PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, November 17, 2012

Happy Birthday ke-20

Anneonghaseyo ^^
Selamat petang semua dan salam satu Malaysia.

Happy Birthday to meee ~ ^^

Thanks God. sambil buat buat sebak kat dada siap tepuk dinding tanda tak sikit pun andy percaya bahawa pada 16 November 2012 yang lepas, genaplah usia andy 17 tahun. eh tipu. 20 tahun. 20 tahun tahu.

dah cukup matang untuk dirikan rumah tangga. maka please, dengan ini andy menyeru kepada makcik pakcik yang ada anak iras iras Kim Hyung Joong, sila lah paksa anak anda masuk meminang dengan segera. hahahahakk. gelak tak ikhlas =.='

korang nak tahu, hari lahir tahun ni paling buat andy senyum telinga ke telinga. kenapa ye ? sebab rakan taulan, makcik pakcik, sepupu sepapat serta jiran ucap hari lahir kepada andy. touching tau. nak je lari selow selow sambil nangis belakang langsir mak sensorang. banyak suprise tahu.

Thanks God lagi.

bersempena dah 20 tahun ni, dah besar panjang, dah masuk umur boleh kawen, andy nak sangat buat Wish List. nak buat azam sempena hari lahir. konon konon buat motivasi diri lah time hari lahir. padahal realiti ? you all nak tau, azam hari lahir tahun lepas janji nak lebih hargai masa tapi janji tu hanya tinggal janji palsu. nasib baik bukan janji diana. hahahahak. no good haa kids.

tapi tahun ni, nak juga buat azam. harap harap azam tahun ni tak jadi macam azam tahun lepas. =.=' antara azam andy sempena hari lahir :
  1. nak kurus =.='
  2. nak train sendiri agar dapat manage masa dan duit.
  3. tak nak boros. kalau boros pun, buat buat tak sedar diri.
  4. nak lebih matang. lepas ni tak nak gelak siap hentak kaki, nak gelak kepit kepit kaki. lagi sopan dan anggun =.='
  5. nak berjaya dalam dunia belog. tak nak kecewakan semua pembaca belog andy.
harap harap lepas ni andy akan lebih bermotivasi untuk jadi seorang yang lebih berguna. kalau dah teruk macam ni lebih baik bunuh diri je =.='

****

apa apa pun, segerombolan terima kasih kepada yang bertubi tubi wish birthday andy di wall facebook. segugus terima kasih juga kepada Nana, Rafael and the geng sebab buat suprise party. siyes, andy terharu sangat. terima kasih sebab bagi hadiah, andy tahu korang betungkus lumus buat hadiah untuk andy. touching tau. nak je nangis bawah katil =.='

kepada yang bagi hadiah, andy berdoa sangat sangat, tahun depan bagi lah lagi hadiah ekk ? hehehe. korang dah buat birthday andy rasa kenyang dan happy. ye, andy tahu ada sedikit auta =.='

ini sahaja entri untuk hari ni..
Terima Kasih sudi baca dan singgah di blog andy ^^

YANG BENAR,


Terima Kasih sekali lagi buat semua yang wish birthday kepada andy ^^ sayang korang semua. muah !

3 cakapcakap sampai pengsan:

mumui said...

saya suka azam yg ketiga itu..haha

ANDY GAWAN said...

@mumui hahahaha.. nma hal suka azam ketiga nyak ko ku =P

edrendaedwin said...

uit! sorry late wish.. HAPPY BIRTHDAY anywy..:)))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...