PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, January 21, 2013

Sebulan Tak Update Belog | Rasa Besalah

selamat malam semua..
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

agaknya andy dah tukar schedule nak update belog kot. yelah kan, dari tarikh 16 Disember lepas andy tak update belog. punca faktor sebab kepada permasalahan ini adalah sibuk dengan kerja. kerja ? yeke andy kerja ? satu persoalan yang sangat meng-surprise kan kalian semua =.='

okay foine, korang gelak lah sampai pengsan.

entri malam ni adalah entri pertama dalam tahun 2013. Selamat Tahun Baru kepada semua ! Happy New Year ! yang sakit cepat sihat, yang sihat cepat lah sakit. eh eh, yang sihat tu semakin lah sihat ^^ ah ah, andy pun perasaan bahawa ucapan andy tu dah basi. =.=' sampainya hati. rilek lah, masih bulan Januari lagi kann. hahaha =D


ada tiga sebab mengapa andy sekarang sangat jarang nak update belog. tapi bukanlah bermaksud andy berhenti berbelog. tak tak tak, tidak sesama sekali. ya tuan dan puan, sekali lagi saya ulang, tidak sama sekali. puahaha..

1. Sibuk Bekerja 
okay, cukup lah satu tahun tempoh yang emak bagi untuk andy bercuti selepas tamat persekolah tingkatan 6 pada tahun 2011. lama nyaa =.=' rasa nak balik semula ke sekolah. rindu sekolah, rindu nak gelakkan kawan jatuh dari kerusi, rindu nak gosip, rindu nak berlari pergi kantin waktu rehat dan rindu serindunya. 

2. Line Celcom Melampau
selain daripada itu, ( formalnya ayat aku ) salah satu faktor yang paling mempengaruhi ( sekali lagi, formalnya ayat aku ) andy untuk tidak update belog adalah disebabkan line Celcom yang sengaja mensiput-vavikan diri apabila andy online. kalau mereka yang ada add andy di facebook, dorang pasti muak sambil mengeluh panjang baca status yang andy post asyik marah marah pasal line kan. itu geram punya pasal. 

3. Sibuk Dengan Running Man
hahahaha. ehem, tergelak sambil kepit kaki. =.=' sebab ketiga ni memang tak boleh blahh sangat. puhahaha. tapi ya, memang andy sibuk dengan Runningman jer. tivi kat rumah pun dah macam tak dipakai lagi, asyik menatap laptop tengok runningman =.=' sesiapa nak beli boleh inform andy.. mati lahh andy kena baling mak dengan tivi nanti. 

ketiga tiga sebab diatas merupakan tiga sebab paling mempengaruhi ketidak-update-an belog andy =.=' tatabahasa main bedal jer kann. kang A.Samad Said baca, nak jer dia sumbat mulut andy pakai buku Bahasa Malaysia.

apa apa pun, Thanks Lord sebab bagi rezeki untuk andy pada tahun ni ^^ awal tahun tadi, susah jer andy dengan kengkawan cari kerja yang available tapi tak dapat. berkat doa andy sendiri, andy sekarang bekerja sebagai Kerani. okay lah tu kann ^^ dapat juga duit poket sendiri. hikhikhik..



ini sahaja entri untuk malam ni ^^
Terima Kasih sudi singgah dan baca belog andy..

YANG BENAR,


suka entri ni ? klik like ^^

0 cakapcakap sampai pengsan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...