PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, July 23, 2013

Happy 50th Independence Day to my Sarawak =D

selamat malam semua.
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ^^

bersambil sambil makan lolipop perisa strawberry dengan dendangan lagu Korea, andy nak minta maaf dari hujung rambut hingga lah hujung kaki meminta maaf setelah 6 bulan tanpa update belog. walaupun korang tak kesah andy pergi selama 10 dekad pun tapi andy tetap juga nak minta maaf :P haha, mengada uollss.

6 bulan tahu, jari jemari andy dah mengeras nak taip =.='' otak pun beku nak humban ayat apa dalam belog ni. ingat senang ke ? lagi lagi time otak macam ni yang lama sungguh tak membaca, maka ilmu lalu lalang tanpa singgah *ayat apa aku cakap ni =.=''

ok foine, tak nak pendahuluan panjang lebar.



hari ini bersamaan dengan 22nd of July 2013, genap 50 Tahun negeri Sarawak merdeka bebas dari jajahan British setelah bendera British diturunkan pada 22 July 1963, 50 years ago. =D

bersempena dengan kemerdekaan Sarawak selama 50 Tahun, entri ni khas andy buat untuk Sarawak Ibu Pertiwiku ^^ buat entri dengan penuh yakin dan semangat tau tau.. bersambil sumbat 2 3 ketul biskut dalam mulut dan air sirap oren, kita buat entri ni dengan kadar sungguh rilekss ~ 

okayy, jadi pada hari ini, malam ini, entri yang sedang korang baca ni adalah entri ditaip sepenuhnya oleh andy untuk menceritakan apa yang andy suka tentang Sarawak. dengan semangat patriotik yang membuak buak dalam diri dan rasa cinta tiada akhirnya =P

1.Keindahan Alam
tahukah anda bahawa Sarawak merupakan The Largest Reserved Rainforest in the World ? seharusnya anda tahu tentang ini kerana maklumat ini adalah sungguh basic even budak tadika pun tahu tau tau.. hehehe =D kita harus bangga walaupun di negeri kita tiada bangunan pencakar langit seperti mana negeri lainnya. =)


walaupun tiada bangunan tinggi tinggi tapi negeri kita dikurniakan alam semula jadi yang sangat dan sungguh indah untuk dinikmati. kan kan kan ^^ tambahan, menjadi tarikan pelancong luar negara dan masuk dalam rancangan dokumentari National Geographic tau tau. ohsem tak ohsem tak ? ^^

2. Etnik Yang Berbilang Kaum dan Saling Menghormati
sebut jer pasal Sarawak memang semua orang tahu bahawa etnik di Sarawak amat lah banyak dan berbilang bilang bilang bilang serta berbilang kaum =P di Sarawak, kita ada Melayu, Cina, Iban, Kenyah, Bidayuh, Penan, Melanau dan pelbagai lagi ^^


ye tuan tuan dan puan puan sekaliannya, jika anda datang kemari ke Sarawak, jangan lupa pergi ke Sarawak Cultural Village. disitu pelbagai adat resam yang akan anda dapat lihat dan pelajari.. makanannya, tariannya, pakai tradisionalnya, dan sejarah kaumnya. a'ah andy tahu, bukan setakat macam best tapi memang super best pun =D

kepelbagaian etnik ni membuatkan Sarawak semakin unik dan menarik untuk diambil tahu. yang lagi hebat ohsem dan buat bijik mata terbeliak ialah kami di Sarawak mampu hidup bersatu aman damai walaupun sungguh banyak etnik disini ^^ ohsem kan kan kan ? 

3. Beautiful Town
di Sarawak terdapat 14 bahagian semuanya, dan ada 4 bandar utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri ^^ masing masing mempunyai keindahannya tersendiri. apa apa pun, andy ni berasal dari Sibu. memang asli dari Sibu.. hehee =D *ehh, perlu ke nak bagitahu =P


what a wonderful town right ? gambar ni andy rembat kat google then google rilek jer bagi tanpa ragu ragu. every Town have their own Beautiful Scenery.. sorry lah kalau english aku tunggang langgang. dulu waktu sekolah, dalam kelas english, aku buat tahi mata =.='' puahahaha ! 

4. Syurga Makanan Enak
cepat cakap siapa kat sini tak suka makan ! meh sini andy ketuk ketuk kepala dia pakai baldi. Sarawak adalah syurga makanan dimana kita boleh mendapat, memakan dan menikmati kepelbagaian jenis makanannya. =D haha. rasa penuh semangat pula nak taip benda kaitan makan makan. puahaha ^^


mak aiii O.o bergelimpangan air liur bila tengok gambar ni. Mee Kolo, Laksa Sarawak, Kompia, Umai, Kek Lapis, Ulat Mulong.. *sila buat mulut anda nganga seluas mungkin* homaigadd. bestnya kalau dapat download makanan terus dari internet kan kan kan =.=


******

jadi kesimpulannya disini (amboii, dah macam karangan bahasa Melayu pula), jadi, keempat empat itu tadi adalah sebab yang membuatkan andy semakin sayang kepada Sarawak. korang pun mesti sayang Sarawak juga tau tau, khususnya orang Sarawak sendiri.

kita semua seperti saudara mara yang hidup dan lahir di bumi Sarawak, jadi, semangat perpaduan itu harus kita kukuhkan agar masyarakat kita tidak musnah ^^ *amboii, boleh jadi guru kaunseling ni =P

Sarawak I Love You,
Kamek Sayang Sarawak,
Saya Cintakan Sarawak,
Sarawak Saranghae *memang tak boleh blahh dgn Koreanyaa =.=''

ini saja entri andy untuk malam ni,
Terima Kasih sudi singgah dan baca blog andy ^^


YANG BENAR,



Siapa Sayang Sarawak boleh Tekan Button LIKE ^^

1 cakapcakap sampai pengsan:

mumui said...

kampua ni? hehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...