaki idaman setiap wanita.

=.='

PERHATIAN : sila tarik nafas panjang panjang. jangan sampai heart attack okayy. =.='

p/s : rambut Boys Before Flower ekk ? =D

dalam keadaan bagai nak koma, terkena strok tiba tiba, jantung mengepam darah laju laju, lebih baik andy perkenalkan sedikit sebanyak berkenaan beliau sebelum darah mengalir dari hidung dengan deras. sungguh auta sekali =.='

okay, nama beliau adalah Henry Golding. a multicultural person, Iban + English. mixed blooded beautiful man !  his mom is Sarawakian and his father of course lah English. hahaha. sebelum beliau menjinakkan diri dalam dunia entertainer di Malaysia, beliau adalah Hairstylist di London tau tau.

selepas 4 tahun beliau kerja di London, beliau moved to Malaysia dan disini beliau diambil untuk mengacarakan sebuah variety show di 8TV iaitu " The 8TV Quickie ". beruntungkan beliau ? beliau bukan sahaja jadi pengacara, tapi jadi model juga tahu. lepas tu beliau pernah meng-interview Christiano Ronaldo dan Pussycat Dolls. cemburu sangat. tsk tsk.


beliau akan muncul dengan footage film beliau iaitu " The Borneo Incident " oleh New York-based Maverick media's founder, Michael Helfman. dah keluar ke belum andy tak tau lagi lah. andy masih ikut perkembangan beliau melalui Official Facebook beliau sendiri.

beliau sangat baik tahu. beliau banyak menolong people around him through variety shows yang beliau kendalikan. andy sangat sangat respect beliau. sangat respect tahu. sekali lagi andy ulang, SANGAT RESPECT.


pada pendapat andy juga, beliau adalah bukan seorang yang mudah lupa daratan. * hamboih ayat aku, macam ketua kampung bagi ceramah suruh makan ramai ramai kan =.='

walaupun beliau dilahirkan di negara orang, beliau pandai mengimbangkan western values dan eastern values. english dan iban heritage beliau disebatikan dengan seimbang. beliau ada tatu " Bungai Terong '' di bahagian bahu beliau. lagi menambahkan charms dan charisma beliau. homaigad.

=.=' parahnya tatabahasa aku. kalau dek A. Samad Said baca, nak je beliau cucok cucok bijik mata aku pakai pensel stabilo.

****

beliau sangat popular di Malaysia dan Singapura. ^^. kalau anda semua terserempak dengan beliau, apa yang akan anda lakukan ? saya akan __________________________________________________ ( isikan ruangan kosong tidak melebihi 10 patah kata ) =.='

andy nak ambil gambar dengan beliau kemudian minta signature beliau. itu sahaja kan yang kita mampu lakukan. oraite lah juga daripada langsung tak ada, boleh jadi habuan tunjuk tunjuk kat cucu andy nanti kan. hahaha. eh eh, sekali lagi tergelak sopan sambil taip entri =P

apa apa pun, ada something yang bermain dalam kepala otak andy, beliau dah kahwin ke ? kalau belum then andy nak tahu. adakah beliau akan mengahwini perempuan Sarawak atau sebaliknya ? hahaha. mengada kan nak tahu hal peribadi orang. suka hati beliau lah nak kahwin dengan perepuan korea sekali pun =.='

andy sekarang telah menjadi fans beliau sampai mati. bagi hiperbola sikit kan =.=' anyway, teruskan membanggakan saudara sekaum anda Encik Henry Golding =)

tadi cakap nak taip seketul dua kan, nah ambik korang, andy taip panjang lebar sampai cecah lantai.

ini sahaja entri untuk malam ni,
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


minat Henry Golding ? boleh tekan like ! ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...